Sunday, December 19, 2010

aktiviti hujung minggu bah.2



sambungan...



Baru balik dari Hero temankan emak beli barang. Sempat juga tadi aku tempah cermin mata untuk diri sendiri dimana kerja aku memerlukan menghadap komputer. Nanti dah siap boleh la aku tayang dekat blog aku ni.

Selain itu beli minuman kegemaran kami adik-beradik walaupun masing-masing dah besar panjang...


Sukakan vitagen perisan apple


Pagi tadi tidak terlalu lambat aku bangun dari tidur. Sempat tolong mak siapkan sarapan pagi, nasi lemak. Lepas tu, tolong mak campakkan baju-baju dalam mesin basuh dan bila nak habis terhengeh-hengeh masukkan pelembut cap downy.


nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis dengan ayam goreng.


Tengahari tolong mak masak lagi. Menunya kari daging, daging masak lada hitam dan ayam goreng rempah. Saya hari ni tak makan di SR, Sushi Kings, Domino's mahupun melepak di kedai mamak yar... harap maklum (jangan kejikan saya dengan statement awk itu :-p)


Petang tadi sempat juga lelap mata. Tak lama pun sebab kena kacau dengan mak minta tengokkan anak buah yang comel.. Sarah Irdina.

Sebelum Sarah balik, mak mandikan cucu kesayangan dia. Masa pakaikan baju.... boleh Sarah mual. Abis baju nenek dengan baju dia sekali. Bau mual adalah sedikit busyuk jadi mandikan dia semula. Aku pula basuhkan baju Sarah terus. Takkan nak peram lama-lama kan.

aku masih ada masa untuk melayari internet, berYM dan berGtalk bagai. Mata ni pula masih tak rasa nak tidur walaupun dah hampir pukul 12 malam.

Esok isnin maknanya kena kerja. aduhai... tidak semangat nak bekerja sejak akhir-akhir ni. Rakan sekerja bersilih ganti, ramai yang berhenti daripada yang masuk. Esok juga dapat bos baru sebab bos yang lama dipindahkan kebahagian lain. 2-3 minggu ni sangat down, lagi pula mendapat berita yang tidak menyenangkan hati.

Walaupun diprovok untuk mengikut langkah yang lain tapi aku mesti kuatkan hati dan berpegang dengan apa yang aku rancang dari awal. Tak rugi jika bersabar.. dan aku harap kesabaran itu berbaloi.


Harapan aku pada tahun hadapan, terus diberikan sinar dari segi pekerjaan dan kehidupan.