Wednesday, November 28, 2012

tak tau nak bagi reaksi apa, kena muhasabah diri dan bertabah....

Salam semua,

Saya tak tau nak stress ke apa. Isnin lepas saya terpaksa ambil el. sebabnya kereta bertuah ni kena cium dengan tayar lori. saya bengang sampai tak tau nak bagi reaksi apa. damn!!!

Dah la saya baru lepas repair dan cat kereta. kira touch up balik kereta. Sekali kena lagi. hukkkssss... dah lepas bertekak lori tu blah je. coi la sangat. 

Kalau dah gaya gitu, memang takde la nak slow talk bagai. kena la wat report polis juga. aiyar. dah tak handsome en.persona. uweekkkkkk. mencik loh. dah la nak bayar 4 saman speed-trap dengan renew road-tax kereta lagi. ape la nasib....

kena muhasabah diri, perbaiki apa yang kurang... setiap kejadian ada hikmahnya.


en.persona sekarang dah tak handsome macam gambar diatas..... masa ni gi cuci, tak sampai 3 minggu dah buruk balik kena cium lori. lol. bertabah la diri.


Masak & Makan Time ~ Makan Petang


jemput tengok, jemput makan....

kena rajin memasak kalau duduk rumah, boleh menambahkan lemak dalam badan. lepas tu pekena kopi 0 panas pula. hahahah.... macam mana la nak diet kalau asyik masak dan makan je. 



Tuesday, November 27, 2012

Kenduri kahwin sepupu


last 2 week kenduri kahwin sepupu belah mak. kenduri belah perempuan buat di PJ. apatah nama dewannya, dekat dengan pj old town sinun. buat pun waktu malam, hujan lebat weh.

apa pun, selamat pengantin baru buat along & wife dan melayari alam rumah tangga dengan sebaik mungkin. maklum la, zaman sekarang banyak benar dugaannya. tak gitu....



gambar tak berapa jelas.... maklum la, bukan tangan photographer :p



Masak & Makan Time ~ Sarapan Pagi Hujung Minggu..



Sarapan pagi versi kanak-kanak, tak pedas pun. maklum la, since ada budak kecil... masak pun tak boleh pedas sangat. saya pun pula, kalau makan tak pedas tak puas...

meh jamu mata.....



 nasi goreng, bihun goreng, cempedak goreng & kari ikan tenggiri....



Monday, November 26, 2012

Masak Time ~ Cheese Tart v1


kalau nak beli tak boleh sikit-sikit, tak puas nak makan. alternatifnya kena la buat sendiri walaupun tak reti. kat internet banyak rujukan tapi saya suka rujuk blog masam manis.

untuk percubaan pertama, shell/crust dan filling saya beli yang dah siap je. hanya creme cheese je saya buat sendiri. Filling saya guna blueberry dan stawberry.





masih tak success untuk buat corak atas creme cheese. buruk bebenor rupanya. nanti nak kena belajar sampai cerdik. tak puas tau makan seketul, kena makan banyak-banyak bak kata kawan saya. siap tanya resepi dekat saya yang baru pertama kali cuba. hihihih...




Makan Time ~ Bubba Gump Shrimp Co


Salam buat semua,

macam mana dengan mood kerja hari ni? ke laut atau masih masih dibuai perasan. Hihihih.. maklum la hari isnin kan. disebab itu saya mulakan minggu ini dengan entrie yang ringan-ringan.

biasa la yar, apa lagi nak diceritakan selain makan.... makan dan makan. last 2 week saya ke Citta Mall semata-mata nak pi makan di Bubba Gump Shrimp Co. dekat sunway pun ada tapi sekali sekala moh la kita gi jauh sikit.


antara menu yang ada, pilih saja ikut kemahuan tekak memasing. not only udang je yang ada... ikan, ayam, daging pun ado. so sesiapa alah pada seafood dun worry.

suasana di dalam restoran....

dimulai dengan appetizers, dynamite shrimp sedap itu dan alabama hot wings. Saya order blueberry smoothie, dorang mango sparkler

lepas tu memasing order mama's southern fried chicken, crazy cajun chicken dan spaghetti with meat source. dah plan awal2 nak makan sweet hone bbq burger tapi bila dah sampai sini, mulut gedik order southern fried chicken. kan dah overload..... lagi pun kurang sedap loh...

total keseluruhan RM190+/- untuk 3 orang. 


Friday, November 23, 2012

Makan Time ~ Restoran Bawang Merah & Malee



Balik daripada Penang, dah terhidang makan yang enak-enak. Ayah awal-awal lagi dah call kite orang tanya pasal makan. Tu sampai rumah je semua dah tersedia. Telur dadar yang awesome ayah masak, yang lain beli kedai. Jadi la kan, apa nak complaint.

teringat-ingat pula bila tengok gambar ni balik...  sedap makan dengan nasi panas.


sup tulang yang sedap itu. saya memang suka kalau sup ni... hirup hirup kuah dia...

Siakap steam dengan halia dan Asam Pedas Ikan Merah yang sedap itu..

Sambal Udang dengan Petai dan Sotong 3 rasa. yang ni biasa-biasa je, takde la sampai termimpi-mimpi nak makan lagi. hahahahah

Telur dadar, kangkung goreng belacan dan budu


Lauk pauk beli dekat Restoran Asam Pedas di Mutiara Indah. Restoran ni siap ada buat delivery tau. Agak2 malas nak masak, kami call je minta dia hantar lauk. Korang ingat Pizza Hut ngan Domino je ada buat delivery gaya gitu. hahahahaha

Lauk pauk yang lain beli dekat Kedai Malee.

Lapar pula perut ni, tengahari tadi makan keropok lekor dengan kuih je. Teringin nak makan sushi la pula. Ingat dulu, x-ofismate saya suka sangat makan sushi. tu yang terjebak sama. Hari jumaat je gi sushi king, ioi mall. semua tinggal kenangan je sekarang ni.


Trip 2H1M ke Pulau Pinang


entri tertangguh juga ni. Trip ke Pulau Pinang bulan lepas. Kami gi ke Bayan Lepas....


mari la bersesak-sesak di Jambatan Pulau Pinang...

Siapa yang kaya tu tolong hadiahkan saya sebijik bot....  hahahahha, poyo je

Singgah beli Jeruk Madu Pak Ali yang sedap itu.... berbungkus-bungkus kami beli.....

Budak yang mengamuk sepanjang perjalanan.... huhuhuhu... nasib baik telinga mak long ko ni sangat kebal dengan tangisan tak berhenti itu.

Service apartment yang kami sewa, berdepan dengan Gold Coast Resort Condominium, Bayan Lepas

Permandangan dari atas, awesome kalau mandi manda ni, orang pun tak ramai...

Sebelah malam kami ke Padang Kota, minum air kelapa dan makan pasembor yang mahal. 

Hari kedua, kami singgah di perkampungan nelayan. Tenang dan nyaman je, like so much....

sambil melihat anak-anak bergusti atas pokok. Siapa yang kalah, tercampak la ko dalam air.

Jambatan ke-2 Pulau Pinang yang dalam pembinaan.... sebagai alternatif ke sini.



Wednesday, November 21, 2012

Makan Time ~ Murni, Bukit Jalil


Menu di hari kejadian... berasaskan mee.....
Mee Raja, Maggi Goreng Special dengan Bihun Goreng Siam...
Meh jemput tengok....




wordless wednesday ~ cendol + rojak



Kan sangat awesome bila cendol bertemu rojak. yum.. yum.... pi makan dekat seri petaling, gerai tepi jalan. cer cari.... di jamin sedap.




oh my.....



salam buat semua,

tinggal sebulan lebih untuk masuk ke tahun 2013. cepat betul masa berlalu kan... macam-macam yang jadi sepanjang tahun ni kan. suka atau pun duka, semuanya sudah tertulis. yang penting mengharungi hari-hari yang mendatangkan dengan lebih baik. Memperbaiki mana yang kurang dan segala kebaikkan dan keburukkan dijadikan iktibar.

yang tak bestnya tahun ni macam tahun yang lepas.... external hard disk saya 2 kali jahaman dan langsung tak dapat diselamatkan. external hard disk sangat penting bagi saya sebab dalam tu tersimpan semua hasil kerja untuk rujukan dan paling paling penting segala gambar-gambar pun hilang begitu saja. Frust betul saya, kebetulan saya dah transfer semua benda dalam tu. Masa beli orang yang beli tu cakap hard disk tersebut tahan lasak.... kalau jatuh sikit-sikit takde hal. Ni baru kena campak dengan Sarah 2 kali dah jahaman.

Habis semua gambar-gambar percutian awal tahun. kebetulan semuanya dah saya transfer dalam tu. sakit hati tak terkata.... dah la external yang kedua tu baru saya beli tak sampai berapa bulan dah kong. mengganti dan membeli baru mungkin tiada masalah akan tetapi memori yang ada tersimpan didalam tu macam mana nak recall balik kan.... mood saya sangat kelaut bila ingat pasal hdd ni.

Lepas ni saya kena lebih berhati-hati supaya hdd yang baru tak rosak disebabkan kecuainya sendiri mau pun orang lain.

ok la, ketemu lagi di lain entry. Sayangi setiap apa yang anda miliki... ewahhh.... saya penat dengan kerja yang tak surut2 ni. erm.... 



Tuesday, November 20, 2012

Masak Time ~ Yong Tau Fu Sup


kisah beberapa minggu yang lepas ni. Memandangkan tengahari tu saya buat sup ikan merah, jadinya petang saya adjust buat yong tau fu dengan lebihan sup ikan merah. yummy, letak pula sambal cili padi ngan kicap.

Meh jemput tengok..... :p




ole-ole orang kahwin


Pepagi datang opis tengok ada ole-ole orang kahwin atas meja. boleh juga buat makan petang....




Monday, November 19, 2012

Pulau Langkawi ~ Budget & Souvenir


Assalamualaikum buat semua yang singgah,

walaupun sekadar pulau langkawi, saya rasa tidak salah berkongsi budget percutian ke sana. Ada juga rakan sekerja tanya itu ini, lain baik buat entri untuk rujukan mereka.

walaupun hari ni hari isnin, memang tak sempat nak monday blues pagi-pagi. Saya bangun seawal 4 pagi untuk menghadap kerja-kerja pejabat. Hujung tahun memang banyak kerja, nak stress pun mengomel dalam hati je lar. 

balik kepada topik asal la, budget percutian ke Pulau Langkawi yang lepas. Memandangkan percutian budget, jadi semuanya kalau boleh mesti dalam budget. Maklum la, pergi sana pun gaji tak masuk lagi.... 


Tiket Penerbangan dan baggage
Tiket pergi balik dan buggage untuk seorang RM130. ni pun beli 3 bulan sebelum, kalau beli lagi awal semestinya dapat lagi murah.

Penginapan 
Untuk penginapan 4 hari 3 malam di CD Motel, seorang RM135. Kami tempah masa matta fair yang lepas. Memang dah discuss untuk motel budget je.

Pengangkutan - kereta sewa
Sebenarnya kereta ni percuma sahaja bila kami tempah motel. Kami tambah RM50 untuk tukar kereta manual kepada autamatik. Minyak kereta kami isi RM60. Jadinya +/- semuanya RM37.00 seorang.

Tiket/fee
Island Hopping
Memandangkan kami beli melalui matta fair, price nya agak mahal sedikit. Kalau beli dekat sana RM25 tapi kami beli di matta fair harga RM40 seorang.

Underwater World
Seorang RM25.

Cable Car
Seorang RM15

Kota Mahsuri
Seorang RM5

WildLife Park & Bird Paradise
Seorang RM15

Makan/minum
Kurang daripada RM100

ole-ole/souvenir
Untuk perbelanjaan ole-ole bergantung dengan diri sendiri. Saya takat beli coklat, baju, gamat, minyak wangi, dulang, sudu garpu, sudip etc lebih kurang RM400 - RM500



Friday, November 16, 2012

Pulau Langkawi Day 4 ~ Pantai Pasir Hitam, Langkawi WildLife Park & Bird Paradise, Ayer Hangat Village, Pekan Kuah, Beras Terbakar, Pantai Airport & Airport Corner Cafe


Salam Jumaat buat semua,

Minggu ni cuti berselang seli dengan Deepavali dan Awal Muharram. Masih tak terlewat untuk mengucapkan  Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua. Seronok bercuti? saya tak ambil cuti, waima malam tadi pun masih bekerja sampai awal pagi walaupun di rumah. 

Ok la, sambung balik coret-coret percutian yang lepas. Hari keempat atau terakhir kami disana. Seawal pagi kami dah bangun untuk memenuhi aktiviti seperti yang dirancang. Sebelum tu kami sarapan pagi dulu, kena isi perut dulu... kang tak pasal berbunyi perut ni.


Pantai Pasir Hitam
Kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin pagi. tenang dan redup je. Nampak juga orang menjala ikan ke ape tah dekat pantai. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.


 


WildLife Park & Bird Paradise
Yang seronok disini, kita berpeluang memberi haiwan makanan, berbeza dengan underwater world yang sedikit bosan. Tapi disini agak seronok disamping itu kami ditemani oleh dua orang pekerja yang menerangkan setiap jenis haiwan yang berada disini dan makanan apa yang boleh diberi. 1 pack makanan berharga RM6 juka tak salah saya. Tiket dewasa seorang RM15 tapi perlu menujukkan mykad. 


Budak 2 orang ni banyak memberi info kepada kami, tq la bebanyak. si adik ni pula memang dok cakap nan bergambar dengan ular. Kebetulan ular ni saja available untuk dipegang. saya tumpang tengok boleh la....


Ayer Hangat Village ~ Salt Water Hot Spring
Sebelum singgah sini, kami menjenguk sebentar di Galeria Perdana. Tak sampai 10 minutes pun. Lepas tu terus ke Ayer Hangat. 

Jangan terkejut! air panas di kampung ini ialah air tawar air garam panas tidak panas. Tak panas langsung korang, boleh terjun tiruk lagi dalam kolam tu kalau mau. hihihihih... Ramai orang tahu dan sedar manfaat air panas semula jadi maka ia tidak hairanlah jika sesetengah daripada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk merasai faedah air panas. Keunikan air panas disini kerana ia merupakan air garam semulajadi. keunikan hanya hanya boleh didapati di beberapa negara di dunia. Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Langkawi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk singgah sebentar.





Harum Aroma Cafe
Selapas ke Ayer Hangat kami balik motel terus untuk check out. Kami keluar lewat 2 jam, sebab kami nak mandi dan solat zuhur dulu. Tak kisah la bayar lebih sikit kan. Lepas tu terus singgah sini untuk makan tengahari kami. Perut wajib kena isi kalau nak berjalan-jalan macam ni.

ambil nasi berlaukkan ikan cencaru dan sotong bakar. nak komen sikit je, sotong dekat sini cinonit sangat tak puas ratah...


Laman Padi
Kampung saya mana ada padi, jadinya bila datang sini mesti la seronok. Menyaksikan panaroma yang menghijau. cuma tempat ni macam tidak dijaga dengan baik. suram je kecuali sawah bendang tu la...

Terbahagi 4 bahagian di Laman Padi ini antaranya Galeri Warisan mempamerkan bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah serta peralatan tradisional dan moden. Di Galeri Padi, pengunjung berkesempatan menikmati pemandangan sawah yang ditanam secara berperingkat. Manakala di Laman Herba kita akan mempelajari pelbagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit serta menyelami kehidupan petani dan menghayati kehijauan sawah dan lumpur di Laman Variati. 

sumber: LADA





Pekan Kuah & Padang Matsirat, Beras Terbakar
Kami singgah untuk membeli ole-ole lagi disini. Masuk balik dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang. Lepas tu kami terus ke Padang Matsirat, Beras Terbakar. Buat apa lagi kat sini kan selain membeli apa yang patut. Lepas kepenatan kami terus ke pantai airport. Gambar memang tak kuasa nak ambil masa ni. 


Pantai Airport
Ambil angin disini... lepas berapa ketika baru perasan yang sepatutnya kami perlu ke Lagenda Park. Memandangkan semua dah penat dan malas nak berpatah balik ke Pekan Kuah, kami sambung melepak tepi pantai je. Sambil tu tengok pasangan suami isteri dok menjala apa tah di tepi pantai. Ingatkan nak pekena sotong goreng tepung tapi ilek pochik pula. Hok yang lain tak berapa nak berkenan sangat nak makan di laksa power tu. sepanjang jalan ni ramai je yang meniaga tapi menu paling koman laksa, pasembor dengan cendol.




 Airport Corner Cafe
Sebelum gi airport kami singgah makan malam disini. Ingatkan nak makan best-best tapi segala ikan, sotong dengan udang dorang tak keluarkan lagi. Sudahnya makan nasi goreng dengan daging goreng kunyit, daging masak merah dan paprik ayam. Jadi la untuk mengisi perut yang lapar ni kan. Tapi dok tercari-cari juga mana la ada jual satay kat langkawi ni. Entah nape teringin pula nak makan satay dekat sini.




Jangan dok muntah jika asyik dok tayang muka kami je. hihihihi.... kami yang kepenatan. Sampai lcct pukul 10.30 malam. Balik tu sempat menge-teh dengan adik dekat kedai Malee. pukul 12 lebih baru sampai rumah, esok nya dah nak kerja. cari pasal la sangat, tak ingat badan tu dah letih betul.





nanti rajin saya update lagi. kita borak hal lain pula. bye.