Percubaan beberapa kali untuk mengemaskini blog tapi tidak berjaya. Kesibukan membuat sedikit keletihan dan secara tidak langsung tiada mood untuk berkongsi cerita.
Aku lihat disekeliling ada rakan yang seronok kalau dapat kenaikkan pangkat. Apakah riak muka yang dipamerkan... gembira, seronok atau mungkin puas dengan percapaian. aku? walaupun belum dapat kesahihan, rasa tekanan dan tidak gembira itu menyerap di setiap urat-urat sendi. Sesak nafas dan bukan itu yang dimahukan. Cukup sekadar kenaikkan tanda gaji dan grade. Bukan tidak bersyukur tapi aku rasa tidak mampu untuk memikul beban itu. Tak sanggup rasanya bekerja dalam keadaan tekanan sepanjang hari, dimaki hamun orang sesuka hati sampaikan nak suap makanan dalam mulut pun jadi malas.
erm... tidak mahu rasanya terus tersepit dan tertekan dengan keadaan yang bisa embuatkan otak gagal berfungsi dengan baik. Aku tidak gembira dengan berita yang diterima. *nangis dalam hati saja. Berborak dengan kawan dan dia memberikan kata-kata yang menambahkan sakit dihati. [ u already in the grave or hell, just accept the job. and ask for better salary]. aku tak suka dan tidak berminat dengan jawatan itu [fullstop!!!]
Kalau korang perasan, dua tiga menjak ni aku banyak bercerita pasal farewell kawan sepejabat. Rezeki mereka di tempat yang baru manakala aku masih di sini. Bukan tidak mahu mencari kerja yang lain, cuma belum masanya lagi. Puas diprovok.. dimarah.. dinasihati supaya aku mencari kerja lain. Cukup sekadar senyuman dan berkata.... [ yar nanti aku mencari pekerjaan yang lain, aku tengah berusaha ni...] sekadar menutup mulut mereka dari terus membebel tanpa henti ditelinga aku. Tidak mahu terikut dengan provokasi mereka. Setiap orang ada jalan yang ingin dituju dan tidak semestinya jalan setiap dari kita sama.
Sakit hati jika ada yang berkata [Bodoh la u ni, buat ape stay dekat sini.. pergi cari kerja lain atau Apa yang mereka bagi sampai u nak stay dekat sani lama-lama]. Tengok sampai begitu sekali. Aku malas hendak ambil peduli... masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Jangan paksa, aku tak suka... walaupun hakikatnya aku boleh tersenyum lagi depan korang.
to be continue....
Tak mahu otak ni terus bercelaru, jom cerita pasal makan. Salah satu terapi dikala dihimpit tekanan. Habis la lepas ni, membesar bagai johan. hahahahaha... whatever la :-p
Minggu lepas kami buat farewell untuk Ros. Tempat makan yang dipilih, Breeks Cafe. Berborak, bergosip dan sesi kenal mengenal dengan rakan sekerja yang baru. Made in Singapore. Sempat bertanya program ala-ala PLKN dekat dia. Dia dulu ambil masa 2 tahun setengah untuk habiskan training, lama betulkan program ni dekat singapore. Tapi sekarang dah singkatkan kepada 2 tahun tak salah. klik sini
Menu yang dipilih, Chicken Patties Melted. Ala-ala homemade chicken burger salut dengan cheese. Boleh tahan rasanya. Untuk aiskrim kami kongsi rasa semua perisa. ada perisa durian, vanila, yam, honey dew dan strawberry. Untuk tengok menu yang lain, boleh baca entry sebelum ni, klik sini
Sambung terapi seterusnya, Kenny Rogers. Semalam kami ke sana, buat farewell untuk rakan sekerja. Tapi kali ni untuk 4 orang.. Sonia, Ros, Qi Xin dan Nic. erm... meh tengok menu semalam, kalau rasa terliur tu.. tak dapat nak nolong. hehehehehehe...
Ada kawan aku gelarkan A cakap begini [dia suka kamu: merujuk kepada B].
aku cakap [Gila!!!]. Jauhkan skandal itu dari aku.
5 bulan yang lepas kawan aku gelarkan B cakap perkara yang sama [He like u: merujuk kepada A]. aku cakap [Gila!!!].
Tahu ke tak, lawak korang berdua tak kelakar langsung!!! Sengal tau, sekeh sorang2 baru tau.
No comments:
Post a Comment