Aku rakamkan untuk dikongsi di sini...
Jadi budak ini sebagai cabaran untuk anda sampai ke puncak Bukit Broga :-p Kagum aku tengok budak kecil ni semangat nak mendaki sampai puncak. Rakan sekerja aku cakap, sila kagum dengan ayah dia sebab berjaya bawa anak dia sampai atas. Boleh tahan mencabar tahu masa mendaki untuk sampai atas. Satu lagi masa aku turun, terserempak dengan satu keluarga bawa bayi dia umur dalam linkungan 5-7 bulan. Pendapat aku la, tunggu la anak tu besar sikit baru la bawa masuk hutan dengan mendaki bukit... bahaya la
Gambar ni buat kami tersenyum panjang. Agaknya mesti baru lepas solat subuh, takkan dia mendaki pakai kain pelekat kan... Nanti tercabut kain tu... menjerit pula orang lain
Masa kami sibuk bergambar, budak ni senyum je sambil tunjuk jari merujuk kepada "ambil sekeping gambar boleh?". Itu apa yang otak aku fikir la yer, bukan budak tu cakap. Jadi aku tangkapkan sekeping gambar untuk dia. Tengok tu, senyum lebar je
Tak lupa gambar tuan punya blog, jangan muntah tengok sudah la. Over tak aku, siap terbongkok-bongkok ambil gambar. Ni antara gambar yang ok, yang lain banyak gegar je
P/S:
Jika ada antara tuan punya badan terbaca entry ini dan berkehendak untuk gambar diatas dikeluarkan, boleh email saya. Minta izin tanpa rela saya kongsikan disini.
Tuesday, March 22, 2011
kisah Bukit Broga lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya tak sampai lagi ke bukit Broga ni. even kalau dari putrajaya tu macam dekat je. cuma nak naik kat atas tak tahu la larat ke idak
mummysyafie:
insyallah boleh sampai :-) Kawan saya siap 5-6 kali berhenti, akhirnya sampai juga. Kena ada pembakar semangat juga....
Post a Comment