Aku ke Genting Highland sabtu lepas. Memang sesuatu yang tidak dirancang.
Ct Zura ajak temankan sekali naik Genting sebab dia nak hantar Ct Wani gi tengok konsert kat sana. Memikirkan kesian dia pandu kereta sorang bila turun dari Genting, aku setuju dengan ajakan dorang.
Aktiviti asal nak pastikan Ct Wani dapat tempat penginapan dan petang tu kami gerak turun balik KL.
Jumpa dorang dekat ERL, Putrajaya dan gerak terus ke Genting. Kami tak naik atas terus naik kereta tapi tinggalkan kereta dekat parkir Skyway, Genting.
Punya la ramai orang naik Skyway, beratur panjang la jadinya. Hampir sejam menunggu baru dapat naik Gondola.Tiket RM5 seorang, untuk perjalanan sehala.
Cuaca baik , secara automatik hilangkan rasa cuak masa naik gondola. Dah la kali pertama naik, kepala dok pikir... jangan angin kuat or hujan. Buatnya tiba-tiba angin kuat, mau keras perut nak sampai kat atas tu...
Sampai atas pun dekat pukul 12 tghari, terus JJCM. Memandangkan kat atas ni serba serbi mahal, kami gi cari kedai mamak tempat pekerja Genting selalu pi makan. Makan kat situ murah dari tempat lain. Landmark senang je, kalau cari Coffee Bean... depan tu korang akan perasaan tempat parkir bertingkat, cari aras B5. Masuk dalam sikit, nampak restoran mamak tu. Aku makan mee goreng dengan teh tarik baru RM5.70 jer...
Sengih je Ct Wanie sebab dapat jugak tgk Konsert The 1st Wonder. Dia ni memang peminat fanatik WG dan kpop.
bersambung next entry..
2 comments:
bestnye..dh lame x g genting.. asal dh lme xon ym..? dh lame xborak ngn akk..
hahahaha...
kat opis tak blh ym dah... sekarang akak pakai gmail, add akak mnurazlina@gmail.com
Post a Comment