Wednesday, March 16, 2011

Aktiviti hujung minggu


Aktiviti hujung minggu yang lepas duduk rumah saje. Makan, tidur dengan tengok tv. Tetiap minggu merayap pun menambah penat badan. Niat hati mahu berehat sepuas-puasnya.

Hari minggu juga time untuk menambah lemak-lemak dalam badan. Walhal berkebuk-kebuk lemak sedia ada. Diet tu cuma angan-angan je ler... thumbs down

Petang tu adik balik dari kenduri kawen bawa lauk berkat. Ada ayam goreng rempah, sambal sotong kering, masak lemak pisang ke jantung pisang dengan rojak mamak. Kekonon nak makan sikit je, udah nye sepinggan licin aku makan.. Rezeki jangan ditolak idok. hee hee



Simple dish hari tu, Siakap 3 Rasa ngan Kobis bersos tiram.







Petang tu 2 org member sms ajak keluar. Memandang cik puan ajak dulu, melepak dia saja. Ajak yang sorang lagi tu join sekali, malu plak gamaknya nak join sama. laughing

Memandang cik puan sampai sekarang tak dapat gaji lagi... kesian kan kawan aku yang sorang ni worried Macam tunggu buah yang tak gugur, orang lain gaji dah nak habis, dia tak dapat lagi. sengalkan, dah la tak inform staff, keji jugak la pada aku, tapi memang sengal punangryIngat orang gi kerja isi minyak kete pakai air kot... no talking TerEmo plak aku, sebenarnya nak cakap melepak kat kedai mamak sajo.

Borak-borak mengenangkann nasib hee hee Beria plak aku makan masa tu. Mula-mula order roti canai saja pastu up dengan mee goreng plak... mee goreng dia tak sodap ngan kopi o nye pahit gilos. sudahnya tak habis makan ngan minum. sungguh membazir feeling beat up

Malas nak ambik gambar time makan sebabnya hp ni buat hal plak. Gambar tak boleh nak transfer masuk laptop. Nak hangkut camare godang, tak kuasa aku...




Sampai sini dulu...

2 comments:

mummysyafie said...

lewatnya tak gaji lagi. sian kan..buat naya je majikan camtu

Intan ~ Nur Azlina said...

Mummysyafie:
salah satu sebab mengapa pekerja swasta asyik bertukar kerja. Bukan sebln dua camni... selalu sangat. Kesian dia, tp paling teruk bulan ni la... sampai skrg tak dapat lagi.

Saya ada kawan yang keje 2-3 bln sekali baru dapat gaji. sedihkan.