Friday, April 29, 2011

selangkah...











setapak mahu pun selangkah....
doakan semuanya terbaik untuk hari ini...
insyallah, amin.







Wednesday, April 27, 2011

berehat sebentar



walaupun macam-macam nak update....







Stress tau, line bb ni macam siput sedut... haiya


Thursday, April 21, 2011

TQVM


Terima kasih kat mereka sebab rajin buat poster dan gambar kat bawah ni...







Tuesday, April 19, 2011

Makan Time - KFC & Big Apple Tesco,Puchong


Sambungan entry SINI

Hari kedua datang pejabat pos ni, baru la dapat siti settlekan urusan renew lesen. Dekat 50 mnt juga la menunggu. Kat puchong ni, selain pejabat pos tesco dengan bukit puchong, mana lagi boleh buat renew lesen erk??? Susah la weh, setiap kali datang, memanjang orang ramai.

Lepas selesai semua urusan, sesi isi perut plak. Mula2 nak ke Sushi King, minggu lepas kan Sushi King buat promosi 1 plate RM2. Kad member siti expired sudah. Jadinya ke KFC saje ler. Ambil set makan tengahari, jimat skit duit aku.

Sebelum balik, tapau donut big apple. Beria je nak diet, nan ado juga. Tak dapat kontrol makan sejak dua menjak ni. Nak wat camno, aku ni mmg kaki makan. Lepas tu membebel berat badan naik... ahakssss..



Taman Botani, Putrajaya - Penutup Cerita


Penutup cerita, ambil masa juga untuk update.

Sementara menunggu, baik la aku ambil gambar sambil cuci mata tengok keindahan alam. Asyik pandang screen laptop pun tak bagus untuk mata kan????




Sesi bergambar sebelum balik. x-staff pun ada join, bagus2. Next month jumpa lagi, extreme aktiviti plak.





Bergambar sakan dengan mereka. Beria2 melompat sebab sherene nak ambil best picture kekonon.



Monday, April 18, 2011

Makan Time - HR Steak House, Kampung Baru



Minggu lepas, jalan-jalan cari makan di Kampung Baru. adik beradik cadangkan tempat ni.



Kami sampai pun dah lewat malam dan kebetulan ramai orang datang makan. Menunggu la nak dapat tempat duduk.

Disebabkan ramai orang, makanan kami sampai hampir sejam. Mengantuk dibuatnya, dah la pukul 12 malam masa tu. Kena pula tempat tu ala candle light dinner.







Kesimpulannya,
Paling penting... harga makanan murah,
Portion makanan pun besar,
Boleh tahan sedap.
Review pasal kedai ni pun banyak, jadinya boleh google dulu sebelum terjah datang.


P/S:
Gambar semua dari google dan website aku singgah.

Thursday, April 14, 2011

Makan Time - Medan Selera, Tesco Puchong


Menemankan siti renew lesen dekat Pejabat Pos, Tesco Puchong. Sementara menunggu moh la kita gi makan dulu. Dekat 40 nombor baru sampai no giliran siti.

Dalam kepala memang dah set nak makan....




Chicken grilled with rice dan cendol durian. Suka cendol durian kat sini sebab tak manis sangat. Just nice...

Yong Tau Fu siti punya tapi kan... tapi kan... hehehehehe... kira menu kedua dia. Memula dia ambil Nasi Tom Yam [ermmmk, betul ke siti?] Orang cakap makan tak puas... dan makan tak habis pun, tapau bawa balik.

Makan pun main lari-lari... kejap turun tengok no giliran dah dekat ke blum? Kangg terlepas, azab menunggu.

Tak sempat juga nak renew lesen, dah dekat pukul 2. no giliran pun jauh lagi... Jadinya, moh la kite balik..


Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata:

Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Baginda ditanya kenapa? Baginda menjawab : Sesungguhnya semua amal diangkat (ke langit) setiap hari Isnin dan Khamis. Maka Allah akan mengampunkan setiap Muslim atau setiap Mukmin kecuali dua orang yang sedang berbantah, maka Allah berkata : Tangguhkan keduanya." (riwayat Imam Ahmad).

Puasa tathowwu' (sunat) dibolehkan berbuka, khususnya jika ada penyebabnya seperti dijemput makan. Dari Abu Said al-Khudri r.a dia berkata: "Saya menyiapkan makanan untuk Rasulullah SAW, maka Baginda datang dengan beberapa sahabatnya. Ketika makanan dihidangkan salah seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. Lalu Rasulullah berkata: Saudaramu telah menjemputmu dan telah bersusah payah untukmu. Kemudian Baginda bersabda: Berbukalah dan berpuasalah di hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu". (riwayat Baihaqi).

Setiap ibadat dalam Islam ada rukunnya agar ibadat itu dapat tegak dan berjalan dengan benar.

Setiap amal ibadat, baik wajib mahupun yang sunat akan bernilai di mata Allah jika didasarkan dengan niat.


Sumber penulisan Utusan Malaysia.


P/S:

  • Dengan berpuasa akan mengajar kita menahan nafsu syahwat, makan dan sebagainya,
  • Ia jua dapat membantu mengawal kemarahan, mengawal lisan dan memelihara lidah agar tidak berkata yang buruk dan sebagainya,
  • Membantu untuk memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang tidak sepatutnya,
  • selain dari menahan lapar dan dahaga.
  • Jom ambil kesempatan untuk melakukan ibadat puasa sunat.



Wednesday, April 13, 2011

Picture Dunia Fantasy di lululalalengleng.blogspot.com



Jom pakat singgah ke blog....




Cantik dan comel sungguh hasil kerja di alam fantasi dia. Kalau aku, mahu terkial-kial nak membuatnya.

Antara hasil kerja yang comel itu. Jom sama-sama berangan berada di alam fantasi.






P/S:
To Wani, Ros, Arda dan Lily
Korang... jom join sesama. Boleh berangan sekejap sambil dicomelkan di alam fantasi. lalalalalalala


lululalalengleng, akak dah tag pic. Tengok mana yang ok. TQ





Makan time - masakan mak tetap terbaik


Masakan emak tetap yang terbaik. Pergi la mana-mana, masakan emak juga yang dirindui selalu.

Ni baru seminggi mak tak balik rumah, dah rindu kat masakan mak. over je kan???

Dari mai-mai nak tidur terus celik mata bila mak balik bawa makanan. Gembira ko, klu tak... hadap la makanan kat bawah ni selama mak tak balik...

Ni pun nasib baik dapat ayah yang sangat comel memastikan anak dia tak kelaparan sebab malas nak masak. Hahahahaha... biasa la, malas aku ni bukan sikit tapi sangat banyak.

Hampir setiap hari menghadap nasi goreng, tomyam atau pun bihun goreng. Tetap bersyukur sebab terlebih makan... lalalalalala






Khamis lepas mak masakkan ikan tiga rasa, ayam masak merah dengan masak lemak pucuk ubi.

Sabtu plak... masak lemak ikan pari dengan belimbing dan ayam masak kicap. Ahad lepas rajin plak aku buat sup daging, ikan pekasam goreng dengan ikan pari bakar.





Tadi ingat nak singgah pasar malam tapi kan nasib baik ada sedikit malas. Sampai rumah tengok ayah dah beli macam-macam. Murtabak yang sedap itu, satay ayam, bihun sup, laksa dengan tau fu fa.

Mak masak kari ikan merah, masak lemak pucuk paku dengan ayam masak merah lagi. Huhuhuhuhuhu... abis la diet aku. Macam mana la nak turun berat badan, makin naik ada lar.
Esok nak puasa, ambil berkat hari khamis. Insyallah....



P/S:
Korang baca tak surat khabar semalam dengan isnin. Pasal bakar rumah kerana RM200. Klik sini KOSMO dan METRO. Kenapa la sampai begitu??? Kasih ibubapa tiada gantinya. Sebelum buat sesuatu, berfikir la dulu.


Bloglist Baru Di ChilaBaey's Spot


Jom join...



Syarat pun senang, tak yah pening kepala nak fikir. lalalalalalala...

1. Tiada syarat yang ditetapkan...
2. Sesiapa sahaja boleh linkkan...
3. Tak kira blogger yang lama atau baru...
4. Siapa yang ambil logo di atas dipersilakan... Kalau ada yang nak buat entry
untuk aku pun boleh, manalah tahu kalau2 ada hadiah misteri... Tak janji....!!!



P/S:

  • Salam takziah buat tuan punya blog diatas pemergian ayah tersayang. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman. Amin
  • Al-Fatihah

Taman Botani, Putrajaya - Aktiviti berbasikal keliling taman


Sesi berbasikal selepas sejam berjalan keliling taman botani. Kami berpecah ikut haluan dan kemampuan masing-masing.

Ikut hati nak ambil basikal macam dorang pakai ni. Tapi kan... hahahahahah... kaki ni ala sampai tak sampai je. Sedih betul. Basikal dorang ni ada gear, senang nak naik bukit.

Jadi basikal yang takde gear ni, bukan berbasikal naik bukit... tolak basikal je la yang mampu. Jenuh kayuh tapi punya la susah nak mendaki.

Muka-muka gembira selepas berbasikal keliling taman. Tak sempat nak explore semua tempat, lain kali kena datang sini lagi.





Nak tau aku naik basikal ape??? basikal chopper ler. Tengok parking baik punya. Masa ni tengah menunggu kawan tolak basikal naik atas. Awat la lambat bebenor... hahahahahah...






Disebab ambil basikal chopper, kena tolak basikal bila naik tempat berbukit. Habis kudrat kayuh bila nak naik tapi tak gerak juga. Ke aku yang terlebih muatan??? Kalau basikal ada gear senang skit kot...




Tuesday, April 12, 2011

Taman Botani, Putrajaya - Aktiviti berjalan kaki keliling taman


Akhirnya sampai ke Taman Botani, Putrajaya dekat bulatan Persint 1.

Sekali tengok ramai orang, siap ada bas lagi. Dah agak mesti basikal dah habis orang pakai. Tekaan CT memang betul, basikal tak cukup untuk kami 11 orang ni.

Jadinya sementara menunggu 1 jam, pusing-pusing jalan kaki keliling taman. Tak ada la semua pelusuk kami jelajah, agak-agak mana terlarat je. Sebab lepas ni nak pusing dengan basikal pula.










yang pastinya, belum apa-apa dah berpeluh. Bagus betul, dapat kurangkan berat 1kg ker. hahahahahahah... berangan je lebih.

Malam sebelum tu punya tertekan sebab timbang berat, naik gila. sadis betul, untuk cecah berat sekarang adalah masa zaman sekolah dulu. Aku kena diet, malam tak boleh ambil nasi.


Oldtown White Coffee, Puchong Jaya



Aktiviti berbasikal dan checkpoint pertama di pejabat tepat pukul 7.30 pagi. Tapi kami sampai pukul 8 pagi, hahahahahaha... Ngantuk sangat la, malam sebelum tu kan pergi KLCC tengok Wonder Girl di Twin Towers @LIVE 2011.

Checkpoint kedua.... singgah sarapan dekat Oldtown White Coffee, Puchong Jaya dulu. Kite orang paling awal sampai sarapan sini. Dorang baru nak buka pintu...




Aku sebenarnya tak gemar makan minum dekat sini tapi memandangkan suara majoriti, ikut juga. Risau sebenarnya dan lagi aku memang confirm pening lepas minum air dorang. Pekat gilos sampai effect otak aku.



Monday, April 11, 2011

Twin Towers @LIVE 2011 Kuala Lumpur


Tak sabar tengok Wonder Girl keluar sebabnya habis je dorang buat konsert terus suruh member sms wanie ajak balik.


Nak tengok gambar WG masa konsert boleh jengok tianchad.com dan azrinarizz.com


Lagi review pasal Wonder Girl dekat Twin Towers @LIVE 2011 Kuala Lumpur, klik sini PEMINAT FANATIK WG



Sebelum balik singgah makan dulu area Taman Equin. Mata dah ngantuk sangat nak tidur sebab esoknya nak gi berbasikal dengan rakan sekerja.



Jadi peneman kawan ke KLCC lepas balik kerja.



Hendak mengambil orang yang senyum sampai telinga agaknya dapat tengok Wonder Girl betul-betul depan mata. Walaupun untuk kali ketiga kan????

Sampai sana pun dah pukul 9 setengah. Cari makan dulu sebab dah kelaparan tahap naga. Sambil tu tengok persembahan Bunkface dari food court, harus tak dengar.

Clay-pot chicken black pepper.... tak sedap


Aku punya, Sizzling Chicken Black Pepper.... tak sedap juga!!!


Lepas mengisi perut singgah Kinokuniya dulu sebab ada orang tu dapat bau Kinokuniya pun dah puas hati. Belek 2-3 magazine lepas tu pi lepak bawah tengok konsert dari screen besar je.


sambungan....

Friday, April 8, 2011

Kesian betul tengok binatang kena gantung


Tajuk entry yang over kan????


Sebenarnya nak kongsi mainan baru Sarah. Suka betul Sarah bila tengok gajah, zirafah, singa dengan burung kakak tua bergantung macam tu. Siap nak capai tapi tak sampai.

Tapi takde nya Sarah tidur kat katil dia tu. Beli hari tu pun untuk cukur jambul je. Sekarang katil tu jadi perhiasan dalam bilik mak long dia je lar.









Malam ni nak gi klcc, temankan kawan tengok show WG. Tapi takdenya aku join sekaki nak meramaikan orang. Bagi dia tengok konsert sementara tu aku pusing-pusing klcc, masuk kedai buku Konikokunya atau pun tengok wayang. Tapi sampai pukul 1 pagi, larat ke ni???

Wednesday, April 6, 2011

Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram


Plan asal nak pergi makan area puchong je. On the dalam kereta dok diskus, tukar plan ke Klang plak. Pastu bagi cadangan alang-alang moh la kita ke Jeram. Sebabnya kat Muara, Klang sana dah berapa kali gi makan tak sedap.

Sampai terus cari tempat, pilih benda nak makan. Kami pilih makan kat wakaf, senang nak terlentang bila kenyang makan. over sangat kan???

Dah siap order makanan moh la kita jalan-jalan tepi pantai. Kebetulan air pasang, angin dan ombak pun kuat.... best

Budak masam sebab baru bangun tidur lepas tu takut orang letak di dalam air. Maklum la deruan ombak pun kuat, cuak Sarah.




Dalam 20-30 minit makanan pun sampai. Mula-mula makan kerang bakar dulu. Lepas tu baru belasah yang lain. Sambal cicah pun boleh tahan, kerang pun fresh.... kombinasi yang ngam.

Gambar kerang ni google, je sebab kt hp sipi-sipi je gambornya.




Pepahat Masak Cili. Asalnya nak makan mentarang, tapi takde la pulak. Belasah je la ambik, kalau lala dah selalu makan. Moh la sekali sekala cuba yang lain.



Butter prawns, ambil buat syarat sebab kami tak makan udang. Tapi gediknya siap memasing suruh ambil yg besar. Padaaku tak sedapkan klu besar2 ni, kurang manis.. Ikut korang la nak ambil mana satu...



Ketam Masak Cila. sambal dia kurang sedap sebab terlebih letak sos kot. Tapi ketam dia rasa sangat fresh. Cicah ngan sambal pepahat yang sedap sebagai pengganti.



Sotong Goreng Tepung ni pun sedap sebab tak over goreng dan segar. Memang tak boleh miss order klu makan seafood.. Bagi sepinggang besar pun aku boleh habiskan sorang.



Ikan Jenahak Tiga Rasa yang sedap sangat. sebab masak 3 rasanya lain sikit dari yang biasa kita makan kat kedai tom yam tu. dan pula ikannya fresh, tu yang best.



Ikan Kerapu Masak Steam Limau. Ikannya segar dan tidak berbau, itu yang penting. Rasanya memang masuk dengan tekak aku.



Ikan Pari Bakar, pic ni aku google je. Macam snap tapi takde pula dalam HP. Masa ni lupa bawa kamera sebab ingat pi IOI je. Malas nak ngankut dslr tu. Rasa nak beli kamera kecil, senang campak dalam bag. Ada sesapa nak tolong belikan? Kembali kepada makan, ikan pari ni pun sedap sebab sekali lagi ikan dia fresh. Nak makan yang fresh sila datang awal.



Lauk sampingan yang lain, Tom Yam Seafood dan Sayur Kailan Ikan Masin. Total semua RM175, so pada aku berbaloi la. sebabnya ikan pun dah 3 jenis, udang, sotong, ketam ngan pepahat lagi. Nak murah mana lagi kan????


Lepas dah kenyang makan tersandar duduk. Buruk perangai ke tidak? sebelum balik ajak dorang jalan-jalan dengan bergambar tepi pantai dulu. Angin sepoi-sepoi bahasa sungguh, best. Entah bila zaman nak datang lagi. walhal kampung kat jeram je pun.