Tahniah Siti Wani sebab jadi orang pertama yang diraikan untuk bulan Disember ni sempena berhenti kerja. *wink*
Tengahari kami buat makan-makan dekat Secret Recepi entah ke berapa kali. Almaklum, sejak dari awal tahun berduyun-duyun orang berhenti kerja. Sebulan tu bukan seorang, bukan juga dua orang yang berhenti... lebih dari tu.
Nangis sebab kena spend banyak duit untuk farewell je. Time aku???? entah bila.... Belum difikir ke tahap yang serius lagi, masih boleh bersabar dan duduk sini dengan penuh keredhaan. Hahahahahahaha.
Malas nak tulis nama menu, layan je lar gambar..
Pertama kali order CHICKEN CORDON BLEU. Isi ayam tanpa tulang diisi dengan ham ayam dan keju. Makan separuh pun dah kenyang, azab nak menghabiskan. Tapi kena habiskan juga sebab dorang suka perli, bikin telinga panas. Hahahahaha... Keji tau korang :-p
Ambil gambar dulu sebelum makanan sampai.
Yang paling aku suka, bil aku hari tu member yang bayar. Heheheheh...