Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Cerita Hari Raya Korban 2012



Nanti-nanti kita cerita pasal cuti-cuti malaysia dan kahwin adik.Tengah kalutbetul, banyak benda nak disiapkan. stress betul keje tak surut-surut ni.

kita cerita raya korban dulu... 
Seronok raya tahun ni? ada buat korban ker? saya tak sure ada bahagian korban ke tak tahun ni. rasanya macam ada tapi ayah yang buatkan bahagian saya. sabar je la kan, bukan nya reti nak bertanya saya ni.

memandang diet nasi sekarang, harus la makan ala kadar je. Takde la sampai tak makan, nanti boleh mendatang kemarahan pula. hihihihi... Menu sarapan pagi raya kami, ada nasi tomata, nasi impit dengan lemang. lupa pula nak snap gambar encik lemang. takde rendang tahun ni, tukar buat lauk daging masak kurma, ayam masak merah dengan kuah kacang saja.

Tengahari kami makan mcD, boleh??? sabar je la tapi dah adik beli, harus la masuk mulut... makan diam-diam sudah. walhal 3 hari berturut-turut dok makan mcD. next entri saya citer.

Untuk makan malam pula selain lauk pagi, mak masak lauk lain juga. mak masak kat dapur, langsung tak tolong masak. pemalas piang betul masa tu, nasib baik adik tetiba rajin nak tolong. ahakkkssss. selalu ada je alasan malas ni nak tolong. Malam tu sempat juga mak masak ikan siakap 3 rasa, sup cendawan dengan sotong goreng kunyit. siap topup dengan tomyam tulang yang ayah bawa dari masjid.

Meh jamu mata kejap, jemput makan yar...





Bercerita pasal korban, tahun ni ayah buat dekat kampung pula. tapi memang ayah rajin buat kat kampung pun kalau ada rezeki lebih. Ayah ngan adik je balik kampung, kami yang lain duduk rumah. lagi pun sarah pun buat korban dekat belah mak dia dekat kinrara sana. Alasan untuk tak balik, malas benar gi balik hari. mentang-mentang kampung dekat moncheh je, itu pun malas nak balik sejak arwah atuk dan nenek dah takde. al-fatihah untuk semua. aah rindu gulai maman arwah nenek, sodap. malam tadi merasa juga saya makan, mak masak. tak puas makan sebab tinggal sejemput je untuk saya, cish.... sampai hati betul.





sampai sini coret-coret raya korban saya tahun ni. sempat juga la saya menziarah keluarga kawan saya. bihun singapore yang dorang buat sedap!!! dasar kuat makan kan.... hihihihi



Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban & Hari Raya Aidiladha



Sunyi sepi area tempat kerja hari ni, dekat surau pun tak ramai orang. Mesti ramai yang dah cuti dan gerak balik kampung. Maklum la, esok kan raya.

Buat sesiapa balik ke kampung, berhati-hati memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.


Serba sedikit info yang sempat saya baca dan dikongsikan disini,

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

sumber: wikipedia



tetiba rindu nak makan gulai maman dengan gulai daun puding arwah nenek.

Buat pengunjung blog yang beragama islam,
Selamat Hari Raya Haji dan mengerjakan ibadah korban.