Petang semalam terperasan hadiah christmas aku telah dihijack!!! Sapa punya kerja la ni?
Pagi tadi Ros datang kat bilik aku cakap hadiah dia pun dihijack. Aku?? gelak je la sebab dah tahu siapa punya kerja dan atas sebab apa hadiah tu dihijack. Mula-mula orang yang aku tanya tu dolak dalih tapi akhirnya cakap juga hal sebenar. Siap pesan lagi dekat aku, jangan cerita dekat orang lain.. unless orang yang sama kes dengan aku tanya dekat dia. aku hanya mampu senyum dengan gelang kepala je la.. Macam-macam la dorang ni...
Tahun ni tak sama macam tahun yang lepas, takat tukar-tukar hadiah je. Tahun lepas meriah dengan offismate yang gila-gila. Rindu nak tengok telatah dorang yang macam-macam ragam.
tadaaaa.... christmas gift dari aku, pembalut hadiah pun lebihan tahun lepas. Kalau tak, balut pakai A4 paper pun ok kan... hehehehehe
Lunch tadi pergi berdua je dengan Ros. Yang lain gi solat jumaat dengan cuti. Sepatutnya ade jemputan farewell dekat Nando's tapi kami tak pergi. Semalam baru je buat farewell untuk Ros. Next week pun mesti farewell lagi. erm... kena budget skit lagi pun esok nak keluar. Duit keluar macam air je, yang masuk banyak itu juga tak bertambah... *sadis*
Mula-mula pergi McD, ramai betul orang yang beratur. tengok KFC pula... ramai juga macam McD. Lastly masuk Pizza Hut je lar.
Kami ambil set Sensasi Delight, menu ni jarang dorang bagi kecuali korang minta. sebabnya harga lagi murah. bezanya pilihan pizza dengan pasta tak banyak klik sini. Makan sambil bersembang, sedar-sedar dah pukul 2 petang. kelam kelibut balik ofis..
sat lagi 5.30 ptg ade gift exchange. erm.. boring dan sunyi je ofis ni. apa pun...