Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts
Tuesday, October 16, 2012
Negara Matahari Terbit #4 ~ Budget & Souvenir
Berjaya juga habiskan dan penutupnya saya akan kongsikan budget percutian serta souvenir yang sempat dibeli sebagai kenangan saya ke sini.
Untuk pengetahuan, pertukaran matawang masa tu 1000 Yen bersaman RM39.90 dan saya round to nearest 2 decimal, RM40. Jadinya senang sikit bila kami congak untuk membeli barang-barang.
Tiket Penerbangan dan baggage
Tiket pergi balik sahaja RM615. Beli waktu promotion AirAsia, tiket pergi RM199 manakala selebihnya RM416 tiket balik. Buggage ke sana saya berkongsi bertiga dan kami ambil 40kg, ngam ngam je. Sebelum web check in saya tambah baggage balik 20kg untuk diri sendiri dan insurance RM130. Jumlah keseluruhan untuk tiket AA ni RM750.
Penginapan
Untuk penginapan 4 hari di Weekly Mansion Ueno, seorang RM520. Kami tempah melalui Agoda, jika direct booking lagi murah kata pihak pengurusan disitu. Pekerja dekat sini sangat membantu dan boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Walaupun tidah fasih tapi masih boleh difahami.
Makan dan minum
Makanan memang saya bawa siap-siap dari KL. Cuma beli frozen rice dari family mart dan 7E. Sampai bilik kami cuma panaskan dalam microwave. Dekat sana saya beli air mineral dengan kuantiti yang banyak sebab letih berjalan. Sekali je beli buah pisang dengan air buah. Jumlah keseluruhan campur dengan makanan yang dibawa dari KL RM100. Air mineral dekat sini harga dia mula dari 100 Yen, lingkungan RM4 sebotol.
Pengangkutan - train & bus
Masa sampai airport kami beli sucia card. 3 kali juga kami tambah nilai. Mula tu 5000 Yen, lepas tu tambah lagi 5000 Yen. Hari terakhir tambah 1000 Yen. Total 11000 Yen. Bila pulangkan balik sucia card, dorang pulangkan 500 Yen. Jumlah keseluruhan 10500 Yen.
Tiket Museum Fujiku
Iman tolong belikan awal-awal sebelum kami sampai, 1000 Yen
Tiket Disneysea
Kalau tengok website disney, harga tiket untuk 1 day pass 6200 Yen. Tapi kami tak beli dekat disney. Kami beli di Cosplay, Harajuku. Dapat kurang 200 Yen, kami bayar 6000 Yen sahaja seorang.
Tiket Tokyo Tower
Memandangkan malam tu hujan, kami naik sampai Main Observatory saja, 820 Yen. Jika nak naik sampai Special Observatory kena tambah 600 Yen lagi.
Fuji TV
Main entrance untuk masuk 500 Yen.
ole-ole/souvenir
Untuk perbelanjaan souvenir pula itu bergantung dengan diri sendiri. Saya berhabis juga membeli dekat sini. keseluruhan dalam RM1800++ Berbaloi juga la membeli walaupun kena pejam mata tengok harga dia boleh tahan mahal.
@ Tokyo Tower, key chain untuk diri sendiri.
@ Akihabara, payung transparent.
@ Asakusa Sensoji Temple, key chain, magnet, 2 helai kimono kanak-kanak, t-shirt 4 helai, kipas
tangan dan sweets
@ Fujiku Museum, 2 anak patung doraemon & kiteretsu
@ Daiso & Harajuku, 30 helai felt dan t-shirt sehelai
@ Disneysea, t-shirt 5 helai dan magnet
@ 7E Ueno, coklat 650
@ Nippori Textile Town, japenese cotton 8 helai
@ Haneda Airport, Royce coklat
@ anak patung minnie & mickey mouse
Jumlah keseluruhan trip percutian saya ke Tokyo 4K+/-
Entry terdahalu - percutian ke Tokyo, bumi matahari terbit
Negara Matahari Terbit #1
Negara Matahari Terbit #2 ~ Visa
Negara Matahari Terbit #3 ~ Itinerary
Tokyo Day 1 ~ Saitama, Electronic Town, Ueno & Tokyo Tower
Tokyo Day 2 ~ Odaiba, Asakusa, Kawasaki & Harajuku
Tokyo Day 3 ~ Disneysea
Tokyo Day 4 - Keikarou @Chiba, Tokyo Camii @Yoyogi Uehara, Harajuku & Shibuya
Tokyo Day 5 ~ Nippori, Asakusa, Ueno, Shibuya, Nippori, Ueno, Haneda Airport
Friday, October 12, 2012
Tokyo Day 5 ~ Nippori, Asakusa, Ueno, Shibuya, Nippori, Ueno, Haneda Airport
Hari terakhir kami di Tokyo. Seawal pagi lagi kami dah bangun untuk teruskan aktiviti yang dirancang. Nak ikutkan kami akan ke Sky Tree. Last minute kami tukar rancangan ke Nippori Textile Town. Macam malas hendak naik sky tree, sebabnya duit tu boleh digunakan untuk beli barang. Lagi pun kami dah naik Tokyo Tower hari pertama sampai sini.
Nippori Textile Town, Nippori
8.30 pagi kami dah sampai Nippori Textile Town siap bawa bekal pisang yang kita orang beli kat Lawson. Pisang je yang murah, uhukkk... buah lain mahal benar, tak tergamak nak beli. Tapi memandang kami sampai awal sangat, kedai-kedai dekat sini buka pukul 10pg rupanya. Takkan nak melangok kat situ je kan, harus la ke agenda seterusnya. tapi boleh pula perut kami buat hal, jenuh pula cari tandas. rupanya tandas dekat Nippori ni luar dari station. aiyar....
Asakusa
Dari Nippori kami patah balik ke Asakusa untuk beli ole-ole. banyak kedai dekat sini cuma kena pandai pilih je la. 1st round survey dulu barang-barang yang nak dibeli lepas mula membeli apa yang patut untuk dibawa balik.
Banyak juga la duit yang mengalir dekat sini. Maca biasa la, beli key chain, t-shirt, makanan dengan kimono. Paling murah key chain kat sini dalam 300 Yen. Tapi pilihan tak banyak macam harga 400 Yen. Kimono pula harga dia mula dari 3000 Yen untuk kanak-kanak. T-shirt harga dia kebanyakkan kedai jual 1000 Yen tapi kalau nasib baik dapat harga dalam 950 Yen. Kena pandai-pandai cari.

Ala-ala beca dekat Melaka. Tapi ni dorang tarik pakai tangan je tau. Bukan kayuh basikal. Mana tak hot dorang ni. hihihihiih. Kalau sapa ada budget, boleh la cuba naik.. kami mampu pandang je, sebab mahal la pula... walaupun teringin je nak naik...

dari Sensoji Temple boleh nampak Sky Tree


comel-comel belaka rupa makanan dekat sini. Nak makan pun macam sayang je. hihihi
Ueno
Lepas penat membeli, kami terus balik ke Ueno. Kemas semua barang, mandi dan solat. Rehat kejap lepas penat heret kaki.. phewww.. sebelum check out sempat lagi bergambar dengan baju yang dorang sediakan dalam almari. Tak salah baju tu untuk lelaki pakai tapi kami belasah je pakai untuk bergambar. hik hik.. jadi la kan... Lepas selesai urusan check out, kami tumpang letak luggage dekat receptionist. Sekurang-kurangnya jimat 500 Yen kalau letak dekat locker.

Johnny Family Club, Shibuya
Sesat barat kami cari Johnny Family Club. Sebenarnya tempat tu dekat je. Dari Shibuya station ambil pintu tempat Hachiko Statue kemudian melintas di street crossing yang sibuk itu. Jalan dia macam mendaki bukit, dalam 500 meter, sebelah kiri anda akan nampak 7E. Ikut lorong tersebut, sebelum sampai 7E sila toleh kanan. Nanti akan nampak tulisan Johnny Family Club, turun tangga ke basement B1. Sila la tengok apa yang menarik yang ada di situ. Saya masuk 5 minit lepas tu lepak dekat tangga sampai dorang habis membelek dekat dalam. dekat sejam juga dorang dekat dalam tu.

Nippori Textile Town, Nippori
Dari Shibuya kami sekali lagi ke Nippori Textile Town untuk mencari japanese cotton . Memandang awal-awal dah survey tempat, sampai je kami terus ke Tomato. Kedai di sini buka dari pukul 10 pg - 6 ptg. Boleh pula lupa nak ambik gambar sebab terus membelek kain-kain yang ada di kedai ni. Tomota ni bukan ada 1 kedai je, tak salah ada 3-4 kedai dekat jalan ni. Kami gi tomato yang hujung sekali, murah dan banyak pilihan.klik SINI kalau nak shopping secara online. Kalau kalau shopping kat sana lagi best, rambang mata. Dah sakan membeli, jenuh pula nak bawa balik, penat la pula. macam-macam alasan kan kalau dah penat. hew hew... heret kaki lagi...

Station before Ueno, Uguisudani ke apa tah nama station tu & Ueno
Kami turun ke station ni sebab nak cari surau tapi tak jumpa. Dah la kepenatan, badan pula dah meleket... semuanya boleh mendatangkan amarah... huhuhuhuhu....

Kami duduk lama juga dekat sini, sudahnya kami gerak balik ke Ueno untuk ambil luggage dan bergerak ke Haneda Airport. kali ni bukan heret kaki je siap kena tarik luggage yang over berat. Jalan 10 minit boleh jadi 25 minit nak sampai ke Ueno Station, JR Line. Serius nangis dalam hati je la masa tu. Tu la, padan muka shopping kain beria lepas tu nak tarik bag pun dah tak larat.
Haneda Airport, Tokyo
Kami sampai je airport, terus cari tempat untuk solat dulu. Mula-mula nak mandi tapi restroom dekat sini penuh pula, sudahnya kami solat je dekat tempat nursing baby. Masing-masing cuak takut pak atau mak guard sini marah. Tapi alhamdulilla, dorang tolak pintu bilik.. tengok kiteorang solat pastu blah. Lama juga la kami duduk dalam tu siap berehat panjang untuk hilangkan penat. Lepas baru gerak ke departure untuk check in luggage dan ambil ambil boarding pass yang baru. Boarding pass yang aku print sesiap dari KL boleh hilang entah ke mana. Mana la aku tak cuak gila, pada hal tak da apa pun... boleh je minta ganti kat counter. hihihihih....
Sekali flight delay pula sejam, kami pun pusing-pusing cari makan dulu sekali kedai yang berani kami nak masuk penuh pula. Dah tu kami pusing-pusing airport, ambik gambar 4-5 keping, tengok permandangan malam di tingkat atas... dengan hari nak hujan nya...cari tempat makan yang lain tapi tak berani nak masuk sebab kehalalan agak was-was. sempat la masuk store dekat sini beli coklat sedap. Sudahnya ke lawson beli roti, yang lain makan sushi.
Naik flight pun sempat makan sandwish yang saya tempah awal-awal. Konon-konon lapar sangat tapi tak habis pun sandwish tu saya makan. Dah kenyang, nak menyembang pun tak boleh sebab semua duduk asing-asing. Kiri kanan saya semua orang jepun yang datang nak bercuti dekat tempat kita kot. Sudah tidur je la dalam flight kebetulan flight pun tengah malam. memang sedang elok kalau nak tidur pun.
Kapten sempat umumkan flight ni ambil masa 6 jam setengah ke lcct. wah laju kemain dia bawa kan, mungkin sebab flight delay lagi pun penerbangan malam agaknya. Alhamdulilla selamat sampai lcct. Belum sempat sampai rumah, adik saya dah memekak minta ole-ole. saya lantingkan 2 helai t-shirt untuk dia dan tunangnya sekali. Kacau daun betul, nak ambil gambar pun tak sempat... hihihihi...
Sekian cerita percutian kami ke Tokyo hari tu. Jenuh nak habiskan entry ni. Niat di hati hendak menjejak kaki ke Osaka dan Kyoto pula lepas ni jika ada rezeki. Sambil jeling tengok tabung yang dah kosong... kena menabung balik la lepas ni.
ni bukan last entry, nanti kita borak-borak pasal budget dan ole-ole dari sini... bye. Nak gi putrajaya kejap sebelum gi office sat lagi....
Saturday, October 6, 2012
Tokyo Day 4 - Keikarou @Chiba, Tokyo Camii @Yoyogi Uehara, Harajuku & Shibuya
Keikarou, Chiba
Kami gerak seawal pagi ke Keikarou, Chiba. Didalam train saya disapa seorang wanita warga jepun. Beria-ia dia bercakap dengan saya, saya hanya mampu menggelengkan kepala merujuk kepada tidak memahami apa yang ditanya. Tapi dia tetap gigih hendak bersembang. Sebelum turun dari train, dia sempat memberikan saya sebungkus biskut atau manisan untuk sarapan pagi. walaupun saya cuba untuk menolak beliau tetap beria-ia bagi kepada saya, terharu betul.
Tujuan ke Chiba untuk mengunjungi Keikarou. Ianya sebuah restoran masakan cina yang diusahakan oleh ahli keluarga Aiba yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Arashi. Saya langsung tidak mengenali kumpulan ini sekadar meneman adik2 peminat fanatik Arashi. Betul-betul fanatik ok, kalau tidak tiada la trip ke Tokyo ni.
Waktu kami sampai kedai pun tak buka lagi akan tetapi sudah ramai yang beratur untuk mendapatkan tempat duduk diluar kedai. pergh... belum lagi masuk kedai tau. fitam dibuatnya. kedai dibuka pukul 11 pagi.
Walaupun menunggu dalam barisan kita boleh menyemak menu dan membuat pesanan sebelum masuk ke dalam kedai. 2 jam lebih kami menunggu sampai masa kami untuk menikmati hidangan yang ada dijual disini. Sejujurnya saya hanya mampu melihat setiap hidangan yang diminta. Kami disambut oleh emak aiba sendiri dipintu masuk kedai. Dapat saya rasakan, beliau sudah biasa menerima kunjungan peminat Arashi dari luar Jepun. Ingat-ingat lupa menu apa yang diminta. Tak salah ada omelette, udang dan tak ingat :p
Di dalam kedai dipenuhi dengan gambar kumpulan Arashi dan Aiba berserta hadiah dari pengunjung dan peminat kumpulan ni.
Tokyo Camii aka Masjid Yoyogi - Oyamacho, Shibuya
Balik cari Chiba kami terus ke Yoyogi Uehara Station untuk mencari masjid berhampiran untuk solat. Mula-mula kami takut juga untuk masuk tapi memberanikan diri untuk masuk solat disitu. Terserampak dengan pekerja di pintu masuk dan minta ditunjukkan tempat solat untuk perempuan. Alhamdulillah dapat juga kami singgah di salah satu masjid yang ada di Tokyo ni.
Serba sedikit maklumat mengenai masjid ini yang saya dapat melalui pencarian di internet,
Tokyo Camii atau disebut Masjid Yoyogi merupakan masjid tertua yang terletak di
Oyamacho, Shibuya. Ianya berhampiran dengan Yoyogi Uehara Station. Masjid ni menggunakan banyak material daripada Turki dan juga merupakan Pusat Kebudayaan bagi masyarakat Turki.Menurut sejarah, Masjid Camii ini dibina pada tahun 1938 selepas penghijrahan sebahagian etnik turki ke Jepun.. Mereka membina komuniti sendiri yang dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).. Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresid Ibrahim.. Masyarakat Jepun pada ketika itu memberi sokongan besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.. Masjid Camii ini musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000. Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki, Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki.. Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami Goren (Turki).
Kini masjid ini menjadi pusat ibadah umat islam yang berada di sekitar Tokyo. Masjid ini juga sering menjadi tumpuan orang2 Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki.. Masjid ini di uruskan sendiri oleh organisasi Muslim Turki..
Mohon kongsi maklumat daripada pemilik blog ini
tokyocamii.org, asmaradayana, japanesetangerangforum dan themasterzulJohnny Shop, Harajuku
Selepas solat di Masjid Yoyogi, kami terus ke Harajuku. Tujuan utamanya hendak mencari Johnny Shop. Di galeri ni ada menjual gambar-gambar persembahan dan sesi photoshot bagi artis Jepun. Tiada goodies kumpulan Arashi ada dijual disini. Mereka sekadar menjual gambar sahaja. agak kecewa bagi yang mahu lebih dari itu.
Hachiko Statue & Street Crossing, Shibuya
Dari Harajuku kami terus menuju ke Shibuya. Tujuan untuk melihat lautan manusia melintas di street crossing. Ya ampun, bila traffic light bertukar lampu merah... lautan manusia melintasi jalan tersebut.
observing people at shibuya, crowded!!!
Mengikut sejarah,
Susuk tubuh yang Anjing baka AkitaInu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923. Sewaktu berumur 2bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama (Hachi-ko ) adalah nama tambahanuntuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori(sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena serangan jantung ditempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudaranya iaitu Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.
Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya. Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, ia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya. (yang telah pun mati). Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa.
Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, 'yakitori'.
Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian. Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.
Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya.
Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar diseluruh Jepun.
"Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead forSeven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933.
Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun. Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalamikerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935.
Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTUHACHIKO SHIBUYA. Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.
sumber dari sini.
Selepas sehari berjalan, kami pulang ke ueno dengan perut lapar. Singgah family mart untuk beli frozen rice dan balik kami memasak untuk mengisi perut yang kosong. Nasi panas-panas berlaukkan sambal ikan bilis belimbing hasil air tangan mak wawa sangat awesome. Sebelum makan, harus mandi dulu. Lepas perut penuh mata pun nak terlelap. huhuhuhuh... nasib baik mengukur jalan, dapat la kurangkan lemak yang berlebihan.
sunyi sepi tapi rasa nyaman dan selamat bila berjalan balik ke guesthouse kami.
Labels:
Chiba,
Hachiko Statue,
Harajuku,
Jepun,
Johnny Shop,
Keikarou,
Masjid Yoyogi,
Shibuya,
Street Crossing,
Tokyo Camii,
trip cuti-cuti,
Ueno
Friday, October 5, 2012
Tokyo Day 3 ~ Disneysea
Sangat teruja nak ke Disneysea walhal masing-masing dah besar panjang. hihihihih... ke saya je yang teruja lebih. ada satu je disneysea kat dunia ni, jadinya kalau datang tokyo jangan lupa singgah ke sini. cantik betul senibina tempat ni. tak caya, datang sendiri.. tengok :p
Dari Ueno Station kami exchange train di Tokyo Station dan ambil direct line ke Maihama Station. Seawal pagi kami dah bergerak ke sini. Tiket kami dah beli awal di Cosplay, Harajuku. Jadinya tak perlu la nak beratur panjang beli tiket.
Menunggu hampir 40 minit, lagi 2 orang yang baru sampai ke Tokyo...kiranya first day dorang. Sementara tunggu sempat lagi membelek peta kawasan disneysea. Tak mungkin dapat masuk atau main semua ride yang ada sebab punya la ramai orang dan panas terik kot...
Dari entrance kena naik lagi train disney resort line ke sana dan tiket pergi balik 500 Yen. Macam air duit keluar bila bercuti kat tokyo ni. sadis disitu :p
Ambil peluang bergambar di main entrance yang mengujakan semua orang. Kalau waktu malam lagi cantik permandangannya.
Terdapat 7 tarikan utama yang mesti dikunjungi, antaranya
Port Discovery
Melawat pusat sains yang mengawal cuaca. antaranya Storm Rider dan Aquatopia. best sangat naik storm rider, macam betul-betul dalam ribut taufan. sila bawa baju spare kalau nak naik aquatopia, mesti kena air punya.
American Waterfront
Merasai keseronokan bandar besar, perkampungan new england dan ala-ala memancing di pelabuhan.
Paling seronok bila masuk Tower of Terror. Keadaan dia dalam lift sambil duduk atas kerusi. Lift tu akan naik hempas ke bawah, naik dan naik lagi turun ke bawah dan the last one naik sampai atas dan korang akan nampak permandangan disneysea yang awesome dari tingkap besar yang pecah dan terus lift akan turun ke bawah macam menghempas. Masa tu rasa nak terkeluar isi perut. hihihihihi. Berbaloi kami beratur hampir sejam. Disini juga ada Toy Story Mania dan Turtle Talk cuma tak sempat masuk. Ya ampun, punya ramai orang gigih beratur. Kalau kami nak pun, 2 jam pun belum tentu dapat masuk dalam. orang kat sini memang gigih beratur panjang untuk main setiap ride yang ada.
Lost River Delta
Ala-ala runtuhan tamadun purba amerika yang terletak di dalam hujan terpencil. ada roller coaster berpusing 360 dengan mengembara ala-ala dalam gunung berapi gitu. Hangat bak kata depa yang naik. Saya tak naik sebab dok jaga bag kat bawah, ke takut sebenarnya. hihihihi... Indiana Jones Adventure: Temple of the Cystal Skull dan Raging Spirits saya berani naik.
Arabian Coast
tema dia ala-ala filem Aladdin gitu. Ada Sinbads Storybook Voyage, Jasmine's Flying Carpets, Caravan Carousel dan The Magic Lamp Theater. Teater dia macam 4D gitu, ada adegan sepak... tempat duduk kami pun terasa disepak bila mereka berlakon dipentas. Sementara tunggu teater ni mula, kami sempat makan aiskrim yang comel berbentuk mickey mouse.
Mermaid Lagoon
bertema ikan duyung yang dalam cerita kartun tu. Ada pengembaraan fantasi dalam air gitu. Seronok juga la, kalau korang pernah gi petrosains... cara gitu la fantasinya. kat sini ada Flounder's Flying FIsh Coaster, Scuttle's Scoosters, Mermaid Lagoon Theater, Jumpin Jellyfish, Blowfish Balloon Race, Whirlpool dan Ariel's Playground.
Mysterious Islands
Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth dan 20,000 Leagues Under the Sea.
Mediterranean Harbour
Merasai dan menikmati suasana bahagian Eropah Selatan dengan menaiki gondola seperti Venetian Gondolas. Jangan lupa ke Fortress Explorations dan The Leonardo Challenge.
Jom layan gambar yang sempat saya ambil untuk kenangan sepanjang saya berada disini....
Setiap ride yang kami masuk menggunakan fastpass. tak sanggup rasanya nak beratur hampir 1-2 jam di setiap ride. Rugi masa nanti, jadinya kena pantas ambil fastpass.
Masa di Port Discovery terserempak dengan satu keluarga dari pakistan yang menetap di Jepun. Salam dihulur tapi sekadar menjawab salam saja. Terjumpa sekali lagi di Towel of Terror, berborak panjang kami. Macam-macam diborak sampai naik sentap kami dibuatnya. hahahahaha... ada ke patut dia cakap kami naughty sebab bercuti tanpa ditemani keluarga. sabar je la kan... dan siap kami banyak duit sebab bercuti ke sini., yolah sangat. Kami bercuti ala bagpacker je, kalau melalui agensi memang tak mampu lagi la nak sampai sini. dushhhh!!!!
selain minum air mineral dalam kadar yang banyak sempat makan aiskrim dan mangga sejuk beku yang sedap. tak lupa mencuba shave ais ala-ala ais kepal kat tempat kita. Makan tengahari kami roti gardenia berlaukkan sardin saja. Nak makan dekat sini agak was-was juga. Jadinya bawa bekal la kami...
Lepas dah puas berjalan dari pagi sampai ke petang, kami cuci mata dan membeli cenderahati pula. banyak juga la kedai yang disinggah untuk mencari sesuatu untuk tanda kenangan ke disini. Sempat saya membeli 5 helai t-shirt dan magnetic. Sebelah malam kami tengok grand opening untuk toy story mania dan diakhiri dengan percikkan bunga api. Betul-betul punya penat..... balik heret kaki.
Labels:
bagpacker,
Jepun,
Tokyo Disneysea,
trip cuti-cuti
Thursday, October 4, 2012
Tokyo Day 2 ~ Odaiba, Asakusa, Kawasaki & Harajuku
Aktiviti hari kedua kami sangat padat
dari pagi sampai la ke malam. tapi bila fikir balik, entah bila lagi nak sampai sini lagi kan. Jadinya kena la gigihkan diri. Tak best pula datang jauh-jauh tapi memerap dalam bilik je kan...

Kami bangun seawal pagi ke Odaiba. Yup pusat perniagaan dan perlancangon pun tak buka lagi masa kami sampai T_____T Kalau agenda tidak penuh hari tu, pasti dapat sehari suntuk cuci mata disini. Banyak tempat boleh dilawati antara larat dan tak saja nak heret kaki.

Odaiba merupakan pulau tiruan yang terletak di Tokyo Bay. Ianya terbahagi kepada 4 bahagian antaranya Fuji TV, Telecom Center, Pallete Town dan Big Sight area. Kami sempat pusing area Fuji TV sahaja antaranya,
Decks Tokyo Beach, Aquacity, Rainbow Bridge & Fuji TV Building
Memandangkan kami sampai awal, satu kedai pun tak buka lagi. Orang pun boleh kira dengan jari. Just menikmati udara segar dan sejuk dek hujan renyai-renyai. Bergambar dalam hujan pun jadi la kan dari takde.... Asalkan kami nak ke Odaiba menaiki Himiko ~ water bus dari Asakusa tapi tak jadi dek hujan. Tambang Himiko 1220 Yen dan 1520 Yen. Pilih la nak mana satu.... pilihan di tangan anda 

bergambar dan ambik gambar sampai muntah sebab takde satu pun tempat buka lagi masa kami sampai. gila awal weh, dinasihatkan kalau nak pergi area sini biar lah sampai 9 pagi keatas. Dari decks bolah nampak Rainbow Bridge, Statue of Liberty pun ada, AquaCity Odaiba, Fuji TV Building dan Nikko Hotel.
berlatarbelakang Rainbow Bridge & Statue of Liberty
Lepas puas pusing decks kami ke Fuji TV Building mana lah tau terjumpa Asahi kat sini. Yes!!!!! jumpa tapi gambar je la. Ok la tu dari takde kan... Tiket masuk 500 Yen. Ianya merupakan stesen TV swasta macam TV3. Anda boleh melihat beberapa pameran program popular, beli goodies yang comel dan melihat di bahagian sfera sambil menikmati keindahan alam.
bergambar dengan maskot Fuji TV dan antara pameran didalamnya
pemandangan dari tingkat atas...... cantik!!! Boleh nampak Tokyo Tower dan Rainbow Bridge.
Sensoji Temple, Asakusa
Lepas tu kami ke Sensoji Temple, Asakusa. Sesiapa bercuti ke Tokyo wajib singgah tempat ni. Banyak souvenir dijual disini. Ada t-shirt, kimono, makanan, keychain dsb dengan harga sangat berpatutan. Kemudian kami terus bergerak ke Harajuku untuk membeli tiket DisneySea, 6000 Yen. Kalau korang beli terus dari sana harganya dalam 6200 Yen. Kiranya jimat dalam 8 ringgit dan takde la nak beratur beli tiket kat sana.
padat dengan orang dengan cuaca yang panas, pergh peluh menitik-nitik
Museum Fujiku, Kawasaki
Dari Harajuku kami terus bergerak ke Museum Fujiku di Kawasaki. Muzium ni didirikan untuk mengingati pelukis komik manga yang mencipta Doraemon dsb. Muzium ni lebih kepada penceritaan pelukis manga, Hiroshi Fujimoto dengan nama pena Fujiko·F·Fujio. Jadinya jangan ingat ada banyak kartun animasi dekat sini yar. Boleh singgah disini http://fujiko-museum.com untuk maklumat dan tiket masuk 1000 Yen.
dari pekan Kawasaki rayanya. keluar mrt dah boleh nampak bus ke Museum Fujiku, tak sesat punya
shuttle bus yang comel. kalau kami teruja apatah lagi kanak-kanak
teruja nak bergambar disini...
Daiso, Harajuku
Terletak di tengah-tengah Takeshita Street, jalan paling sibuk di Harajaku. Merupakan salah satu Daiso terbesar. satu kemestian untuk melawat apabila di Harajuku dan melihat barang-barang yang menarik. tau tau, kat sini pun banyak cawangan Daiso tetapi apasalnya singgah sebentar untuk melihat barang-barang menarik yang boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. saya memborong felt lebih 30 helai... jenuh pikul bawa balik. ada pula orang tanya apasal aku beli banyak sangat. Siap berborak dalam bahasa jepun, tapi mana le aku faham. huhuhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)