Showing posts with label trip cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label trip cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Trip 2H1M ke Pulau Pinang


entri tertangguh juga ni. Trip ke Pulau Pinang bulan lepas. Kami gi ke Bayan Lepas....


mari la bersesak-sesak di Jambatan Pulau Pinang...

Siapa yang kaya tu tolong hadiahkan saya sebijik bot....  hahahahha, poyo je

Singgah beli Jeruk Madu Pak Ali yang sedap itu.... berbungkus-bungkus kami beli.....

Budak yang mengamuk sepanjang perjalanan.... huhuhuhu... nasib baik telinga mak long ko ni sangat kebal dengan tangisan tak berhenti itu.

Service apartment yang kami sewa, berdepan dengan Gold Coast Resort Condominium, Bayan Lepas

Permandangan dari atas, awesome kalau mandi manda ni, orang pun tak ramai...

Sebelah malam kami ke Padang Kota, minum air kelapa dan makan pasembor yang mahal. 

Hari kedua, kami singgah di perkampungan nelayan. Tenang dan nyaman je, like so much....

sambil melihat anak-anak bergusti atas pokok. Siapa yang kalah, tercampak la ko dalam air.

Jambatan ke-2 Pulau Pinang yang dalam pembinaan.... sebagai alternatif ke sini.



Monday, November 19, 2012

Pulau Langkawi ~ Budget & Souvenir


Assalamualaikum buat semua yang singgah,

walaupun sekadar pulau langkawi, saya rasa tidak salah berkongsi budget percutian ke sana. Ada juga rakan sekerja tanya itu ini, lain baik buat entri untuk rujukan mereka.

walaupun hari ni hari isnin, memang tak sempat nak monday blues pagi-pagi. Saya bangun seawal 4 pagi untuk menghadap kerja-kerja pejabat. Hujung tahun memang banyak kerja, nak stress pun mengomel dalam hati je lar. 

balik kepada topik asal la, budget percutian ke Pulau Langkawi yang lepas. Memandangkan percutian budget, jadi semuanya kalau boleh mesti dalam budget. Maklum la, pergi sana pun gaji tak masuk lagi.... 


Tiket Penerbangan dan baggage
Tiket pergi balik dan buggage untuk seorang RM130. ni pun beli 3 bulan sebelum, kalau beli lagi awal semestinya dapat lagi murah.

Penginapan 
Untuk penginapan 4 hari 3 malam di CD Motel, seorang RM135. Kami tempah masa matta fair yang lepas. Memang dah discuss untuk motel budget je.

Pengangkutan - kereta sewa
Sebenarnya kereta ni percuma sahaja bila kami tempah motel. Kami tambah RM50 untuk tukar kereta manual kepada autamatik. Minyak kereta kami isi RM60. Jadinya +/- semuanya RM37.00 seorang.

Tiket/fee
Island Hopping
Memandangkan kami beli melalui matta fair, price nya agak mahal sedikit. Kalau beli dekat sana RM25 tapi kami beli di matta fair harga RM40 seorang.

Underwater World
Seorang RM25.

Cable Car
Seorang RM15

Kota Mahsuri
Seorang RM5

WildLife Park & Bird Paradise
Seorang RM15

Makan/minum
Kurang daripada RM100

ole-ole/souvenir
Untuk perbelanjaan ole-ole bergantung dengan diri sendiri. Saya takat beli coklat, baju, gamat, minyak wangi, dulang, sudu garpu, sudip etc lebih kurang RM400 - RM500



Friday, November 16, 2012

Pulau Langkawi Day 4 ~ Pantai Pasir Hitam, Langkawi WildLife Park & Bird Paradise, Ayer Hangat Village, Pekan Kuah, Beras Terbakar, Pantai Airport & Airport Corner Cafe


Salam Jumaat buat semua,

Minggu ni cuti berselang seli dengan Deepavali dan Awal Muharram. Masih tak terlewat untuk mengucapkan  Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua. Seronok bercuti? saya tak ambil cuti, waima malam tadi pun masih bekerja sampai awal pagi walaupun di rumah. 

Ok la, sambung balik coret-coret percutian yang lepas. Hari keempat atau terakhir kami disana. Seawal pagi kami dah bangun untuk memenuhi aktiviti seperti yang dirancang. Sebelum tu kami sarapan pagi dulu, kena isi perut dulu... kang tak pasal berbunyi perut ni.


Pantai Pasir Hitam
Kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin pagi. tenang dan redup je. Nampak juga orang menjala ikan ke ape tah dekat pantai. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.


 


WildLife Park & Bird Paradise
Yang seronok disini, kita berpeluang memberi haiwan makanan, berbeza dengan underwater world yang sedikit bosan. Tapi disini agak seronok disamping itu kami ditemani oleh dua orang pekerja yang menerangkan setiap jenis haiwan yang berada disini dan makanan apa yang boleh diberi. 1 pack makanan berharga RM6 juka tak salah saya. Tiket dewasa seorang RM15 tapi perlu menujukkan mykad. 


Budak 2 orang ni banyak memberi info kepada kami, tq la bebanyak. si adik ni pula memang dok cakap nan bergambar dengan ular. Kebetulan ular ni saja available untuk dipegang. saya tumpang tengok boleh la....


Ayer Hangat Village ~ Salt Water Hot Spring
Sebelum singgah sini, kami menjenguk sebentar di Galeria Perdana. Tak sampai 10 minutes pun. Lepas tu terus ke Ayer Hangat. 

Jangan terkejut! air panas di kampung ini ialah air tawar air garam panas tidak panas. Tak panas langsung korang, boleh terjun tiruk lagi dalam kolam tu kalau mau. hihihihih... Ramai orang tahu dan sedar manfaat air panas semula jadi maka ia tidak hairanlah jika sesetengah daripada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk merasai faedah air panas. Keunikan air panas disini kerana ia merupakan air garam semulajadi. keunikan hanya hanya boleh didapati di beberapa negara di dunia. Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Langkawi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk singgah sebentar.





Harum Aroma Cafe
Selapas ke Ayer Hangat kami balik motel terus untuk check out. Kami keluar lewat 2 jam, sebab kami nak mandi dan solat zuhur dulu. Tak kisah la bayar lebih sikit kan. Lepas tu terus singgah sini untuk makan tengahari kami. Perut wajib kena isi kalau nak berjalan-jalan macam ni.

ambil nasi berlaukkan ikan cencaru dan sotong bakar. nak komen sikit je, sotong dekat sini cinonit sangat tak puas ratah...


Laman Padi
Kampung saya mana ada padi, jadinya bila datang sini mesti la seronok. Menyaksikan panaroma yang menghijau. cuma tempat ni macam tidak dijaga dengan baik. suram je kecuali sawah bendang tu la...

Terbahagi 4 bahagian di Laman Padi ini antaranya Galeri Warisan mempamerkan bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah serta peralatan tradisional dan moden. Di Galeri Padi, pengunjung berkesempatan menikmati pemandangan sawah yang ditanam secara berperingkat. Manakala di Laman Herba kita akan mempelajari pelbagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit serta menyelami kehidupan petani dan menghayati kehijauan sawah dan lumpur di Laman Variati. 

sumber: LADA





Pekan Kuah & Padang Matsirat, Beras Terbakar
Kami singgah untuk membeli ole-ole lagi disini. Masuk balik dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang. Lepas tu kami terus ke Padang Matsirat, Beras Terbakar. Buat apa lagi kat sini kan selain membeli apa yang patut. Lepas kepenatan kami terus ke pantai airport. Gambar memang tak kuasa nak ambil masa ni. 


Pantai Airport
Ambil angin disini... lepas berapa ketika baru perasan yang sepatutnya kami perlu ke Lagenda Park. Memandangkan semua dah penat dan malas nak berpatah balik ke Pekan Kuah, kami sambung melepak tepi pantai je. Sambil tu tengok pasangan suami isteri dok menjala apa tah di tepi pantai. Ingatkan nak pekena sotong goreng tepung tapi ilek pochik pula. Hok yang lain tak berapa nak berkenan sangat nak makan di laksa power tu. sepanjang jalan ni ramai je yang meniaga tapi menu paling koman laksa, pasembor dengan cendol.




 Airport Corner Cafe
Sebelum gi airport kami singgah makan malam disini. Ingatkan nak makan best-best tapi segala ikan, sotong dengan udang dorang tak keluarkan lagi. Sudahnya makan nasi goreng dengan daging goreng kunyit, daging masak merah dan paprik ayam. Jadi la untuk mengisi perut yang lapar ni kan. Tapi dok tercari-cari juga mana la ada jual satay kat langkawi ni. Entah nape teringin pula nak makan satay dekat sini.




Jangan dok muntah jika asyik dok tayang muka kami je. hihihihi.... kami yang kepenatan. Sampai lcct pukul 10.30 malam. Balik tu sempat menge-teh dengan adik dekat kedai Malee. pukul 12 lebih baru sampai rumah, esok nya dah nak kerja. cari pasal la sangat, tak ingat badan tu dah letih betul.





nanti rajin saya update lagi. kita borak hal lain pula. bye.


Tuesday, November 6, 2012

Pulau Langkawi Day 2 Part 2 ~ Underwater World, Langkawi Yacht & Pantai Airport


rehat, mandi dengan solat zuhur dulu lepas balik dari island hopping. Kali ni kami makan tengahari di Harum Aroma Cafe. Kedai ni betul-betul depan Underwater World. Rasa boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan kedai lain. Segala ikan bakar, ayam & sotong bakar ada dijual beserta lauk kampung yang lain. Makan dekat area Pantai Chenang ni faham-faham je la, agak mahal sedikit dari Pekan Kuah. 


Underwater World
Lepas dah kenyang perut jom la kita ke Underwater World. Harga tiket untuk seorang dewasa RM28.00 sahaja. Apa yang ada dekat sini? ada hidupan laut dan darat juga. Sempat la kami tengok kakitangan disini bagi penguin makan. moh la kita layan gambar je, takde idea teman nak menulis, kepala serabut dok pikir kerja.








Langkawi Yacht
Lepas sejam lebih di Underwater World, kami jalan-jalan dan cari direction ke Cable Car untuk aktiviti esoknya. Singgah dulu ke Langkawi Yacht berdekatan dengan Pantai Kok. Sila la berangan ada kapal layar macam ni, boleh pusing dunia tak yah kerja. wah berangan kayo la sangat kan???





Pantai Airport
Lepas tu singgah makan Pasembor dan cendol di Pantai Airport. Pasembor dia sedap cuma cendol tu sangat la tak best untuk tekak saya. lagi prefer dorang letak santan dari susu. Kurang menyegat ler...





Balik bilik pun dah maghrib. Meh la solat dengan berehat di bilik. Ingatkan nak gi makan dekat lubuk buaya malam tu, sudahnya tukang bawa kereta tertidur kepenatan. Jadinya ajak la adik dia gi makan McD je. Tak kelas tau datang jauh-jauh tapi makan McD. hahahahahahah.... sib baik McD ni sekangkang kera je dari motel.

sampai sini dulu entri ni, jumpa lagi.


Friday, November 2, 2012

Pulau Langkawi Day 2 Part 1 ~ Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pantai Beras Basah


Alasan malas nak menaip, letak je gambar banyak-banyak. Hari ke-2 ni saya buat 2 part, part 1 ke Island Hopping manakala part 2 ke Underwater World, Langkawi Yacht dan Pantai Airport. Tapi part 2 ni entah bila sempat rajin nak update, gambar semua dah edit cuma cari idea karang ayat je. 

Island Hopping
Pukul 9 pagi ada orang akan ambil kami untuk aktiviti island hopping di Pulau Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan Eagle Feeding. Sebelum tu ambil sarapan dulu, kang tak pasal kelaparan. lama kami tunggu tau sebab dalam trip tu bukan kami je, ada pelancong dari Arab dan China. Dah la lelaki je semua, kami je sesat perempuan dalam van tu.

Sampai je, terus ambil tempat untuk naik bot. Memandang dorang kesian dengan kami ni, makcik yang urusan island hopping suruh kami tukar bot lain. Biarkan Pak arab 9 orang tu 1 bot, maklum la depa tu kan besar gabak... kang terlebih muatan tak pasal je.

Dah pukul 10 masa tu, matahari pun dah terpacak, panas weh. Dah la kulit ni gelap, tak pasal bertambah rentung lepas ni.... huhuhuhu...



Menikmati panaroma alam sepanjang perjalanan. Kalau tengok betul-betul gambar diatas ni, rupa bentuk gunung yang menyerupai perempuan hamil yang sedang terbaring.


Pulau Dayang Bunting

 Sejam masa yang berikan untuk kami menjelajah pulau ni. Dekat sini ada tandas kalau ada apa-apa emergency :p beras basah dan eagle feeding takde, jadinya pepandai la korang nanti. Sedikit maklumat untuk dikongsi,

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah Pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian Pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki. air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik. 

sumber: wikipedia



Kena mendaki bukit ke tasik air tawar. mencabar juga la untuk orang pemalas nak jalan macam kami. Sila bawa air minum siap-siap, berpeluh juga mendaki dan turun ke tasik.

tasik air tawar di tengah Pulau Dayang Bunting. Bawa baju spare kalau nak mandi dekat sini.  Kanak-kanak pun ada tempat khas, jadi tak perlu risau.



Eagle Feeding
Nothing much to do. Duduk dalam bot menikmati keindahan alam sambil tengok burung helang makan. Kita orang ada tanya dekat pemandu, helang tu makan apa??? helang tu makan kulit ayam, memang setiap hari ada orang bagi makan. Tak dapat nak capture gambar dengan cantik sebab pergerakkan burung helang ni sangat pantas.

Almost 10 minutes kami dekat sini sebelum bergerak ke destinasi terakhir. 


Helang berlegar-legar mencari dan turun merentasi air untuk menyambar makanan



Pulau Beras Basah
Tempat terakhir untuk island hopping, Pulau Beras Basah. Selain mandi boleh melakukan aktiviti pantai yang lain. Sejam masa yang diperuntukkan di tempat ini.

Kelaparan saya bila sampai tempat ni. Nak dijadikan cerita, saya memang lupa dekat sini memang banyak beruk si pencuri makanan. Kami cari tempat bawah pokok untuk berteduh untuk elak matahari terik. Sambil tu saya terasa nak makan roti yang saya tapau. tak sempat saya buka habis, beruk mana tah datang dari belakang curi roti saya. Masa tu memang tergamam kejap. semua yang nampak pun terkejut dan kesian. huhuhuhu... dah la lapar, lepas tu kena curi plak roti yang baru saya nak makan. sedih sangat masa tu, keji betul ko beruk... tumbuk kang baru tau. hahahahaha...

Sedikit maklumat mengenai pulau ini, sumber: wikipedia

Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi.

Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina untuk memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

cantik permandangan dekat sini... cuma nya tengah panas terik pun ada orang sanggup nak mandi. 

Untuk ubatkan hati yang sedih sebab roti kena curi, saya panjat dan lepak atas pokok. hihihihi... sabar je la. Nampak tak kat gambar di atas, beruk si pencuri roti.


indahnya ciptaan Tuhan, subhanallah. otw balik ke Jeti



Balik bilik terus rehat, mandi dan solat. Lepas tu baru gi cari makan dan lakukan aktiviti seterusnya. Penat tolak tepi, dah alang-alang sampai moh la kita terokai Pulau Langkawi.


Saturday, October 20, 2012

Pulau Langkawi #1 ~ Cuti-cuti Malaysia, 4H3M



Sebelum bercuti ke tokyo haritu, saya sempat beli tiket ke Pulau Langkawi. Kali ni saya bercuti dengan bekas rakan sekerja di putrajaya dulu dengan adiknya..

Percutian kami selama 4H3M. Asalnya 3H2M tetapi memandang tiket balik mahal, jadi kami tambah sehari lagi untuk dapat tambang murah. hihihihi...

nanti ada lapangan saya kongsikan trip percutian kami ke Pulau Langkawi pada 29hb September sehingga 2 Oktober yang lepas.

meh tepek sekeping gambar dulu...





Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday ~ Pasembor, Cendol & Laksa Langkawi





Pasembor sedap kasi thumb up tapi cendol tak sedap, dia letak susu dan laksa so so je depa cakap. 
Semua di Pantai Airport, Langkawi