Showing posts with label bagpacker. Show all posts
Showing posts with label bagpacker. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Tokyo Day 3 ~ Disneysea



Sangat teruja nak ke Disneysea walhal masing-masing dah besar panjang. hihihihih... ke saya je yang teruja lebih. ada satu je disneysea kat dunia ni, jadinya kalau datang tokyo jangan lupa singgah ke sini. cantik betul senibina tempat ni. tak caya, datang sendiri.. tengok :p

Dari Ueno Station kami exchange train di Tokyo Station dan ambil direct line ke Maihama Station. Seawal pagi kami dah bergerak ke sini. Tiket kami dah beli awal di Cosplay, Harajuku. Jadinya tak perlu la nak beratur panjang beli tiket.

Menunggu hampir 40 minit, lagi 2 orang yang baru sampai ke Tokyo...kiranya first day dorang. Sementara tunggu sempat lagi membelek peta kawasan disneysea. Tak mungkin dapat masuk atau main semua ride yang ada sebab punya la ramai orang dan panas terik kot...

Dari entrance kena naik lagi train disney resort line ke sana dan tiket pergi balik 500 Yen.  Macam air duit keluar bila bercuti kat tokyo ni. sadis disitu :p





Menaiki train yang super comel. kebetulan hari tu ada grand opening untuk Toy Story Mania dan water program - Summer Oasis Splash.Train pun berdekorasi Toy Story. Sambil tu boleh menikmati panorama disneyland & disneysea yang luas mata memandang.





Ambil peluang bergambar di main entrance yang mengujakan semua orang. Kalau waktu malam lagi cantik permandangannya.





Terdapat 7 tarikan utama yang mesti dikunjungi, antaranya

Port Discovery
Melawat pusat sains yang mengawal cuaca. antaranya Storm Rider dan Aquatopia. best sangat naik storm rider, macam betul-betul dalam ribut taufan. sila bawa baju spare kalau nak naik aquatopia, mesti kena air punya.

American Waterfront
Merasai keseronokan bandar besar, perkampungan new england dan ala-ala memancing di pelabuhan.
Paling seronok bila masuk Tower of Terror. Keadaan dia dalam lift sambil duduk atas kerusi. Lift tu akan naik hempas ke bawah, naik dan naik lagi turun ke bawah dan the last one naik sampai atas dan korang akan nampak permandangan disneysea yang awesome dari tingkap besar yang pecah dan terus lift akan turun ke bawah macam menghempas. Masa tu rasa nak terkeluar isi perut. hihihihihi. Berbaloi kami beratur hampir sejam. Disini juga ada  Toy Story Mania dan Turtle Talk cuma tak sempat masuk. Ya ampun, punya ramai orang gigih beratur. Kalau kami nak pun, 2 jam pun belum tentu dapat masuk dalam. orang kat sini memang gigih beratur panjang untuk main setiap ride yang ada.

Lost River Delta
Ala-ala runtuhan tamadun purba amerika yang terletak di dalam  hujan terpencil. ada roller coaster berpusing 360 dengan mengembara ala-ala dalam gunung berapi gitu. Hangat bak kata depa yang naik. Saya tak naik sebab dok jaga bag kat bawah, ke takut sebenarnya. hihihihi...  Indiana Jones Adventure: Temple of the Cystal Skull dan Raging Spirits saya berani naik.

Arabian Coast
tema dia ala-ala filem Aladdin gitu. Ada Sinbads Storybook Voyage, Jasmine's Flying CarpetsCaravan Carousel dan The Magic Lamp Theater. Teater dia macam 4D gitu, ada adegan sepak... tempat duduk kami pun terasa disepak bila mereka berlakon dipentas. Sementara tunggu teater ni mula, kami sempat makan aiskrim yang comel berbentuk mickey mouse.

Mermaid Lagoon
bertema ikan duyung yang dalam cerita kartun tu. Ada pengembaraan fantasi dalam air gitu. Seronok juga la, kalau korang pernah gi petrosains... cara gitu la fantasinya. kat sini ada Flounder's Flying FIsh Coaster, Scuttle's Scoosters, Mermaid Lagoon Theater, Jumpin Jellyfish, Blowfish Balloon Race, Whirlpool dan Ariel's Playground.

Mysterious  Islands
Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth dan 20,000 Leagues Under the Sea.

Mediterranean Harbour
Merasai dan menikmati suasana bahagian Eropah Selatan dengan menaiki gondola seperti Venetian Gondolas. Jangan lupa ke Fortress Explorations dan The Leonardo Challenge.

Jom layan gambar yang sempat saya ambil untuk kenangan sepanjang saya berada disini....



















Setiap ride yang kami masuk menggunakan fastpass. tak sanggup rasanya nak beratur hampir 1-2 jam di setiap ride. Rugi masa nanti, jadinya kena pantas ambil fastpass.

Masa di Port Discovery terserempak dengan satu keluarga dari pakistan yang menetap di Jepun. Salam dihulur tapi sekadar menjawab salam saja. Terjumpa sekali lagi di Towel of Terror, berborak panjang kami. Macam-macam diborak sampai naik sentap kami dibuatnya. hahahahaha... ada ke patut dia cakap kami naughty sebab bercuti tanpa ditemani keluarga. sabar je la kan... dan siap kami banyak duit sebab bercuti ke sini., yolah sangat. Kami bercuti ala bagpacker je, kalau melalui agensi memang tak mampu lagi la nak sampai sini. dushhhh!!!!






selain minum air mineral dalam kadar yang banyak sempat makan aiskrim dan mangga sejuk beku yang sedap. tak lupa mencuba shave ais ala-ala ais kepal kat tempat kita. Makan tengahari kami roti gardenia berlaukkan sardin saja. Nak makan dekat sini agak was-was juga. Jadinya bawa bekal la kami...

Lepas dah puas berjalan dari pagi sampai ke petang, kami cuci mata dan membeli cenderahati pula. banyak juga la kedai yang disinggah untuk mencari sesuatu untuk tanda kenangan ke disini. Sempat saya membeli 5 helai t-shirt dan magnetic. Sebelah malam kami tengok grand opening untuk toy story mania dan diakhiri dengan percikkan bunga api. Betul-betul punya penat..... balik heret kaki.



Friday, September 28, 2012

Tokyo Day 1 ~ Saitama, Electronic Town, Ueno & Tokyo Tower



Catatan perjalanan, penerbangan kami pada 6 Jul pukul 2.45 ptg dan dijangka sampai 11.00 malam waktu Tokyo. Kita lewat 1 jam dari Jepun (kalau salah sila betulkan not worthy)

Pagi tu baru la terhengeh-hengeh kemas baju dan barang-barang, mood bercuti tak sampai lagi. Memikirkan kerja yang surutnya macam kura-kura. Lepas siap terus ke Pandan ambil wawa dengan shara dan terus ke lcct.  Check-in dah pun dah buat siap-siap dari rumah. 


Sampai lcct terus check in bag . Bila dah selesai semua hal baru gi sarapan dekat kfc dan sesiap tapau zinger burger. Kelam kabut juga la gi solat dan lepas solat terdengar panggilan terakhir penerbangan kami dan yang best ye kami orang yang paling akhir naik kapal terbang. Siap kena sedas dua lagi dengan akak yang check passport dengan tiket flight kami. 


Pergi ni pun beli tiket Airasia X, pitam la kalau naik MAS. Takpe janji sampai kan hee hee Asalnya duduk asing tapi abg pramugara tu bagi kami duduk sekali. Terus saya berlari-lari duduk sebelah wawa. Hahahah... tipu la kalau berlarikan, agak-agak ler. Penerbangan ke airport Heneda mengambil masa 7 setengah jam. 1st time naik lepas tu berjam-jam dalam flight, harus la sakit satu badan hypnotized

Henada Airport, Tokyo
Teruja dan cuak juga bila sampai Tokyo, susah nak ceritakan perasaan masa tu. Flight pun ambil masa untuk landing sebab cuaca hujan masa kami sampai, turun flight terus naik bus ke terminal. Selesai semua dan ambil luggage, kami pun cari tempat untuk lepak dan rehat. sebab duduk kat airport sampai siang. Saya ambil peluang untuk rehatkan badan sebab tak dapat lelapkan mata dalam kapal, lagi pun memang tak larat nak heret bag yang berat ke hulu hilir. Yang lain ambil peluang lawat kawasan hee hee







Sepanjang saya berada disini apa saya lihat dan perasaan:
#sistem pengangkutan mereka sangat bagus, kebanyakkan menaiki train untuk memudahkan perjalanan. Jalanraya pun tak sesak, orang cakap boleh la nak baring sekejap tengah jalan. 
#Tetiba ada gambar tandas pula kan... cuma nak bagi tau tandas dekat sana sangat bersih. Jauh beza dari tempat kita. huhuhuhu   d'oh
# Kereta dan motor memang kurang. paling banyak basikal. bersusun-susun basikal. Patut la orang sini semua kurus-kurus belaka. Daki bukit selamba je pada hal raga ada barang, tempat duduk belakang ada bayi. kagum kagum... kalau la saya, mahu tercabut kaki nak kayuh basikal masa mendaki

Sesiapa yang menggunakan pengangkutan awam, saya cadangkan beli sucia card untuk memudahkan perjalanan anda. Kad ni macam T&G juga yang boleh digunakan untuk membeli di sesetengah kedai, menaiki train dan bus juga.

Ueno Station
Jam menunjukkan 5.43 pagi waktu Jepun, manakala Malaysia 4.43 pagi. Sini sudah terang benderang macam pukul 8 pagi. Kami ambil train ke Ueno Station kawasan tempat penginapan kami. Bukan untuk check in tapi letak bag dekat locker dulu. 

Dah letak barang dalam locker baru la senang hati nak jalan kan. Terkial-kial guna public phone dekat sini sebabnya nak telefon seseorang yang belajar di Saitama University. 

Saitama University & Saitama Arena
Bermula perjalanan kami ke saitama menaiki train dan seterus menaiki bus ke Saitama University. Tenang dan aman betul tempat ni. Agaknya orang dekat sini masih tidur lagi. Sempat lagi bergambar di pekan saitama (agaknya kot, main belasah je ni) sementara menunggu bus. 

Bus berhenti betul-betul depan pintu masuk university. Tak risau la kacau sesat barat, kebetulan perhentian yang paling akhir. Sambil menunggu orang yang ditunggu datang, kami ambil peluang bergambar dan melihat keadaan sekeliling sekali lagi.






kami ke Lason lepas tu dan iman terangkan apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Iyelah, mana la faham tulisan dorang. jadinya lepas ni senang la kami nak cari makan. Dah alang-alang sampai , diajak kerumah dia. Comel betul rumah kat sini smug. Sempat la kami tumpang sarapan sekali. Tujuan asal nak ambil tiket Fujiko·F·Fujio Museum yang iman belikan dulu dan bawa ole-ole dari kl untuk dia.

Borak sekejap pastu teruskan ke destinasi seterusnya ke Saitama Arena. Kebetulan ada konsert FT Islands dari Korea. Mak aih... punya la ramai manusia yang beratur keliling stadium semata-mata beli godies tau. Belum lagi beratur masuk dalam stadium untuk tengok konsert. Kalau korang rajin cuba besarkan gambar kat bawah ni, tengok berapa gighnya dorang beratur. 






Akihabara, Electronic Town
Hari pertama ni tak ikut sangat tentatif yang dirancang. Dari Saitama kami terus ambil train ke Akihabara. Saja pusing-pusing tempat ni sambil mandi hujan jepun, over kan big grin  Akihabara ni dapat jolokan 'Electronic Town'. Segala jenis barang electronic ada dijual kat sini. kat sini juga la kalau korang nak tengok awek jepun berpakaian animasi, comel2 weh. hahahah.. 





Ueno, Weekly Mansion Tokyo
Dah penat berjalan satu hari, kami ke Ueno untuk check in guess house. Kami tinggal di Weekly Mansion Tokyo berdekatan dengan JR Line - Ueno Station dan Subway Ueno Stations Ginza-line. Sesiapa yang menginap di kawasan ni boleh singgah ke Ueno Zoo. Harga tiket untuk orang dewasa dalam lingkungan 600 Yen.

Kawasannya sangat bersih, tak bising dan rasa selamat disini walaupun kami pertama kali menjejaki kaki ke sini. Kiranya nak jalan sorang atau balik malam takde la takut sangat.





Tokyo Tower
Lepas merehatkan diri dan solat, sebelah malam kami bergerak ke Tokyo Tower. Rancangan asal hendak ke Hard Rock Cafe Tokyo juga tapi tak berkesempatan. Bila cuaca hujan agak membataskan aktiviti kami. Tak banyak gambar yang saya ambil sebab malas nak bawak dslr. Konon nak ambik pakai hp je, sudahnya bateri kong dan memori full pula. LOL

Lupa pula, admission fee untuk main 820 Yen manakala special kena tambah 600 Yen. Pengalaman naik sedikit gayat la sebab liff dia transparent. cuak la juga kan. 1 lagi kena beratur panjang gila untuk beli tiket dan naik ke atas. Lebih sejam kot baru dapat naik. Punya la ramai orang. Tu yang tak sempat nak singgah Hard Rock.. sob sob...

Night view from Tokyo Tower and can u spot it?








Cuma untuk sambung entri yang lain... 4 days in tokyo, short trip ke gold coast, morib dan penang. Banyaknya entri nak dikongsi tapi idea menulis takde... Esok nak cuti-cuti malaysia lagi... jumpa lagi.



Friday, September 7, 2012

Negara Matahari Terbit #3 ~ Itinerary



Bersambung cerita percutian saya hari tu. Kali ni saya hendak kongsikan jadual asal percutian kami  sebelum berlepas ke bumi Tokyo dan semestinya ada yang terbabas daripada apa yang dirancang. Maklum la, kita ni manusia sekadar merancang, Allah swt juga yang menentukan segalanya.

Itinerary ni perlu ada untuk permohonan visa. Kena menyusun setiap agenda kami disana untuk mengelak blur tidak tahu arah tujuan nanti. Konsep percutian ini adalah bagpacker jpop. Hihihihi… Maklum la, tukang urus percutian ini peminat setia kumpulan Arashi. Tak tahu siapa itu Arashi, sila google. Saya nak cerita pun tak pandai. Hahahahaha…


Tokyo Itinerary (6th – 12th July 2012)

Day 1 – Arrival
02.45 petang – Bertolak dari LCCT
11.00 malam – Selamat sampai Tokyo – Haneda Airport
                       Pusing2 airport dan tidur dekat sana je sebab sampai pun tengah malam kan.

Day 2
Asakusa, Sensoji Temple untuk beli souvenir
Jalan kaki dari Mansion Higashi-Ueno Hotel Apt

Odaiba, Statue of Liberty, 5th/7th floor of Fuji TV
Tarikan Rainbow bridge, Fuji TV, Statue of Liberty & beach. Ambil water bus (Himiko) ke Odaiba  (catch Himiko at 1.25pm or 15.25pm). Cost : Himiko (1520 Yen) or Normal (1220 Yen)

Tokyo Tower, Hard Rock Café Tokyo untuk permandangan malam (last admission: 20:30pm)
Ambil train Yorikome Line dari Odaiba ke Shiodome, tukar train Oedo Line ke Akababenashi. Cost untuk train 310 Yen + 170 Yen. Manakala untuk tiket Tokyo Tower Main: 820 Yen  Special kena tambah 600  Yen.

Mansion Higashi-Ueno Hotel Apt
Ambil  Toei Subway Oedo Line dari Akabanebashi ke Aoyama, exchange train (Tokyo Metro Ginza Line) ke Ueno station, 260 Yen OR
Ambil  Toei Subway Oedo Line dari Akabanebashi ke Daimon (Tokyo), jalan kaki dari Daimon ke  Hamamatsucho, ambil JR Yamanote Line di Hamamatsucho ke Ueno, 330 Yen.

Day 3
Tokyo Dome
Line dari Ueno to Akihabara, exchange train (JR Chuo/Sobu Line) to Suidobashi, cost 150 Yen

Shinjuku, Yoyogi Park, Meiji Shrine untuk jalan-jalan.
Ambil JR Chuo/Sobu Line ke Shinjuku (JR). Meiji Shrine di dalam Yoyogi Park, cost 150 Yen

Harajuku (cosplay), beli DisneySea tix, Daiso
Walking down dari Yoyogi Park sampai ke Harajuku. Kemudian get off dari Harajuku Station, Takeshita Exit (Not Omotesando Exit) ke Daiso.

Shibuya, Hachiko, Spanish Slope, Tower Rec
JR Yamanote Line dari Harajuku Station ke Shibuya, 130 Yen.

Ebisu Garden
JR Yamanote Line dari Shibuya Station ke Ebisu, 130 Yen.

Fujiko·F·Fujio  Museum ~ Kartunis Doraemon
Ambil Yamanote line dari Ebisu to Shinjuku, exchange ke Odakyu Line dari Shinjuku (JR) ke Noborito or Mukogaokayuen. Cost train 390 Yen dan tiket museum 1000 Yen.

Metropolitan Goverment Building untuk melihat permandangan malam
Ambil Odakyu Line ke Shinjuku (JR), 240 Yen

Day 4
DisneySea
Ueno -> Tokyo Station -> Maihama.  Ambil JR Yamanote Line dari Ueno ke Tokyo Station, kemudian ke JR Keiyo Line (Local #2 or Rapid #4) to Maihama Station. Train cost 1080 Yen include internal train dalam DisneySea. Fee 6200 Yen.

Day 5
Chiba, Keikarou, eye-to-eye with Aiba’s (Arashi) mom.
Ambil JR Yamanote Line dari Ueno ke Akihabara, exchange train (JR Chuo/Sobu Line) ke Makuharihongo, 450 Yen.

Johnny’s Shop close at 7pm.
Ambil JR Chuo/Sobu Line dari Makuharihongo ke  Shinjuku(JR), kemudian ambil e train JR Yamanote Line dari Shinjuku ke  Harajuku. Duration: 60 Minutes, 620 Yen

Day 6
Johnny’s Family Club close at 7pm.
Ambil JR Yamanote Line dari Ueno ke Shinjuku, 190 Yen

Sky Tree untuk melihat permandangan Tokyo pada siang hari.
Ambil Toei Subway Shinjuku Line dari Shinjuku(Toei) ke Jimbocho, exchange train Tokyo Metro Hanzomon Line dari Jimbocho ke Oshiage, kemudian jalan kaki dari Oshiage ke Skytree. Tain cost 330 Yen dan tiket masuk 1st 300m : 2000 Yen (+) 150m : 1000 Yen.                          


To be added: Palette Town (Ferris Wheel : 900 Yen) & Nippori Textile Town 


Sekian. Tapi tidak semua on track disebabkan beberapa perkara. Nanti saya cuba berkongsi pengalaman pengalaman dan pandangan saya mengenai negeri matahari terbit ini. Yang pentingnya, ada rezeki lebih saya ingin bercuti kembali di sini.