Friday, December 3, 2010

Bertemu dengan dua sahabat....


Kebiasaan setiap awal bulan aku mesti berjumpa dengan dua orang sahabat yang pernah bekerja bersama-sama di Putrajaya. Sekarang dapat jumpa sekali dua dalam sebulan pun dah kira baik. Bertukar kerja tak bermaksud terputus hubungan selepas tu kan...

Isnin lepas huda ajak makan tengahari sama dan macam biasa dia datang ambik kat office. Disebabkab dia teringin makan spagetti, jadi kami makan dekat Pizza Hut aje. Aku order set pizza dan huda ambil set spagetti. Nak tambah chicken wings, gaji tak masuk lagi plak.... makan yang mampu je lar...




No gosip cuma update perkembangan diri masing-masing dan meluahkan apa yang patut :-) Pejam celik pejam celik, habis dah dia buat Master. Aku baru nak berangan nak ambik Master. Tapi tak tahu la mampu buat ke tidak...



Hari Rabu lepas balik kerja keluar dengan aima plak. Aktiviti setiap bulan, menemankan dia gi berurusan dengan 3 bank. Mula-mula jumpa pakcik ar-rajhi, lepas tu cimb bank dah last sekali maybank.

Kebiasaan lepas selesai segala urusan, terus makan malam. Disebabkan keluar lepas waktu pejabat, si aima ni mesti nak cari nasi juga. Jadinya malam tu aku pun makan nasi sampai rasa nak termuntah sebab berjaya menghabiskan sepinggan nasi. Tepuk tangan untuk diri sendiri... *wink*

Kami order Tomyam Ayam dan Telur Bungkus. Tom Yam dia lagi sedap dari kedai semalam nya aku makan.





Update pasal kerja masing-masing dan tak duduk makan lama pun... dalam 10 setengah kami gerak balik sebab dah mengantuk. Pikirkan esoknya keje. Aku ni ok lagi la, office tak jauh dari rumah. Si aima ni kerja nun jauh di Pelabuhan Klang tapi duduk area Taman Equin. Punya la gigih ulang alik dan harap kau dapat balik cyberjaya tahun depan. Bila dah tukang kos travelling, boleh la belanja aku makan nnt. hahahahahah...



p/s : Dengan dorang ni aku boleh share banyak perkara. Latar belakang dan perjalanan hidup pun lebih kurang sama. Harap dapat terus bersahabat dengan dorang. Bukan senang nak cari kawan yang boleh mendengar masalah dan rintihan kite ni. Bila dah jumpa tu kenalah hargai. *wink*