Sunday, June 1, 2014

soon



doa kan segalanya dipermudahkan...




where to go... :-)






won or sing dollar or yen or riyal 

tik tok tik tok... tak sabar kita



Monday, April 14, 2014

Catuan air punya pasal




Beria je entri sebelum ni nak cerita mengenai umrah yang lepas tapi tak juga cerita sampai ke sudah. Hold dulu ye sebabnya kepala otak ni tak boleh fokus menulis. sibuk la konon, hihihih.. lagi pun nak cari balik itinerary umrah tak jumpa-jumpa. Kalau tak jumpa juga, makna nanti bercerita berdasarkan apa yang diingat dan memori berdasarkan gambar saya saya ambil. Ada beberapa perkara nak di kongsi, sekurang kurangnya ia boleh dijadikan iktibar. Insya allah saya cuba untuk coretkan nanti dengan izinNya.

sementara tu cerita yang ringan ringan dulu. Seperti biasa, hujung minggu memang penuh dengan pelbagai aktiviti. Setiap minggu memang dah macam tugas khas bawa mak, adik dan yun aka pembantu mak beli barang-barang dapur. bawa dorang keluar release tensen la sekali. Memandangkan hari takde air sebab catuan, semalam dari tengahari dah prepare buat frozen food untuk budak-budak taska dan kebiasannya saya buat malam. Sempat la buatkan donut, karipap dengan biskut coklat chip. Ingatkan malam nak sambung buat kuih apam gula hangus tapi bila dah start rehat nak mula balik macam malas tu banyak sedikit. Minggu lepas je tak buat sebabnya ahad tu takde air. jadinya agak kemalasan nak menguli tepung dalam keadaan air yang limited adition ni.

Subuh ni pula mengerjakan hal dapur dengan kain baju memandangkan catuan air hari ni. Sambil sahur tadi sempat la basuh baju yang masih berbaki. Lepas solat subuh sambung kerja-kerja kat dapur. Lauk yang berbaki simpan dalam tupperware, nanti tinggal panas dalam oven je. Opss saya ok je makan lauk dipanaskan tapi takde la sampai berhari-harikan. Ada la baki lauk asam pedas ikan kembung dengan sup ketam seketul. Nanti malam kalau nak buka puasa malas nak masak beria, panas kan je la lauk tu. tapikan pagi tadi sampai 4 kali masuk bilik air memerut. aduhai, stress dibuatnya masa driving. so kena fikir la balik nak makan lauk malam tadi ke apa. sambung cerita balik, lepas tu basuh pinggang mangkuk dan bagi clear dapur. Sempat lagi sidai langsir yang basuh malam tadi, kain yang sempat saya basuh masa sahur pagi tadi. Dalam masa yang sama naik atas, kumpul semua tuala-tuala campak masuk dalam mesin basuh sementara air masih ada lagi. macam lipas kudung nak siapkan semua benda. Rela lagi catuan electric daripada catuan air ni. huhuhu.

Siap semua naik atas mandi balik dan sesiap nak gi kerja pula. Tapi sebelum tu sempat juga buatkan air dengan panaskan kuih untuk adik. Kebetulan dorang stay kat rumah balik pagi ni, biasanya ahad malam dorang dah balik. Macam dah routine kecuali ada hal, adik-adik anak buah memang datang rumah setiap minggu. sebelum gerak sempat lagi sidai tuala kat dalam rumah je la sebab penyidai kat luar penuh sidai langsir dangan baju. Lega semua benda settle, malam kang kalau rajin kena libat segala kain yang dibasuh. Itu pun kalau larat kalau tak simpan untuk esok je la.

Sebelum gi kerja sempat lagi drop by hantar barang kat kawan, ngam ngam sampai office sebelum 9. Nasib la jalan dari puchong ke bukit jalil clear. kalau tak, hadap la jam. Pernah kejadian minggu lepas ke 2 minggu lepas, jam dari puchong sampai la ke bukit jalil ambil masa hampir 2 jam. LOL stress tak tahu nak cakap macam mana. Nasib baik bos pun tinggal area puchong jadinya kalau sampai lewat adalah sangat memahami sebab kami bermesej dalam kereta bertanya info kesesakan jalan terkini. 

Sekarang kerja tak sesibuk macam hari-hari sebelum ni, lega sangat. Kalau tak weekend pun kerja. Hari biasa pun balik lewat pukul 10 kekadang pukul 12 malam, serius penat tapi dah fikir kerja, redha je la. Fikir dua tiga kali, ada orang lain lagi teruk dari apa yang kita alamikan. so selalu pesan kat diri sendiri dan kawan-kawan rapat kat tempat kerja ni supaya bertabah dan sabar. tapi kalau dah tak tahan mengomel sesama sendiri je la mengenangkan sakit hati kena pula buat kerja sepatutnya orang lain punya task tapi dia cannot deliver properly on time. So mengelakkan dari terbabas dengan tragiknya dateline yang kena commit, dengan keterpaksaan menyiapkan kerja-kerja orang lain. Pada hal tuan punya kerja dah sampai rumah relex relex goyang kaki lagi, coi sangat tau. opsss tercerita la pula, hihihi. macam-macam ragam orang sekarang ni, suka bagi banyak alasan kalau tak boleh meet dateline.

Hari ni seperti biasa curi masa berbincang dengan kawan pasal our next holiday. tak sabar dibuatnya, walaupun kali kedua tapi rasa excited masih ada sebab banyak tempat nak explore. Itinerary kita orang je dah revise 6 kali soon yang ketujuh pula. Nak kena rombak sana sini sebab unexpected kawan yang ala-ala nak honeymoon pregnant. Jadinya segala planning perlu dirombak mengikut kesesuai ibu mengandung. Ticket ni kami beli bulan 12 yang lepas and the next day dah come out with 1st itinerary. Punya la excited kami nak bercuti lagi. Nanti insya allah saya kongsikan dekat sini. Ingatkan nak tengok sakura tapi memandang kawan yang sorang baru balik dari umrah bulan 3 yang lepas, kena pilih tarikh bulan 6 ni. It summer, macam weather yang lepas juga. Kali ni lebih detail kami study especially tempat makan dan penginapan yang sesuai.

tak sabar nak bercuti, menghitung hari walaupun jauh lagi tarikhnya.

Friday, April 4, 2014

selfie?? siap duckface



perbualan dengan rakan sekerja, skema sungguh bunyinya. ahak ahakk..





aduhai, hiburan sungguh bila baca reply msg kawan. nak hantar resume kot, formal la sikit. Opsss, sekarang kawan saya tengah mencari team member under dia. Sesiapa yang tengah mencari kerja position System Support Engineer boleh la pass resume kat mnurazlina@gmail.com






Thursday, April 3, 2014

Ibadah Umrah - Persediaan & Keperluan


Assalamualaikum.
Apa yang bakal saya coretkan dibawah berdasarkan pengalaman saya semasa menyediakan keperluan untuk buat umrah yang lepas.

Diuji dengan kesibukan kerja, flight yang ditunda 4 kali antara ujian daripadaNya.
Semakin dekat dengan tarikh penerbangan, perasaan saya bercampur baur, takut, risau dan macam-macam lagi. Tip yang dapat saya kongsikan, antaranya:

Tetapkan niat. Ikhlaskan hati untuk buat ibadah umrah kerana Allah SWT. manakala yang lain-lain tu hanya sampingan. Jujur saya cakap niat ni sangat penting jangan ada niat terpesong.
Ada 2-3 kejadian yang berlaku didepan mata saya yang mengingatkan saya terhadap NIAT untuk mengerjakan umrah ni. Biar lah saya simpan untuk dijadikan pengajaran dan dikongsikan dengan orang terdekat.

Belajar bersabar dengan dugaan. Contohnya seperti penerbangan kami ditunda beberapa kali tapi saya pandang disudut hikmah yang lain. Kebetulan sebelum bercuti, saya agak sibuk dengan tugasan di tempat kerja. Bila di tunda tarikh penerbangan, saya gunakan masa dan ruang itu untuk belajar dan membaca mengenai ibadah umrah. Jangan kita mengamuk kerana mungkin ada sesuatu hikmah yang kita tidak nampak dari mata kasar. 
Ada berlaku di mana user/client saya 3 kali penerbangan dia ditunda dan masa tu dia dah sampai di airport. Dari situ saya tahu, lagi besar dugaannya berbanding saya. Sekurang2nya saya diberitahu awal mengenainya mengenai masalah tarikh penerbangan kami.
Kumpulan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, 12 orang menaiki pesawat di KLIA manakala bakinya dalam 50++ perlu menaiki bus dari KL ke Penang kerana flight dorang bertolak dari sana. 

Muhasabah dan perbaiki diri kerana sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 

Carilah ruang untuk menunaikan solat taubat dan solat sunat. Belajar mengenai waktu2 yang dibenarkan untuk melakukan solat sunat.

Banyakkan berzikir, banyak berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah. Saya pasang ayat-ayat al-quran, doa2 dan zikir semasa bekerja, sekurang-kurangnya hati pun tenang. Satu lagi, semasa memandu saya cuba selitkan terutamanya semasa dalam kesesakan dalam jalan raya. Dan saya masih praktikkan sehingga sekarang. Daripda kita layan stress sebab jam, baik kita selitkan dengan perkara yang baik.

Carilah ruang untuk sembahyang berjemaah di masjid. Kalau hari bekerja, cari ikhtiar solat maghrib dan isyak di masjid. Secara tidak langsung dapat juga kita hadiri majlis ilmu yang dibuat di masjid.Tidak lupa, belajarlah cara mengerjakan solat jenazah. Hampir setiap waktu solat wajib diiringi dengan Solat Jenazah ketika disana. Rebutlah peluang ganjaran begitu besar. Kata mutawif kami yang masih belajar di madinah, ganjarannya bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah sebesar Bukit Uhud.

Paling penting carilah masa dan ruang untuk mempelajari ibadah umrah. Kebiasaan, travel agensi ada membekalkan buku panduan umrah. Sumber di internet pun banyak yang boleh dijadikan sumber rujukan. Buat catatan jika ada kelapangan. 

Jangan di lupa persediaan fizikal. Buatlah senaman atau berjoging terutamanya di hujung minggu. Persediaan ni lebih kepada untuk kita buat tawaf dan saie. Masa disana juga akan banyak berjalan terutamanya ketika hendak ke masjid. Pada siapa berkemampuan boleh menginap di hotel berhampiran masjid, tapi tidak semua orang berkemampuan. Jadinya mungkin lokasi hotel ke masjid agak jauh sedikit.

dan tidak dilupakan, jangan lupa meminta maaf dengan orang disekeliling kita. Mana tahu ada perkataan dan perbuatan yang mungkin mengguris hati antara kita sedar mahupun tidak.

dan ingatlah, hadir kita disana sebagai tetamu Allah SWT. Belajarlah menjaga tingkah laku, jaga kata-kata dan jaga hati. Insya Allah, semoga dipermudahkan semuanya.


Dari segi barang-barang yang perlu dibawa, buatlah persediaan awal untuk menyediakan keperluan yang perlu dibawa untuk 2 minggu. Faham-faham je la, kalau orang perempuan banyak sikit nak dibawa. Sebolehnya buat lah checklist. Kalau tak cukup, boleh je beli kat sana.

1. Pakaian
Telekong 2-3 helai. Biasanya orang tak pakai kain telekong jadi saya gantikan dengan seluar.
Seluar Putih 2 helai
Jubah Hitam 2-3 helai
Jubah Putih sehelai
Baju Labuh 2 helai
Skirt Labuh 2 helai
Pakaian untuk tidur
Tudung/Shawl 3-4 helai
Purdah/Mask sehelai
Baju Singlet ada poket zip 2 helai
Inner Hitam sehelai. Dipakai dengan jubah putih.
Tights/Pakaian Dalam ikut keperluan
Tuala/Kain Batik
Selipar dan Sandal sepasang
Stokin 5 helai
Sarung Tangan 2 helai
Uncang Kasut

2. Ubat-ubatan
Saya memang bawa beberapa ubat-ubatan especially segala ubat ayah. Kebetulan saya bawa lebih dan dapat dikongsikan dengan jemaah yang kurang sihat. antaranya
Panadol
Ubat batuk
Ubat selsema
Ubat Sakit Perut
Ubat Tahan Sakit
Pil Chi Kit Teck Aun
Ubat allergic untuk diri sendiri dengan makcik dan ayah. jadinya sebeban saya bawa.
Minyak panas/balm
Minyak Gamat
Plaster

3. Buku Panduan
Saya bawa 1 bag ala2 bag sekolah dan bawa naik atas flight.
Buku Panduan Umrah. Saya bawa 2 jenis, 1 buku biasa yang travel agensi bagi dan saya 1 jenis yang boleh digantung di leher. senang nak baca masa buat tawaf dan saie.
Buku Panduan Solat Sunat
Buku Doa
Buku Nota dan pen
Buku Yassin da Tahlil
Tafsir Al-Quran

4. Lain-lain
Tally Counter atau tasbih.
Gunting untuk tahallul.
Toiletries 
Alatan Menjahit. Saya siap bawa jarum jahit dengan benang.
Pin Kain. Nasib saya bawa, jadi boleh diguna untuk pin bag sandang yang terkoyak
Beg Plastik (utk baju kotor)
Hanger Baju
Kunci Bag
Botol mineral kosong. Saya bawa lebih untuk isi air zam zam untuk balik dari masjid dan extra air zam zam untuk dibawa pulang. Letak dalam luggage.
Tag nama. Saya buat dan laminate untuk letak di luggage dan bag sandang. Letak nama, travel agency mana, alamat di malaysia dan no tel untuk emergency case.


Ingat ingat lupa, rasanya itu je la yang saya bawa. Diharap dapatlah membantu untuk sesiapa yang ingin membuat persediaan.




Wednesday, April 2, 2014

Throwback 2013 - Umrah & Ziarah


Insya Allah saya akan cuba kongsikan pengalaman semasa mengerjakan ibadah umrah.
Dari segi persediaan, dugaan dan pengalaman semasa berada di Mekah dan Madinah.
Sesungguhnya rasa rindu untuk berada di sana.