Thursday, March 31, 2011

Makan time.... mee bandung muar



Kurang mantap plak mee bandung ni kali ni. Orang lain yang masak ayah cakap, rasanya ada lari sikit dari pakcik nizam yang masak. Siapa nak cuba boleh singgah dekat D'Muar, Kajang.






Wednesday, March 30, 2011

nak senyum sampai ke telinga boleh?



Tak banyak sikit pon dah alhamdulillah... Lebih baik sikit dari takde langsung kan. Sekarang ni nak senyum tapi takde la sampai ke telinga kan fadli.




Comel tak kalau senyum camni. hahahahahaha.... tak kisah la walaupun nampak katik kan. Janji aku dapat senyum walaupon tak sampai ke telinga senyuman tu.





Tuesday, March 29, 2011

Birthday Lunch @ Little Pantry, IOI Mall


biar gambar berbicara... serba pink dan putih dekorasi restoran Little Pantry.










Budak kecik yang dirai, selamat hari tua... heheheheheh
















puas hati... takde makna nak tipu yer. sila tengok sampai muntah :-p

Monday, March 28, 2011

babysitter



sabtu lepas, jadi babysitter budak ni....












Sekarang ni suka jerit kalau lambat bagi makan, minum atau mandikan dia.
Abah dia cakap makin gedik hee hee dan manja terlebih ni...
Suka sangat buat memek muka pelik-pelik. tapi takpe, time kecil comel la nak wat camtu...
dan suka sangat makan dan hisap jari waiting


Aku punya la ngantuk, si Sarah takmo tidur tidur juga. stress aku weh whew!


Friday, March 25, 2011

Merajinkan diri, memasak selain makan..makan dan makan....


Balik dari Broga (tak habis2 dengan broga kan... lantak la situ), terus membongkang sampai ke petang. Lepas tu mak datang ambil kat rumah aima, terus ke JJ Taman Equin plak. Sempat lagi merayap, pada hal orang kat rumah dah kelaparan agaknya.

Ni semua pasal adik aku sibuk nak beli microphone. Kemaruk nak karaoke balik la tu. Tu la, tak reti nak simpan barang, bila nak pakai tak jumpa. Tapi aku kira ambil kesempatan la, sempat beli barang untuk Sarah ngan mak. Microphone sudahnya tak beli sebab kunci lemari microphone bdk JJ tu tak jumpa-jumpa.

Sampai rumah muka ayah dah serupa naga hee hee. So cepat2 la kami prepare makan malam. Sebelum tu mak aku dah siap masak lauk... masak lemak ikan bawal dengan belimbing. Cuma kami tambah dengan lauk kat bawah ni...










Ikan bawal, sotong dan udang BAKOR!!! sedap, aku tak tipu. Hari tu kan pi makan kat Sekinchan Ikan Bakar yang tak berapa sedap tu..... jadi sambil makan sambil rasa la apa bahan yang dia letak masa bakar tu dan kasi adjust ikut tekak kami.







Lepas kiteorang kekenyang tahap max, ayah balik dari pasar malam bawa Yong Tau Fu, Satay, Mee & Kueh Teow goreng dan bihun sup. Mana lalu nak makan dah kan, jadi kami habiskan Yong Tau Fu dan Satay saje, yang lain kasi simpan dalam peti ais.






Ketat gile perut lepas makan. Selamat menjamu mata yer sebab tuan punya blog hanya suka cerita pasal makanan saja. harap maklum whistling


Thursday, March 24, 2011

Jalan-jalan JJ Equin lepas balik dari Bukit Broga



Muka gembira dapat walker. Habis la lepas ni semua benda nak dilanggar. Balik dari Broga hari tu, singgah JJ Taman Equin ngan mak. Dari hari ke sehari nak beli, akhirnya sempat juga beli sebelum duit aku habis... hahahahahah...










Tak lupa juga, belikan mak Food Steamer. Selain tu nanti ayah boleh panaskan makanan dalam tu sebab suka benar panaskan lauk dalam plastik dalam air panas. Bak kata orang... "Alah membeli menang memakai" party


Keputusan SPM yang mendebarkan...



Tahun ni merupakan keputusan SPM yang terbaik dalam tempoh 4 tahun (info dari utusan).


Adik bongsu ambil SPM juga tahun lepas... Memandang aktiviti dia tak kira masa waima SPM pun adalah menghadap BOLA jadinya keputusan SPM dia pun ada unsur-unsur itu hee hee. Jadinya berderet la huruf B dalam slip keputusan tu. Pilih la B+ ke, B mahupun B-

Sepupu aku yang seorang lagi tu alhamdulillah keputusan SPM nya, 8A 2 B applause tapi tidak la aku bertanya + or -. Itu la bezanya, yang seorang ni ulat buku dan berazam nak mengubah kehidupan sekeluarga. Siap ada role model lagi tu, nak berjaya macam abang sepupu dia. Sekolah pun nak sama dan siap nak ambil course yang sama seperti abang sepupu dia. Takpe, benda yang baik tak salah nak diikut.

Buat kamu berdua kak long doakan berjaya dikemudian hari dan ini adalah satu titik permulaan.... teruskan berusaha jangan pernah ada perkataan mengalah untuk berjaya winking


durian oh durian....



Tengah mengidam makan durian ler sekarang ni. Ok, jangan nak kata aku mengidam sebab mengandung ke ape erk... tekak orang bujang cam aku pun ada benda nak makan yer...

Jadi ada sesapa sudi nak hantar durian dekat depan pintu aku tak???? hee hee


Jom cuci mata dulu... Tengok tu, isi durian yang tebal.. terliur dibuatnya.

pic google kat sini



Teringin nak makan pancake durian juga. Kenapa la takde jual kat IOI Mall, kalau tak kan senang nak pi beli...






Yang ni juga teringin nak makan, serawa durian. Makan dengan roti jala takpon roti ngan pulut. sungguh teringin ni, kena beli durian la hujung minggu ni kalau nak buat serawa.

pic google kat sini



Untuk hilangkan kempunan, jumaat lepas singgah dekat SR beli kek durian. Bukan tu saje, utk org yang kuat makan cam aku ni... up sekali dengan kek indulgence. Nape skrg ni susah nak dapat blueberry cheese kek yer, ngidam nak makan itu juga.






Tuesday, March 22, 2011

kisah Bukit Broga lagi....



Aku rakamkan untuk dikongsi di sini...


Jadi budak ini sebagai cabaran untuk anda sampai ke puncak Bukit Broga :-p Kagum aku tengok budak kecil ni semangat nak mendaki sampai puncak. Rakan sekerja aku cakap, sila kagum dengan ayah dia sebab berjaya bawa anak dia sampai atas. Boleh tahan mencabar tahu masa mendaki untuk sampai atas. Satu lagi masa aku turun, terserempak dengan satu keluarga bawa bayi dia umur dalam linkungan 5-7 bulan. Pendapat aku la, tunggu la anak tu besar sikit baru la bawa masuk hutan dengan mendaki bukit... bahaya la shame on you


Gambar ni buat kami tersenyum panjang. Agaknya mesti baru lepas solat subuh, takkan dia mendaki pakai kain pelekat kan... Nanti tercabut kain tu... menjerit pula orang lain hee hee


Masa kami sibuk bergambar, budak ni senyum je sambil tunjuk jari merujuk kepada "ambil sekeping gambar boleh?". Itu apa yang otak aku fikir la yer, bukan budak tu cakap. Jadi aku tangkapkan sekeping gambar untuk dia. Tengok tu, senyum lebar je peace sign


Tak lupa gambar tuan punya blog, jangan muntah tengok sudah la. Over tak aku, siap terbongkok-bongkok ambil gambar. Ni antara gambar yang ok, yang lain banyak gegar je sad





P/S:
Jika ada antara tuan punya badan terbaca entry ini dan berkehendak untuk gambar diatas dikeluarkan, boleh email saya. Minta izin tanpa rela saya kongsikan disini.