Sebenarnya aku dah menaip panjang lebar untuk entrie ni, sekali aku padam semua. Sebabnya baik aku cerita ringkas je, tulis panjang nanti pening orang baca
Trip mengejut yer, sebab hari jumaat kawan sepejabat ajak mendaki Bukit Broga esoknya. Aku pun ok je, sebab susah nak ada aktivtiti dengan kawan sepejabat ni.
Janji berkumpul dekat pejabat pukul 4 am, lepas semua ada baru gerak (4.20 am). Kami sampai sana dalam pukul 5.10 am.
Tujuan utama nak lihat matahari terbit, sekali kan kabus tebal sangat la. Nampak sanyup-sanyup je matahari naik
Keseluruhannya, jarak perjalanan sampai ke atas adalah 1.7 km. Pendakian kami menuju ke Bukit Broga ni mengambil masa sejam juga. Sebabnya terpaksa mendaki dalam keadaan gelap dan berjalan berdasar jejak orang tinggalkan sebelum ni. Ada sesetengah tempat agak curam tapi insyaallah anda pasti sampai. Masa kami sampai pun, dah ramai orang dekat atas tu. Yang pentingnya biar ada stamina sedikit, kalau tak nanti awal-awal dah pancitttt.
Masa tu kena ikut turn, sebab ramai kan. Berselisih dengan orang nak naik lagi. Siap ada yang berlari-lari lagi time turun.
2 comments:
dah ramai naik bukit broga...nak kena naik gak ni 1 hari nanti
heheh (^^,)❤..
Yanie ~
Kalau naik jangan lupa bergambar sakan yer. Jangan pandang kiri kanan dah, nanti rugi bila dah turun. hahahahahah
Post a Comment