Friday, August 10, 2012

Negara Matahari Terbit #2 ~ Visa


Sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Jepun dan tanpa dirancang akhirnya sampai juga. Semuanya bermula bila tahu kawan kami baru balik dari bercuti ke Korea. Sampai hati sungguh cik wani pergi tanpa ajak kami. huuhuhuhu....

Aku pergi ni pun atas ajakkan kawan sekerja yang secara kebetulan survey website airasia dan terjumpa harga tiket yang murah sebelum promosi. Untung betul kami, hendak harapkan harga biasa semestinya mahalkan. Beli tiket ni pada bulan 2 dan penerbangan pada bulan 7. Kami bercuti tak lama, pergi jumaat.. khamis dah balik sini.

Untuk permohonan visa ni macam2 versi yang didengar. Ada yang cakap kena bayar ada yang tak. Untuk makluman, masa aku buat permohonan visa hari tu tidak dikenakan sebarang bayaran. Hanya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Ada 3 jenis visa dan dokumen yang diperlukan untuk visa melancong :

  1. Passport
  2. Borang permohonan visa termasuk jadual perjalanan (itinerary)
  3. Gambar 2 keping
  4. Slip pengesahan boarding tiket
  5. Dokumen untuk membuktikan keupayaan untuk membayar perbelanjaan perjalanan contohnya penyata bank
  6. tambah dokumen dari aku, surat pengesahan jawatan dari majikan




Untuk penyata bank pun macam-macam versi maklumat yang aku dapat. Ada yang cakap mesti ada sekurang2nya 10K tapi ada juga yang cakap 5K pun dah dah memadai. Mana yang betul pun entah la. Sebabnya penyata yang aku hantar tengah2 antara 5-10K.

Bila dah dapat visa, lega sungguh. Takde la pening nak fikir macam2. Bukannya ape, tiket dah beli, hotel dah bayar kalau visa tak lepas, melopong pula nanti.

Kawan aku buat itinerary siap dengan costing dan perjalanan setiap tempat yang akan kami pergi. Maklum la, kami travel sendiri2. Takde pakai travel agensi, mahupun tourist guide. Kami betul2 berbekalkan dengan sumber internet yang dicari dan cerita2 orang. Dari satu tempat ke satu tempat kami naik train saja. pergh... nanti2 aku cerita azabnya macam mana. hihihihihi..


bersambung...