Thursday, December 23, 2010

niatnya hendak beli hadiah saja... hendak berjimat cermat kononnya



Memandangkan Christmas pun dah makin hampir, hadiah tak terbeli lagi. Jadinya semalam balik dari kerja singgah juga ke IOI untuk beli hadiah. masuk JJ, pergi bahagian lelaki terus. Macam tahun lepas juga, orang yang dapat hadiah dari aku lelaki. Susah nak fikir bagi apa, tahun lepas bagi Tie.


Mula-mula ingat nak bagi chocolate tapi last minute dapat idea bagi Handkerchief. Nak beli benda tu pun ambil masa sebab nak pilih yang cantik pada mata aku. Bukannya beli untuk diri sendiri pun boleh nak belek sampai jumpa yang berkenan. Leceh betul perempuan sorang ni.


Dah set dekat otak nak beli hadiah je, yang lain tak mahu beli. Tapi biasa la aku ni, dalam hati cakap je nak window shopping... then pergi bahagian kasut, boleh pula terminat dan terbeli Wedges. Dalam kepala dok kira, o0o0o0o... ade baki lagi duit ni.


Fine, singgah bahagian makcik Santa barbara terberkenan dengan satu comfort shoes. Padahal dulu kala kemain lagi tak suka kasut jenis ni, kononnya tak cantik la. heheheheh...Ingat nak beli tapi memikirkan gaji tak nampak bayang lagi... kena lupakan niat nak terbeli sepasang kasut lagi. Sebelum sampai counter nak bayar handkerchief dengan wedges singgah dulu dekat bahagian baju. Nasib baik tak jumpa yang berkenan dihati... selamat duit aku yang tak berapa nak ada ni.


Tengok jam macam awal lagi, jadi singgah kedai sebelah JJ. Niat dihati nak survey kain english cotton sebab terniat nak buatkan dress untuk Sarah. eh.. eh.. pembetulan, bukan aku yang jahit la... aku tukang beli kain, bab-bab jahit diserahkan pada adik atau mak yang buat. Takat nak jahit tangan tu boleh la lagi, kalau pakai mesin bagai.. tak reti aku.


Tak jumpa kain yang berkenan dekat hati la pula... gi tempat jual langsir dan tersuka beberapa jenis kain langsir. Dok kira-kira dengan tangan, kalau ada lebih duit dividen asb *ting* heheheheh.. nak beli langsir rumah aku tu :-) sian tau tak berganti...


Dah puas cuci mata tengok langsir, masuk kedai Anakku la pula. Bukan nak beli pun, cuma tengok design dress dorang je. Nak dapatkann idea untuk buat dress Sarah nanti. Memandang dah penat berjalan... kena pula tengahari tak makan... perut aku dah buat bunyi macam-macam. Singgah KFC beli dinner plate (mix ori dengan spicy) bawa balik.


Cerita pasal KFC ni, nak tanya la.. korang makan roti aka bun tu macam mana yar? erm... aku tau la makan kat mulut tapi sebelum masuk mulut dan kena ngap... Cara aku??? nak kata complicated tu takde la... biasa aku akan belah dua roti tu, sebelah letak coleslaw dan sebelah lagi whipped potato. kasi up lagi, letak hirisan ayam dan sos. Then baru senang hati nak ngap.





Lately ni tak rasa nak makan time lunch. Sebabnya bila otak dah penat bekerja.. korang agak-agak lalu ke nak makan. Kalau makan pun takat kuis-kuis je. Tapi sebelum ni selalu cakap malas nak makan, malas betul nak minum. Bukan malas ye sebenarnya tapi penat campur letih jadi ape?. kena kurangkan cakap perkataan "malas" la lepas ni, nanti macam doa plak... tak bagus betul :-(


Aku tak tau la mana dapat angin rajin benor minggu ni, balik kerja terus mengemas 1 rumah. Kemas dekat hall lepas tu kat dapur plak. Jenis adik aku ni makan bukan reti nak basuh sendiri, letak je dekat sink kekadang tinggal je atas meja makan. Akak dia juga nak kena kemas dan basuh semuanya.

Dah siap semua mandi bagai, masak nasi lepas tu panaskan lauk mak masak pagi tu. Lepas baru boleh makan sambil tengok tv dengan browse internet... alkisahnya, sekarang ni selalu ngelat nak kemas hari-hari macam sebelum ni sebab bila balik rumah sambung kerja buat kerja ofis. erm... rasa dah penat sambung kerja dekat rumah... nak rehat pula la lepas ni...




ok la, melalut plak... sambung next entry.