Wednesday, December 29, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 milik Malaysia



phewittttttttttt....

Keputusan perlawanan akhir pusingan kedua antara Indonesia dan Malaysia berkesudahan 1-2.

Tahniah buat skuad Malaysia kerana bergelar Juara Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2. *wink


P/S:
Tahniah buat skuad bimbingan Rajagopal.
Safee Sali penjaring terbanyak.
Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. Ingatkan dia dapat pemain terbaik..



Emosi terganggu.. Terapi ke Breeks Cafe dan Kenny Rogers.



Percubaan beberapa kali untuk mengemaskini blog tapi tidak berjaya. Kesibukan membuat sedikit keletihan dan secara tidak langsung tiada mood untuk berkongsi cerita.

Aku lihat disekeliling ada rakan yang seronok kalau dapat kenaikkan pangkat. Apakah riak muka yang dipamerkan... gembira, seronok atau mungkin puas dengan percapaian. aku? walaupun belum dapat kesahihan, rasa tekanan dan tidak gembira itu menyerap di setiap urat-urat sendi. Sesak nafas dan bukan itu yang dimahukan. Cukup sekadar kenaikkan tanda gaji dan grade. Bukan tidak bersyukur tapi aku rasa tidak mampu untuk memikul beban itu. Tak sanggup rasanya bekerja dalam keadaan tekanan sepanjang hari, dimaki hamun orang sesuka hati sampaikan nak suap makanan dalam mulut pun jadi malas.

erm... tidak mahu rasanya terus tersepit dan tertekan dengan keadaan yang bisa embuatkan otak gagal berfungsi dengan baik. Aku tidak gembira dengan berita yang diterima. *nangis dalam hati saja. Berborak dengan kawan dan dia memberikan kata-kata yang menambahkan sakit dihati. [ u already in the grave or hell, just accept the job. and ask for better salary]. aku tak suka dan tidak berminat dengan jawatan itu [fullstop!!!]


Kalau korang perasan, dua tiga menjak ni aku banyak bercerita pasal farewell kawan sepejabat. Rezeki mereka di tempat yang baru manakala aku masih di sini. Bukan tidak mahu mencari kerja yang lain, cuma belum masanya lagi. Puas diprovok.. dimarah.. dinasihati supaya aku mencari kerja lain. Cukup sekadar senyuman dan berkata.... [ yar nanti aku mencari pekerjaan yang lain, aku tengah berusaha ni...] sekadar menutup mulut mereka dari terus membebel tanpa henti ditelinga aku. Tidak mahu terikut dengan provokasi mereka. Setiap orang ada jalan yang ingin dituju dan tidak semestinya jalan setiap dari kita sama.

Sakit hati jika ada yang berkata [Bodoh la u ni, buat ape stay dekat sini.. pergi cari kerja lain atau Apa yang mereka bagi sampai u nak stay dekat sani lama-lama]. Tengok sampai begitu sekali. Aku malas hendak ambil peduli... masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Jangan paksa, aku tak suka... walaupun hakikatnya aku boleh tersenyum lagi depan korang.

to be continue....


Tak mahu otak ni terus bercelaru, jom cerita pasal makan. Salah satu terapi dikala dihimpit tekanan. Habis la lepas ni, membesar bagai johan. hahahahaha... whatever la :-p

Minggu lepas kami buat farewell untuk Ros. Tempat makan yang dipilih, Breeks Cafe. Berborak, bergosip dan sesi kenal mengenal dengan rakan sekerja yang baru. Made in Singapore. Sempat bertanya program ala-ala PLKN dekat dia. Dia dulu ambil masa 2 tahun setengah untuk habiskan training, lama betulkan program ni dekat singapore. Tapi sekarang dah singkatkan kepada 2 tahun tak salah. klik sini

Menu yang dipilih, Chicken Patties Melted. Ala-ala homemade chicken burger salut dengan cheese. Boleh tahan rasanya. Untuk aiskrim kami kongsi rasa semua perisa. ada perisa durian, vanila, yam, honey dew dan strawberry. Untuk tengok menu yang lain, boleh baca entry sebelum ni, klik sini





Sambung terapi seterusnya, Kenny Rogers. Semalam kami ke sana, buat farewell untuk rakan sekerja. Tapi kali ni untuk 4 orang.. Sonia, Ros, Qi Xin dan Nic. erm... meh tengok menu semalam, kalau rasa terliur tu.. tak dapat nak nolong. hehehehehehe...








Nak mengadu skit;

Masih ada sia-sia sakit satu badan lepas berurut ahad lepas. Isnin dengan semalam lagi la terasa sakitnya. Nak berjalan pun serupa orang baru lepas bersalin. Jalan setapak setapak... Rasa nak demam, nampaknya esok kena MC :-p


Ada kawan aku gelarkan A cakap begini [dia suka kamu: merujuk kepada B].
aku cakap [Gila!!!]. Jauhkan skandal itu dari aku.
5 bulan yang lepas kawan aku gelarkan B cakap perkara yang sama [He like u: merujuk kepada A]. aku cakap [Gila!!!].
Tahu ke tak, lawak korang berdua tak kelakar langsung!!! Sengal tau, sekeh sorang2 baru tau.


P/S:
Baru lepas sesi bergambar dengan Ros. Good luck untuk kamu :-)

Monday, December 27, 2010

kisah tunang, karaoke dan makan



Undangan majlis pertunangan seorang kawan lama Fatin dan Wan hari Sabtu lepas. Hampir 3 tahun tidak bertemu. Majlisnya di Semenyih jadi sebelum bergerak ke sana, google map dulu. Almaklum kami bukan ada GPS untuk menjadi penunjuk arah. Pernah pergi sekali, itu pun singgah untuk berehat dan solat.

Jam menunjukkan pukul 3ptg, pihak lelaki tak sampai lagi. Kami minta diri dulu tapi sebelum balik, makan dulu.

Beberapa keping gambar sebagai kenangan;






Ada kejadian dimana,
Makcik fatin bertanya, apakah petua awak kelihatan muda?? Kami sengih je sambil cakap takde apa-apa petua. Dia ingat kami sebaya fatin padahal umur kami bertiga berbeza 6 tahun. Tak percaya ker kak.. *wink*


Dalam perjalanan balik, dapat idea nak berkaraoke... Sebelum tu singgah rumah aima tumpang solat. Siap warning dia lagi, jangan tukar baju. Karaoke dengan berbaju kurung la kami. Biar la orang nak pandang atas bawah.... hahahahah. Tiada gambar sebab sibuk menyanyi.

Lepas tu singgah minum sementara tunggu kak shima sampai. Dia tak dapat datang majlis fatin sebab ada kelas menjahit. Gigih betul belajar macam-macam, bagus betul.

Biasa la kalau dah berkumpul berempat, bersembang tak ingat orang keliling. Sakit kepala aku dibuatnya sebab gelak memanjang. Lepas penat berborak, kami gi cari makan dekat 1 gerai area LRT Seri Petaling. Gerai ni betul-betul dekat dengan traffic light, parking tepi jalan. Macam-macam ade dari western sampai local food.

Sampai rumah sebelum pukul 12. Mak siap cakap, lama nya pergi kenduri. Pergi kenduri nya sekejap, berpoya-poya je lebih. *wink* Dah siap mandi, baru dapat usik Sarah. Si kecik ni tak reti nak tidur, abahnya dah bising.... sudahnya abah Sarah yang tidur dulu... Maklong dengan nenek kena layan sarah sampai dia tertidur.


Friday, December 24, 2010

hadiah yang dibeli telah di"hijack". hish... hish... makan di pizza hut la pula.



Petang semalam terperasan hadiah christmas aku telah dihijack!!! Sapa punya kerja la ni?

Pagi tadi Ros datang kat bilik aku cakap hadiah dia pun dihijack. Aku?? gelak je la sebab dah tahu siapa punya kerja dan atas sebab apa hadiah tu dihijack. Mula-mula orang yang aku tanya tu dolak dalih tapi akhirnya cakap juga hal sebenar. Siap pesan lagi dekat aku, jangan cerita dekat orang lain.. unless orang yang sama kes dengan aku tanya dekat dia. aku hanya mampu senyum dengan gelang kepala je la.. Macam-macam la dorang ni...

Tahun ni tak sama macam tahun yang lepas, takat tukar-tukar hadiah je. Tahun lepas meriah dengan offismate yang gila-gila. Rindu nak tengok telatah dorang yang macam-macam ragam.

tadaaaa.... christmas gift dari aku, pembalut hadiah pun lebihan tahun lepas. Kalau tak, balut pakai A4 paper pun ok kan... hehehehehe



last entry aku ada cakap nak bagi Men’s Handkerchiefs. Bagi sapu tangan pun pening nak pilih mana satu yang berkenan kat mata. Nak bagi alain delon ke pierre cardin atau byford. Tolak tepi pierre cardin sebab tahun lepas dah buat hadiah farewell kawan.





finally aku pilih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alain Delon *wink* OK tak? Hopefully nic suka la hadiah yang tak seberapa ni.





Lunch tadi pergi berdua je dengan Ros. Yang lain gi solat jumaat dengan cuti. Sepatutnya ade jemputan farewell dekat Nando's tapi kami tak pergi. Semalam baru je buat farewell untuk Ros. Next week pun mesti farewell lagi. erm... kena budget skit lagi pun esok nak keluar. Duit keluar macam air je, yang masuk banyak itu juga tak bertambah... *sadis*

Mula-mula pergi McD, ramai betul orang yang beratur. tengok KFC pula... ramai juga macam McD. Lastly masuk Pizza Hut je lar.

Kami ambil set Sensasi Delight, menu ni jarang dorang bagi kecuali korang minta. sebabnya harga lagi murah. bezanya pilihan pizza dengan pasta tak banyak klik sini. Makan sambil bersembang, sedar-sedar dah pukul 2 petang. kelam kelibut balik ofis..


sat lagi 5.30 ptg ade gift exchange. erm.. boring dan sunyi je ofis ni. apa pun...

"Merry Christmas and a Happy New Year"


buat rakan yang beragama christian, especially to my x-bos.



Thursday, December 23, 2010

niatnya hendak beli hadiah saja... hendak berjimat cermat kononnya



Memandangkan Christmas pun dah makin hampir, hadiah tak terbeli lagi. Jadinya semalam balik dari kerja singgah juga ke IOI untuk beli hadiah. masuk JJ, pergi bahagian lelaki terus. Macam tahun lepas juga, orang yang dapat hadiah dari aku lelaki. Susah nak fikir bagi apa, tahun lepas bagi Tie.


Mula-mula ingat nak bagi chocolate tapi last minute dapat idea bagi Handkerchief. Nak beli benda tu pun ambil masa sebab nak pilih yang cantik pada mata aku. Bukannya beli untuk diri sendiri pun boleh nak belek sampai jumpa yang berkenan. Leceh betul perempuan sorang ni.


Dah set dekat otak nak beli hadiah je, yang lain tak mahu beli. Tapi biasa la aku ni, dalam hati cakap je nak window shopping... then pergi bahagian kasut, boleh pula terminat dan terbeli Wedges. Dalam kepala dok kira, o0o0o0o... ade baki lagi duit ni.


Fine, singgah bahagian makcik Santa barbara terberkenan dengan satu comfort shoes. Padahal dulu kala kemain lagi tak suka kasut jenis ni, kononnya tak cantik la. heheheheh...Ingat nak beli tapi memikirkan gaji tak nampak bayang lagi... kena lupakan niat nak terbeli sepasang kasut lagi. Sebelum sampai counter nak bayar handkerchief dengan wedges singgah dulu dekat bahagian baju. Nasib baik tak jumpa yang berkenan dihati... selamat duit aku yang tak berapa nak ada ni.


Tengok jam macam awal lagi, jadi singgah kedai sebelah JJ. Niat dihati nak survey kain english cotton sebab terniat nak buatkan dress untuk Sarah. eh.. eh.. pembetulan, bukan aku yang jahit la... aku tukang beli kain, bab-bab jahit diserahkan pada adik atau mak yang buat. Takat nak jahit tangan tu boleh la lagi, kalau pakai mesin bagai.. tak reti aku.


Tak jumpa kain yang berkenan dekat hati la pula... gi tempat jual langsir dan tersuka beberapa jenis kain langsir. Dok kira-kira dengan tangan, kalau ada lebih duit dividen asb *ting* heheheheh.. nak beli langsir rumah aku tu :-) sian tau tak berganti...


Dah puas cuci mata tengok langsir, masuk kedai Anakku la pula. Bukan nak beli pun, cuma tengok design dress dorang je. Nak dapatkann idea untuk buat dress Sarah nanti. Memandang dah penat berjalan... kena pula tengahari tak makan... perut aku dah buat bunyi macam-macam. Singgah KFC beli dinner plate (mix ori dengan spicy) bawa balik.


Cerita pasal KFC ni, nak tanya la.. korang makan roti aka bun tu macam mana yar? erm... aku tau la makan kat mulut tapi sebelum masuk mulut dan kena ngap... Cara aku??? nak kata complicated tu takde la... biasa aku akan belah dua roti tu, sebelah letak coleslaw dan sebelah lagi whipped potato. kasi up lagi, letak hirisan ayam dan sos. Then baru senang hati nak ngap.





Lately ni tak rasa nak makan time lunch. Sebabnya bila otak dah penat bekerja.. korang agak-agak lalu ke nak makan. Kalau makan pun takat kuis-kuis je. Tapi sebelum ni selalu cakap malas nak makan, malas betul nak minum. Bukan malas ye sebenarnya tapi penat campur letih jadi ape?. kena kurangkan cakap perkataan "malas" la lepas ni, nanti macam doa plak... tak bagus betul :-(


Aku tak tau la mana dapat angin rajin benor minggu ni, balik kerja terus mengemas 1 rumah. Kemas dekat hall lepas tu kat dapur plak. Jenis adik aku ni makan bukan reti nak basuh sendiri, letak je dekat sink kekadang tinggal je atas meja makan. Akak dia juga nak kena kemas dan basuh semuanya.

Dah siap semua mandi bagai, masak nasi lepas tu panaskan lauk mak masak pagi tu. Lepas baru boleh makan sambil tengok tv dengan browse internet... alkisahnya, sekarang ni selalu ngelat nak kemas hari-hari macam sebelum ni sebab bila balik rumah sambung kerja buat kerja ofis. erm... rasa dah penat sambung kerja dekat rumah... nak rehat pula la lepas ni...




ok la, melalut plak... sambung next entry.

Tuesday, December 21, 2010

finally...



YES, berjaya!!!


otak aku berjaya mengeluarkan output yang dinginkan. Sebelum ni dikerah secara kronik, tak juga mendatangkan hasil.


hahahahah... jangan nak fikir bukan-bukan plak. Otak aku ni kalau berfikir dengan tenang, tidak dipaksa secara kritikal dan tidak berfikir secara kronik akan memberikan output yang diinginkan.

Ironinya, aku suka kerah dan perah otak ni betul-betul dulu. Lepas tu baru fikir nak bertenang.....


Aku nak senyum lebar sampai ke telinga *wink*



Gembira setelah segala usaha mendatangkan hasil.



status Skype untuk hari ini



tertekan, stres and tertekan erm...

Otak aku dua tiga menjak ni susah nak berfikir. Benda senang pun jadi susah, tekanan dari siapa tah?? Otak pun dah penat dan letih dengan dot..dot..dot..

Kenapa dorang ambil dia dari kami? Ramai tertanya-tanya, kami sendiri pun tiada jawapan yang kukuh. Jangan tanya kami lar, kami memang tak tahu!!!! Takpe janji dia masih mengambil berat terhadap kami... Pandai sekarang yar, terus sms atau telepon HP kami. Takut orang lain tahu ker... hahahahaha


Saje nak kongsi status skype... merapu betul. Ade yang pesan, hati2 nanti ada rumor.... Aku boleh gelak sebab dapat detect siapa yang bakal sebarkan rumor itu. Tak sampai sepuluh manusia aku add dekat skype ni. jadi jangan pening kepala aku dengan hal remeh ni..


if aku terror
aku dah jadi developer superb
else if aku hebat
aku dah jadi consultant hot
else
masalahnya aku tak teror dan tak hebat sebab itu aku jadi SE"




Entah apa yang aku mengarut hari ni.


Lunch @Breeks! Café


Last friday, lunch at Breeks! Café, IoI Mall. Breeks! Café ni kira adik-beradik dengan Seoul Garden.

Sekadar berkongsi maklumat, Breeks! Café ni lebih kepada makanan barat manakala Seoul Garden lebih kepada makanan timur. Restoran dorang ni bersebelahan dan tak salah aku dorang berkongsi pekerja yang sama.

Kami semua ambil set Breeks Value Meal, murah berbanding ala-carte. Dalam set tu ade main course, air, soup dan ais-cream. klik sini






mushroom soup & ice cream


My, Cajun Chicken Chop... Umesh, Grilled Chicken Chop with Mushroom Source


Ct, Baked Dory with Mushroom Source... Ros, Pasta with Crab Meat and Smoked Salmon..

ops KC, Seafood marinara.. malas nak snap pic




Main course yang aku pilih tu tak berapa kena dengan tekak, tak tahu apa yang kurang. Maybe next time kena cuba yang lain...



p/s: sangat sangat stress 2-3 minggu ni. Harap tahun depan lebih baik dari tahun ni, amin....

Monday, December 20, 2010

Pizza Hut, J.Co dan Mix FM



Hari Khamis yang indah dimulai dan diakhiri dengan baik. Poyo tak statement aku? hahahahahaha...

Aku dan beberapa rakan sekerja yang lain dijemput untuk makan tengahari. Memandang kami diminta untuk memilih tempat, sepakat bersetuju makan di Pizza Hut, IOI Mall sahaja. Jika tidak tiada masalah untuk mereka pergi makan di kedai ah seng atau pun ah meng.

Memandang aku dijemput, perlu mereka mencari tempat yang halal. Jemputan sempena kelahiran anak perempuan yang pertama. Tiada gambar untuk dijadikan kenangan... malu la konon dengan rakan sekerja yang lain.

Sebelum balik pejabat, aku sempat singgah J.Co. Beli donut 3 biji untuk makan petang. Sebab utama nak belanja ros dan ct. Kebetulan dorang ajak makan sama tapi tak dapat aku join. Rasa serba salah la katakan... Dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar... **sigh






Balik dari kerja, terserempak dengan Hit fm crew... Jadi dorang bagi beberapa barang kat kami... antara Majalah Bazaar, air Berri, roti Gardenia dan biskut Famous Amos. TQ :-)




Sunday, December 19, 2010

aktiviti hujung minggu bah.2



sambungan...



Baru balik dari Hero temankan emak beli barang. Sempat juga tadi aku tempah cermin mata untuk diri sendiri dimana kerja aku memerlukan menghadap komputer. Nanti dah siap boleh la aku tayang dekat blog aku ni.

Selain itu beli minuman kegemaran kami adik-beradik walaupun masing-masing dah besar panjang...


Sukakan vitagen perisan apple


Pagi tadi tidak terlalu lambat aku bangun dari tidur. Sempat tolong mak siapkan sarapan pagi, nasi lemak. Lepas tu, tolong mak campakkan baju-baju dalam mesin basuh dan bila nak habis terhengeh-hengeh masukkan pelembut cap downy.


nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis dengan ayam goreng.


Tengahari tolong mak masak lagi. Menunya kari daging, daging masak lada hitam dan ayam goreng rempah. Saya hari ni tak makan di SR, Sushi Kings, Domino's mahupun melepak di kedai mamak yar... harap maklum (jangan kejikan saya dengan statement awk itu :-p)


Petang tadi sempat juga lelap mata. Tak lama pun sebab kena kacau dengan mak minta tengokkan anak buah yang comel.. Sarah Irdina.

Sebelum Sarah balik, mak mandikan cucu kesayangan dia. Masa pakaikan baju.... boleh Sarah mual. Abis baju nenek dengan baju dia sekali. Bau mual adalah sedikit busyuk jadi mandikan dia semula. Aku pula basuhkan baju Sarah terus. Takkan nak peram lama-lama kan.

aku masih ada masa untuk melayari internet, berYM dan berGtalk bagai. Mata ni pula masih tak rasa nak tidur walaupun dah hampir pukul 12 malam.

Esok isnin maknanya kena kerja. aduhai... tidak semangat nak bekerja sejak akhir-akhir ni. Rakan sekerja bersilih ganti, ramai yang berhenti daripada yang masuk. Esok juga dapat bos baru sebab bos yang lama dipindahkan kebahagian lain. 2-3 minggu ni sangat down, lagi pula mendapat berita yang tidak menyenangkan hati.

Walaupun diprovok untuk mengikut langkah yang lain tapi aku mesti kuatkan hati dan berpegang dengan apa yang aku rancang dari awal. Tak rugi jika bersabar.. dan aku harap kesabaran itu berbaloi.


Harapan aku pada tahun hadapan, terus diberikan sinar dari segi pekerjaan dan kehidupan.


aktiviti hujung minggu



Rutin hujung minggu;


Bangun tidur agak lewat dari biasa. Ambil kesempatan macam dua tiga hari tidak tidur.

Sarapan pagi diwaktu tengahari. Tak kira, walaupun dah tengahari.... aku tetap nak cakap baru hendak sarapan.

Aktiviti yang biasa dilakukan dihujung minggu... "masak". Aku hanya rajin ke dapur untuk memasak pada hujung. Jadinya tengahari semalam, aku masak ayam goreng berempah atas permintaan mak.

Rempah ratus... halia, lengkuas dan serai ditumbuk bukan kisar. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar goreng tanpa minyak dan tumbuk. Campurkan semua bahan-bahan yang ditumbuk dengan ayam. Jangan lupa letak kunyit dan garam. Perap untuk seketika dan kalau dah lapar, sila goreng. Siap buat lebih dan simpan dalam peti ais. Masak lemak jantung pisang campur ikan masin emak yang masak, sedap!!!

Tak keluar dengan kawan semalam. Jadinya tunggu satu-satunya anak buah datang rumah mak long nya. Kesian Sarah keletihan, abah dan ummi nya bawa pergi kenduri kahwin. Adik ajak keluar cari car seat untuk Sarah sebab esok ummi sarah dah mula kerja. Aku cakap bagi Sarah tidur dulu, keletihan dia. Selepas asar lepas dan masing-masing dah makan, baru kami keluar.

Kami pergi survey car serat dekat Toy Lands,Puchong Utama. Tengok pamphlet macam menarik tapi bila sampai di kedai tu, erm.... tak seperti apa yang difikirkan. Kemudian terus ke Carefour yang baru dibuka di Puchong Utama ni. Hari pembukaan, punya la ramai orang... macam ulat ;))

Dapat pun apa yang dicari dan membeli untuk diri sendiri juga. Beberapa keping gambar untuk dikongsi....


Anlene untuk tulang aku yang semakin dimamah usia. NesVita untuk sarapan atau pun minum petang aku di pejabat.


Lebih menyukai Quaker Oats biru daripada yang merah, stok untuk letak di pejabat.


Teh Boh berperisa Mangga dan Laici ni adalah sedap. Tapi untuk minum dipejabat, biasanya aku beli Tea Lipton berperisa Apple dan Strawbery sebab lebih murah berbanding Teh Boh. Jimat punya pasal :-)


Balik dari Carefour terus sediakan bahan-bahan untuk perap ayam, beef dan lamb. Malam tadi kami buat BBQ. Antara yang di perap... tapi tak sempat pula ambil gambar lepas grilled. Sebabnya masing-masing dah ngap dulu :-p







out to Hero sekejap. Temankan mak beli barang-barang taska. Nanti aku sambung.....

Thursday, December 16, 2010

Part of "The 1st Wonder" live in Genting Highland


Last minutes dapat tiket, jadinya bukan menemankan sampai ke Genting tapi siap join tengok konsert lagi. Tapi aku takde la beli tiket yang mahal tu, beli yang paling murah udah ler.

Setakat minat 1 lagu je "No Body", lain la macam Wanie... hafal semua lagu dia. Fanatik betul budak sorang ni.

Tengok gambar jer lar. Tak tau nak tulis apa, apa pun konsert dorang memang best. Part closing tu... lagu "No Body" so hot....













p/s: Lunch tadi dekat Pizza Hut, IOI Mall. TQ Jann coz belanja kami. Hari-hari belanja lagi best. Hahahahahaha



Wednesday, December 15, 2010

indoor or outdoor activity @Genting?



No indoor activity... no outdoor activity

Hanya menunggu di dalam MarryBrown dengan depan pintu Arena sampai Wanie selesaikan urusan dia.

Ops!!! ada perkara yang menyakitkan hati, gara-gara ada spesis orang yang sangat mementingkan diri. Nasib baik jumpa dengan dua orang comel dan gila-gila.

Beberapa gambar yang rajin aku upload....



Peggy yang peramah. Muka ala-ala korean dan sangat comel. Peminat kpop yang tegar, sanggup berhabis semata-mata nak tengok konsert walaupun dekat luar negara.



Mikail yang mula-mula sangat pemalu tiba-tiba bertukar jadi gila-gila. Sanggup berhabis beli tiket VVIP untuk Konsert Wonder Girls.



Gambar kite orang, depan pintu masuk Arena. Tercongok dekat situ.... lemau dibuatnya.

Monday, December 13, 2010

ke Genting Highland secara mengejut...

>



Aku ke Genting Highland sabtu lepas. Memang sesuatu yang tidak dirancang.

Ct Zura ajak temankan sekali naik Genting sebab dia nak hantar Ct Wani gi tengok konsert kat sana. Memikirkan kesian dia pandu kereta sorang bila turun dari Genting, aku setuju dengan ajakan dorang.

Aktiviti asal nak pastikan Ct Wani dapat tempat penginapan dan petang tu kami gerak turun balik KL.

Jumpa dorang dekat ERL, Putrajaya dan gerak terus ke Genting. Kami tak naik atas terus naik kereta tapi tinggalkan kereta dekat parkir Skyway, Genting.

Punya la ramai orang naik Skyway, beratur panjang la jadinya. Hampir sejam menunggu baru dapat naik Gondola.Tiket RM5 seorang, untuk perjalanan sehala.







Cuaca baik , secara automatik hilangkan rasa cuak masa naik gondola. Dah la kali pertama naik, kepala dok pikir... jangan angin kuat or hujan. Buatnya tiba-tiba angin kuat, mau keras perut nak sampai kat atas tu...




Sampai atas pun dekat pukul 12 tghari, terus JJCM. Memandangkan kat atas ni serba serbi mahal, kami gi cari kedai mamak tempat pekerja Genting selalu pi makan. Makan kat situ murah dari tempat lain. Landmark senang je, kalau cari Coffee Bean... depan tu korang akan perasaan tempat parkir bertingkat, cari aras B5. Masuk dalam sikit, nampak restoran mamak tu. Aku makan mee goreng dengan teh tarik baru RM5.70 jer...


Sengih je Ct Wanie sebab dapat jugak tgk Konsert The 1st Wonder. Dia ni memang peminat fanatik WG dan kpop.






bersambung next entry..