Tahun ni merupakan keputusan SPM yang terbaik dalam tempoh 4 tahun (info dari utusan).
Adik bongsu ambil SPM juga tahun lepas... Memandang aktiviti dia tak kira masa waima SPM pun adalah menghadap BOLA jadinya keputusan SPM dia pun ada unsur-unsur itu . Jadinya berderet la huruf B dalam slip keputusan tu. Pilih la B+ ke, B mahupun B-
Sepupu aku yang seorang lagi tu alhamdulillah keputusan SPM nya, 8A 2 B tapi tidak la aku bertanya + or -. Itu la bezanya, yang seorang ni ulat buku dan berazam nak mengubah kehidupan sekeluarga. Siap ada role model lagi tu, nak berjaya macam abang sepupu dia. Sekolah pun nak sama dan siap nak ambil course yang sama seperti abang sepupu dia. Takpe, benda yang baik tak salah nak diikut.
Buat kamu berdua kak long doakan berjaya dikemudian hari dan ini adalah satu titik permulaan.... teruskan berusaha jangan pernah ada perkataan mengalah untuk berjaya
No comments:
Post a Comment