Teringin nak makan murtabak dengan soto, kebetulan malam ni ada pasar malam. Tapi malas nak singgah, jadinya kena order kat mak minta belikan. Makin tua (ops!!!) ni makin tak suka gi tempat ramai orang.
Sabtu lepas adik ajak gi JJ walaupun sebenarnya aku malas nak gi. Kerja melambak nak kena siapkan. Tapi bila fikir balik, gi je la dari stress hadap kerja.
Niat asal nak cari Baby Carrier, senang nk bawak Sarah jejln. Budak bertuah ni takmo masuk dalam stroller. Lebih kurang camni yang abah dia beli. dah la beli Britax, blh tercekek aku dengar harga dia. awat la mahal bebenor barang budak2 ni... siap angin tayar kena pi isi kat petrol pump lg... hish hish...
Cari yang murah sudey, kang beli memahal bobot takmo plak duk dlm tu.... rugi sesajo nanti.
Bukan takat Sarah je dapat, mak long dia pun dpt DVD free. hahahahaha.... dah abah dia beria nak beli, takkan nak tolak idok. Nak harapkan aku beli memang nan ado la. Aku kan kedekut, janji bley tgk kat laptop sudey... hehehehe... tapi kan siap request nak yang ada usb port lg. klik sini. Over tak???
Dah alang-alang beli DVD, masuk Speedy Video beli citer Khurafat dgn ape tah... lupa plak aku ni...