Matahari dah tegak baru la hengeh-hengeh nak gi pantai. Breakfast ngan checkout out terus.
Ke main awal bangun sebab Sarah keluarkan macam-macam bunyi takmo tido subuh tu. Biasa tepuk ngan bagi susu dia tidur balik. Bley plak pagi tu merengek. Sebabnya first time tidur abah dia takde dengan dia sekali. Tu pasal merengek tak berhenti. Sudahnya aku masuk bilik ambik dia.
Sambil mai-mai aku buka tv layan Sarah, umi ngan mak aku tak larat dah nak layan dia. heheheheheheheh... Lepas baru la nak senyap sebab dah dapat bau abah dia agaknya. Macam-macam budak kecik sorang ni..
Khemah ni boleh sumbat 8 org terus dan siap bertingkap... Kami adik beradik sempat landing tidur dulu sebelum jalan-jalan kat pantai. Kebanyakkan aku tengok datang pantai ni memasing dah bawak khemah sesiap, senang berteduh dari panas. Kami tak gi Teluk Kemang, apa pulak nama pantai ni.... lupa sudah.
Makan time, pi beli kat kedai area situ je. ada kailan ikan masin, sup daging dengan ayam panggang.
Brader yang kasi sewa banana boat tu datang kat kite orang siap cakap... Suruh beli je la rumah kat sini, sebabnya 2-3 minggu sekali adik aku mesti datang berkhemah kat situ. Tu yang kami cakap, entah ape yang dia dok suka sangat datang sini...
Masa ni air tengah surut. Sambil jalan-jalan tepi pantai siap plan nak bawak Sarah main air laut. Abah dia dahh tersegat je tengok dari jauh. heheheheheh....
Thursday, March 10, 2011
Aktiviti bersama keluarga: Picnic @PD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment