Thursday, December 2, 2010

Sarah Irdina ~ Cukur Jambul


20hb yang lepas, kami buat majlis cukur jambul untuk si comel Sarah Irdina. Majlis mula selepas solat zuhur dan jemputannya kariah masjid dan surau berdekatan rumah aku serta saudara-mara dan rakan-rakan.

Masa cukur jambul, si sarah ni tidur je. Walaupun adik aku cakap orang renjis air dekat mata dia. Semua geram je tengok dia tak mahu langsung buka mata masa tu.... hahahahahah....









Akhirnya bangun juga, itu pun orang kebanyakkannya dah balik. Dia bangun pun sebab apa tau.....




Nak minum susu sebab dah haus... Kalau tidak jangan harap la dia nak muka mata. Lagi pula masa orang ramai. Kejutkan la, usik-usik ke.. tetap tak mahu muka mata tu... Bila dah tinggal keluarga je, baru nak bangun. Macam tahu-tahu je mana satu orang luar, mana satu keluarga dia. Cerdik betul...




Beberapa hari sebelum majlis kami sibuk buat goodies bag, isi dalamnya ade bunga telur, portpuri, gula-gula dengan coklat, puding dengan surah yassin.

Makanan pun masak sendiri macam biasa tapi kali ni kite orang ada pembantu tambahan. Adik ipar wanabe tolong kat dapur, senang sikit kerja kite orang. *wink*



akan bersambung....