Sunday, December 19, 2010

aktiviti hujung minggu



Rutin hujung minggu;


Bangun tidur agak lewat dari biasa. Ambil kesempatan macam dua tiga hari tidak tidur.

Sarapan pagi diwaktu tengahari. Tak kira, walaupun dah tengahari.... aku tetap nak cakap baru hendak sarapan.

Aktiviti yang biasa dilakukan dihujung minggu... "masak". Aku hanya rajin ke dapur untuk memasak pada hujung. Jadinya tengahari semalam, aku masak ayam goreng berempah atas permintaan mak.

Rempah ratus... halia, lengkuas dan serai ditumbuk bukan kisar. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar goreng tanpa minyak dan tumbuk. Campurkan semua bahan-bahan yang ditumbuk dengan ayam. Jangan lupa letak kunyit dan garam. Perap untuk seketika dan kalau dah lapar, sila goreng. Siap buat lebih dan simpan dalam peti ais. Masak lemak jantung pisang campur ikan masin emak yang masak, sedap!!!

Tak keluar dengan kawan semalam. Jadinya tunggu satu-satunya anak buah datang rumah mak long nya. Kesian Sarah keletihan, abah dan ummi nya bawa pergi kenduri kahwin. Adik ajak keluar cari car seat untuk Sarah sebab esok ummi sarah dah mula kerja. Aku cakap bagi Sarah tidur dulu, keletihan dia. Selepas asar lepas dan masing-masing dah makan, baru kami keluar.

Kami pergi survey car serat dekat Toy Lands,Puchong Utama. Tengok pamphlet macam menarik tapi bila sampai di kedai tu, erm.... tak seperti apa yang difikirkan. Kemudian terus ke Carefour yang baru dibuka di Puchong Utama ni. Hari pembukaan, punya la ramai orang... macam ulat ;))

Dapat pun apa yang dicari dan membeli untuk diri sendiri juga. Beberapa keping gambar untuk dikongsi....


Anlene untuk tulang aku yang semakin dimamah usia. NesVita untuk sarapan atau pun minum petang aku di pejabat.


Lebih menyukai Quaker Oats biru daripada yang merah, stok untuk letak di pejabat.


Teh Boh berperisa Mangga dan Laici ni adalah sedap. Tapi untuk minum dipejabat, biasanya aku beli Tea Lipton berperisa Apple dan Strawbery sebab lebih murah berbanding Teh Boh. Jimat punya pasal :-)


Balik dari Carefour terus sediakan bahan-bahan untuk perap ayam, beef dan lamb. Malam tadi kami buat BBQ. Antara yang di perap... tapi tak sempat pula ambil gambar lepas grilled. Sebabnya masing-masing dah ngap dulu :-p







out to Hero sekejap. Temankan mak beli barang-barang taska. Nanti aku sambung.....