Thursday, March 3, 2011

Aktiviti bersama keluarga: Zoo Negara - update



Ke Zoo Negara ahad lepas. ada 2-3 kali aku sampai, ikut rombongan cik kiah. ops silap... rombongan sekolah dar.. Takkan le sekolah korang takde buat lawatan kat sini idok. zaman dulu-dulu mana de klcc ngan petrosains bagai.

Tiket ada 2 jenis;
Semua tempat termasuk taman rama-rama RM25 seorang dewasa
Semua tempat kecuali taman rama-rama RM20 seorang dewasa

Naik tram pun kena bayor RM3 sekepala. Mahal doh, dulu free je naik menda ni. Tapi aku cadangkan naik je la tram tu, larat ke nak pusing 1 Zoo. Lemau dik non... jgn jd cam kite org, bila dah penat, taman rama-rama dah tak masuk, kan dah rugi rm5 sorang.

Taman Rama-Rama tu korang nak bayar masa masa nak masuk pon takde hal, tak perlu la nk bayar masa beli tiket masuk.




Muka happy sebab dok dalam tempat rehat berhawa dingin. Klu tak muka tak bley blah... masam mencuka... tak padan dengan kecik :-p



Muka masam memanjang sebab cuaca panas dan keletihan mungkin.. Belikan topi untuk dia buat kenangan mai Zoo :-)