Showing posts with label Beras Terbakar. Show all posts
Showing posts with label Beras Terbakar. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Pulau Langkawi Day 4 ~ Pantai Pasir Hitam, Langkawi WildLife Park & Bird Paradise, Ayer Hangat Village, Pekan Kuah, Beras Terbakar, Pantai Airport & Airport Corner Cafe


Salam Jumaat buat semua,

Minggu ni cuti berselang seli dengan Deepavali dan Awal Muharram. Masih tak terlewat untuk mengucapkan  Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua. Seronok bercuti? saya tak ambil cuti, waima malam tadi pun masih bekerja sampai awal pagi walaupun di rumah. 

Ok la, sambung balik coret-coret percutian yang lepas. Hari keempat atau terakhir kami disana. Seawal pagi kami dah bangun untuk memenuhi aktiviti seperti yang dirancang. Sebelum tu kami sarapan pagi dulu, kena isi perut dulu... kang tak pasal berbunyi perut ni.


Pantai Pasir Hitam
Kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin pagi. tenang dan redup je. Nampak juga orang menjala ikan ke ape tah dekat pantai. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.


 


WildLife Park & Bird Paradise
Yang seronok disini, kita berpeluang memberi haiwan makanan, berbeza dengan underwater world yang sedikit bosan. Tapi disini agak seronok disamping itu kami ditemani oleh dua orang pekerja yang menerangkan setiap jenis haiwan yang berada disini dan makanan apa yang boleh diberi. 1 pack makanan berharga RM6 juka tak salah saya. Tiket dewasa seorang RM15 tapi perlu menujukkan mykad. 


Budak 2 orang ni banyak memberi info kepada kami, tq la bebanyak. si adik ni pula memang dok cakap nan bergambar dengan ular. Kebetulan ular ni saja available untuk dipegang. saya tumpang tengok boleh la....


Ayer Hangat Village ~ Salt Water Hot Spring
Sebelum singgah sini, kami menjenguk sebentar di Galeria Perdana. Tak sampai 10 minutes pun. Lepas tu terus ke Ayer Hangat. 

Jangan terkejut! air panas di kampung ini ialah air tawar air garam panas tidak panas. Tak panas langsung korang, boleh terjun tiruk lagi dalam kolam tu kalau mau. hihihihih... Ramai orang tahu dan sedar manfaat air panas semula jadi maka ia tidak hairanlah jika sesetengah daripada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk merasai faedah air panas. Keunikan air panas disini kerana ia merupakan air garam semulajadi. keunikan hanya hanya boleh didapati di beberapa negara di dunia. Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Langkawi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk singgah sebentar.





Harum Aroma Cafe
Selapas ke Ayer Hangat kami balik motel terus untuk check out. Kami keluar lewat 2 jam, sebab kami nak mandi dan solat zuhur dulu. Tak kisah la bayar lebih sikit kan. Lepas tu terus singgah sini untuk makan tengahari kami. Perut wajib kena isi kalau nak berjalan-jalan macam ni.

ambil nasi berlaukkan ikan cencaru dan sotong bakar. nak komen sikit je, sotong dekat sini cinonit sangat tak puas ratah...


Laman Padi
Kampung saya mana ada padi, jadinya bila datang sini mesti la seronok. Menyaksikan panaroma yang menghijau. cuma tempat ni macam tidak dijaga dengan baik. suram je kecuali sawah bendang tu la...

Terbahagi 4 bahagian di Laman Padi ini antaranya Galeri Warisan mempamerkan bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah serta peralatan tradisional dan moden. Di Galeri Padi, pengunjung berkesempatan menikmati pemandangan sawah yang ditanam secara berperingkat. Manakala di Laman Herba kita akan mempelajari pelbagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit serta menyelami kehidupan petani dan menghayati kehijauan sawah dan lumpur di Laman Variati. 

sumber: LADA





Pekan Kuah & Padang Matsirat, Beras Terbakar
Kami singgah untuk membeli ole-ole lagi disini. Masuk balik dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang. Lepas tu kami terus ke Padang Matsirat, Beras Terbakar. Buat apa lagi kat sini kan selain membeli apa yang patut. Lepas kepenatan kami terus ke pantai airport. Gambar memang tak kuasa nak ambil masa ni. 


Pantai Airport
Ambil angin disini... lepas berapa ketika baru perasan yang sepatutnya kami perlu ke Lagenda Park. Memandangkan semua dah penat dan malas nak berpatah balik ke Pekan Kuah, kami sambung melepak tepi pantai je. Sambil tu tengok pasangan suami isteri dok menjala apa tah di tepi pantai. Ingatkan nak pekena sotong goreng tepung tapi ilek pochik pula. Hok yang lain tak berapa nak berkenan sangat nak makan di laksa power tu. sepanjang jalan ni ramai je yang meniaga tapi menu paling koman laksa, pasembor dengan cendol.




 Airport Corner Cafe
Sebelum gi airport kami singgah makan malam disini. Ingatkan nak makan best-best tapi segala ikan, sotong dengan udang dorang tak keluarkan lagi. Sudahnya makan nasi goreng dengan daging goreng kunyit, daging masak merah dan paprik ayam. Jadi la untuk mengisi perut yang lapar ni kan. Tapi dok tercari-cari juga mana la ada jual satay kat langkawi ni. Entah nape teringin pula nak makan satay dekat sini.




Jangan dok muntah jika asyik dok tayang muka kami je. hihihihi.... kami yang kepenatan. Sampai lcct pukul 10.30 malam. Balik tu sempat menge-teh dengan adik dekat kedai Malee. pukul 12 lebih baru sampai rumah, esok nya dah nak kerja. cari pasal la sangat, tak ingat badan tu dah letih betul.





nanti rajin saya update lagi. kita borak hal lain pula. bye.


Friday, November 9, 2012

Pulau Langkawi Day 3 Part 1 ~ Warung, Restoran Hj. Jelani, Oriental Village ~ Cable Car, Telaga Tujuh, Pantai Kok, Padang Matsirat ~ Beras Terbakar & Kota Mahsuri


Salam Jumaat buat semua,

saya cuti hari ni, boleh la senang hati nak update blog. Entri hari isnin - rabu semua schedule publish, dibuat hujung minggu yang lepas. tak daya nak update hari-hari sebabnya sibuk di pejabat tak surut-surut, pening kepala.

pukul 1.30 pagi tadi kawan sms ajak cuti-cuti Osaka bulan april tahun depan untuk tengok bunga sakura. baru lepas tengok tiket airasia la tu :p tapi tak dapat nak ikut sama, sob sob.... bulan feb nanti ambil cuti panjang. Terlampau dekat pula nak cuti lepas tu, takut bos tak approve je cuti nanti... cari pasal namanya. huhuhuhuhu. nak sedapkan hati... "ada rezeki nanti insyallah sampai juga ke sana nanti".


ok la, jom sambung cerita cuti-cuti langkawi yang lepas,

Warung tak ingat nama :p tepi jalan berdekatan mcd
Sarapan di warung berdekatan motel. Nasi lemak sotong dengan teh tarik. yang lain baru nak bangun tidur. sarapan sorang-sorang je, maklum la perut ni memang kuat meragam sikit lepas makan. sementara dorang bersiap atleast boleh selesaikan apa yang patut dek kerenah perut ni.


RM1.50, untuk semua jenis lauk... ambil udang ke, ayam ke dll sama ja harga


Restoran Hj. Jelani
Dah bersiap terus kami ke restoran Hj. Jelani untuk sarapan pagi merangkap makan tengahari. Mereka je makan, saya minum je. tadi kan dan sarapan nasi lemak. Restoran ni terletak di simpang jalan Bohor Tempoyak dan berdepan dengan Laman Padi. Senang je nak cari, dari pantai chenang straight je ambil jalan ke airport.


seawal 9.30 pagi dah ada lauk makan tengahari. aima ambil ayam bakar+ulam+sambal telur  rm9.00 si adik ambik ayam bakar+ulam rm7.00. pada saya mahal la kalau nak dibandingkan  dengan harga kl. Kalau ambil ikan, harga dia dalam lingkungan rm8.00-rm12.00 seekor. mahal der.....


tak berapa nak rekomen makan dekat sini sebab air teh o pun tak sedap



Oriental Village ~ Cable Car
Lepas kenyang perut terus bergerak ke orental village untuk naik cable car. Pusing-pusing kawasan setempat dulu sebelum naik cable car. sedikit maklumat untuk pengetahuan kita semua,

Ianya terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Kereta kabel dibina  untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.




pagi yang tenang dan nyaman....

dup dap dup dap tunggu turn naik cable car.... tiket RM15 untuk dewasa tapi perlu tunjuk ic. Jika tidak sila bayar mengikut harga pelancong luar, RM30 



Sepanjang laluan cable car, kita dapat melihat denai hutan, telaga tujuh dan permandangan laut yaang membiru. Indahnya ciptaan Allah s.w.t subhanallah... gambar tak berapa nak cantik la pula, gi tempat macam ni sesuai bawa dslr.

antara cenderahati yang dijual disini, semestinya ada replika helang...


Telaga Tujuh
merupakan rangkaian air terjun mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama terjadi sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain. Siapa larat boleh la naik sampai ke atas, kami takat singgah bahagian bawah saja. Tak lalu kot nak daki sampai atas..... 



nyaman betul dekat sini.... main-main air di gigi sungai sudah ler....


Pantai Kok
Lepas ke telaga tujuh kami singgah sebentar ke Pantai Kok. Saja menikmati keindahan alam sampai melihat kapal-kapal yang berlabuh disini. Terdetik di hati, macam mana la agaknya pengembaraan mereka menaiki kapal ke pulau langkawi. mesti suatu pengalaman yang mengujakan.


tengok tu, tengahari rambang pun ada orang mandi kat pantai. Panas terik kot. hhuhuhuhu...  disini ada yang meniaga cendol, laksa dan pasembor.


psstt... nak keluar sat pi survey lori, jup gi saya sambung balik.


Padang Matsirat ~ Beras Terbakar
Perjalanan kami diteruskan ke Beras Terbakar, Padang Matsirat. Sesat barat, mencari tempat ni. rupanya dibelakang deretan kedai. Signboard dekat sini memang memening kepala seperti apa yang kawan bagi tau. Korang akan nampak parking lot yang besar  dan deretan kedai. Berhampiran situ la tempatnya.

Mesti semua tahu tentang kewujudan tempat ni kan. Sedikit info yang ingin saya konsikan disini,

Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku sejurus selepas Mahsuri dihukum bunuh, pada 1821, Siam telah datang menjajah Pulau Langkawi.

Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.

Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.

Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.


masuk dalam deretan kedai, dihujung jalan akan nampak rumah yang terdapat beras terbakar ni. Terjaga rapi kawasan sekeliling rumah ni, maklum la... tumpuan pelancong.

daripada dirampas, baik dibakar. semua orang pun tak dapat.


Kota Mahsuri
dari Padang Matsirat kami ke destinasi seterusnya, Kota Mahsuri. Tidak perlu dikenalkan lagi, pelik rasanya jika orang tidak pernah mendengar cerita mengenai Mahsuri. 

Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas.

Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

info dari mykedah & wikipedia


Tiket berharga RM5. deretan gambar yang dipaparkan untuk tontonan pengunjung antara gambar perkahwinan waris ke-7 Mahsuri, Wan Aishah


antara yang dipamerkan disini....


makan mahsuri, sempat sedekah al-fatihah buat arwah.


Perkampungan Kedah, Kota Mahsuri 
Di Kota Mahsuri juga terletak Perkampungan Kedah dimana terdapat mini zoo, telaga mahsuri dan rumah tradisional melayu. Teratak Sri Mawat merupakan kediaman keluarga Mahsuri, tidak tahu saya sejauh mana kebenarannya.

Disini juga terdapat Muzium Mahsuri dimana menceritakan kisah mahsuri. Sayangnya tidak dibenarkan mengambil gambar. Jujur sangat sampai sekeping gambar pun tidak saya ambil masa didalam muzium ni. sabar je la...





sampai sini dulu, bersambung destinasi seterusnya hari ke-3 di Pulau Langkawi. Lepas solat jumaat ni nak gi Putrajaya, renew lesen perniagaan. Kalau sempat nak singgah bank untuk ambil bank statement dengan mencari quotation lori lagi. Belum apa-apa dah rasa capek. huhuhuhu...