Sunday, February 17, 2013

Permudahkan hambamu ini menemui Mu, Ya Allah.


Assalamualaikum semua,

"Ya Allah, ku memohon keampunan mu. Maafkan hambamu ini atas khilaf dan silap. Sesungguh hambamu ini sangat lemah, penuh dengan dosa-dosa dan kesilapan terhadap Mu, Ya Allah.

Ku mohon padamu, 
Permudahkan perjalanan ku untuk menemui Mu,
Kau sembunyikan keaiban ku, keampuni lah segala dosa ku.
Sesungguhnya pada Mu aku yang hina ini berserah.
Kau jauhi la dari seksaMu, sesungguhnya pada Mu tempat aku berserah dan bersujud"


Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf di atas segala perbuatan dan percakapan saya samada di dalam keadaan sedar atau tidak yang menguris perasaan. di halalkan segala makan dan minum.


Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Permudahkan perjalanan saya untuk menjadi tetamu Allah swt. Jauhi la kami dari segala kesulitan dan bebanan. 

Semoga kita bertemu lagi, insyaallah. 


Friday, February 15, 2013

Lunch @Sushi Kings



Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua,
seperti sedia maklum, entry peram seterusnya :p 

lunch dengan rakan sekantor di sushi kings, southgate. disebabkan saya memang teringin nak makan sushi berteman, jadinya heret dema semua temankan saya makan. walhal, masuk kali ni, 3 minggu berturut-turut makan. well, what to do, sebelum ni takde sapa pun dalam keluarga saya sudi menemankan makan kat sini, asyik kena tapau je makan sorang. mana best kan..... dengan kekejaman yang ada, berjaya juga paksa ofismate dine in kat sini.

Memandangkan pukul 3 ada christmas gathering dekat HQ,  terus kitaorang plan late lunch.




lupa sudah
miso soup ke kitsune soba/udon 


Ebi Ten Don untuk budak comel :p

irodori gozen.
berbaloi kalau ambil set ni. 

sakana black pepper


saya makan yang ni je, huhuhuh... rasanya boleh percaya idok? 

kani tama maki 
dulu kala, ni la sushi yang kawan saya rekomenkan untuk tekak saya yang tak boleh terima sushi. 1st time cuba terus boleh accept walaupun ada sedikit kembang tekak masa tu... dah lama-lama, mengidam la plak. simple je but kena dengan selera anak tekak ni.


takde maknanya, saya nak makan tu je. order piri piri chicken juga. lepas tu perut sendat sebab terlebih makan. yang tak best kat outlet southgate ni, pilihan ready made sushi tak banyak sangat, kalau nak apa-apa kena order dulu. 

piri piri chicken


mereka yang sudi menemankan saya... 




lepas kenyang, moh la naik lepak kat ofis HQ. borak-borak ngan member dari project lain, yang lama sungguh tak berjumpa since masing-masing dah duduk project based. 

mula-mula masuk ofis ni seronok sebab semua project 1 opis, since last year dah berpecah-pecah ikut project based memasing. masa time gathering macam ni je boleh berborak tanya khabar. Bukan tak boleh nak hang out, tapi kesibukan membataskan untuk lepak sesama. tak suka environment macam ni. huhuhu...

Wednesday, February 13, 2013

naik kuda la konon, pizza hut & bowling


ahakssss,
cerita awal bulan 12 yang lepas lagi. hihihihi.... suka peram lama-lama, pastu baru terhengeh-hengeh nak update kan :p

tujuan asal, adik ajak main bowling kat ioi. bila sampai, full la pula, ada family day.  pekerja kat situ cakap pukul 2 baru mai balik.

dah alang-alang, bawa la budak2 gi naik kuda dan beruang kat sinun. satu pusingan cukup dulu, lepas tu moh la kita mengisi perut yang dah berbunyi tak agak-agak.




Mengisi perut di pizza hut sudey. antara makanan yang selamat masuk perut kami haritu. 




Lepas kenyang terus gi tempat bowling, sekali berderet der. almost 1 hour juga la kami menunggu. dek kenangkan adik aku nak main juga, bertabah la tunggu kat situ. sambil - sambil, moh la kita mengurut badan dekat kerusi urut ni.

terjerit-jerit anak buah bila duduk kat kerusi urut ni. layan kan je, daripada dorang mengamuk tak tentu pasal kang.

Dah dapat lane, tak kuasa nak main weh. tinggal kan depa semua kat situ main bowling. turun la kita kat JJ, shopping light-light gitu.




3 game juga depa main, lepas tu turun bawah... bawa budak-budak ni naik kuda lagi. sebelum balik sempat lagi dabau sushi king dengan beli kek untuk mak. Lupa plak nak snap gambar sushi.

jeng jeng, nenek potong kek dengan cucu-cucu bertuah. sikit sikit, jerit panggil nenek. sabar je la. manja betul depa ni. 

si sarah tu, walaupun setiap minggu balik rumah aku jumpa nenek nya.. tetap juga akan telefon sekali dua seminggu nak cakap dengan nenek dia. macam la pandai sangat nak berborak. xoxo




Kafe Ipoh Station, Antique Cafe


Assalamualaikum semua....

sihat? tengah apa tu?  ke masih berehat-rehat sempena CNY ni. 

area ofis ni pun sunyi sepi je. macam kat dalam ofis ni juga, ramai yang cuti, berapa ketul je yang datang.

ok la, sambung entry basi lagi. boleh la kan, dari takde. Memang banyak draft entry yang tak publish. Banyak perkara lain yang perlu diutamakan. 

cerita depavali dan awal muharram yang lepas. bersantap kami di sini... Kafe Ipoh Station, Bukit Puchong. Kami datang sarapan dekat sini, jadinya pilihan menunya sangat limited. 

Suasana dalam kafe ni 4 bintang boleh dibagi tapi bab makan, 2 bintang je. Maklum la, tak kena dengan selesa. Ni tekak saya tau, tekak orang lain maybe sedap. orang cakap cukup la sekali mencuba. xoxo





saya nasi lemak sotong, member pula.. nasi lemak kerang dengan kopi O...


Friday, February 1, 2013

Hari Wilayah


Assalamualaikum korang...

Hari ni cuti xoxo... semalam pun cuti juga. hihihihi..

apa pun Selamat Hari Wilayah buat semua warga wilayah termasuk kl, putrajaya dan labuan.
selamat hari jumaat juga buat korang.... bukan itu saje :p


selamat hari lahir buat saya juga. xoxo
makin meningkat umur den.... ok la, jumpa lg korang,


dah masuk feb, entry bulan dec yang lepas pun tak sempat nak update semua. poyo je sibuk bebenor. huhuhu... stress. bye..