Hari Khamis yang indah dimulai dan diakhiri dengan baik. Poyo tak statement aku? hahahahahaha...
Aku dan beberapa rakan sekerja yang lain dijemput untuk makan tengahari. Memandang kami diminta untuk memilih tempat, sepakat bersetuju makan di Pizza Hut, IOI Mall sahaja. Jika tidak tiada masalah untuk mereka pergi makan di kedai ah seng atau pun ah meng.
Memandang aku dijemput, perlu mereka mencari tempat yang halal. Jemputan sempena kelahiran anak perempuan yang pertama. Tiada gambar untuk dijadikan kenangan... malu la konon dengan rakan sekerja yang lain.
Sebelum balik pejabat, aku sempat singgah J.Co. Beli donut 3 biji untuk makan petang. Sebab utama nak belanja ros dan ct. Kebetulan dorang ajak makan sama tapi tak dapat aku join. Rasa serba salah la katakan... Dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar... **sigh
Balik dari kerja, terserempak dengan Hit fm crew... Jadi dorang bagi beberapa barang kat kami... antara Majalah Bazaar, air Berri, roti Gardenia dan biskut Famous Amos. TQ :-)