Friday, November 2, 2012

Pulau Langkawi Day 2 Part 1 ~ Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pantai Beras Basah


Alasan malas nak menaip, letak je gambar banyak-banyak. Hari ke-2 ni saya buat 2 part, part 1 ke Island Hopping manakala part 2 ke Underwater World, Langkawi Yacht dan Pantai Airport. Tapi part 2 ni entah bila sempat rajin nak update, gambar semua dah edit cuma cari idea karang ayat je. 

Island Hopping
Pukul 9 pagi ada orang akan ambil kami untuk aktiviti island hopping di Pulau Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan Eagle Feeding. Sebelum tu ambil sarapan dulu, kang tak pasal kelaparan. lama kami tunggu tau sebab dalam trip tu bukan kami je, ada pelancong dari Arab dan China. Dah la lelaki je semua, kami je sesat perempuan dalam van tu.

Sampai je, terus ambil tempat untuk naik bot. Memandang dorang kesian dengan kami ni, makcik yang urusan island hopping suruh kami tukar bot lain. Biarkan Pak arab 9 orang tu 1 bot, maklum la depa tu kan besar gabak... kang terlebih muatan tak pasal je.

Dah pukul 10 masa tu, matahari pun dah terpacak, panas weh. Dah la kulit ni gelap, tak pasal bertambah rentung lepas ni.... huhuhuhu...



Menikmati panaroma alam sepanjang perjalanan. Kalau tengok betul-betul gambar diatas ni, rupa bentuk gunung yang menyerupai perempuan hamil yang sedang terbaring.


Pulau Dayang Bunting

 Sejam masa yang berikan untuk kami menjelajah pulau ni. Dekat sini ada tandas kalau ada apa-apa emergency :p beras basah dan eagle feeding takde, jadinya pepandai la korang nanti. Sedikit maklumat untuk dikongsi,

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah Pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian Pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki. air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik. 

sumber: wikipedia



Kena mendaki bukit ke tasik air tawar. mencabar juga la untuk orang pemalas nak jalan macam kami. Sila bawa air minum siap-siap, berpeluh juga mendaki dan turun ke tasik.

tasik air tawar di tengah Pulau Dayang Bunting. Bawa baju spare kalau nak mandi dekat sini.  Kanak-kanak pun ada tempat khas, jadi tak perlu risau.



Eagle Feeding
Nothing much to do. Duduk dalam bot menikmati keindahan alam sambil tengok burung helang makan. Kita orang ada tanya dekat pemandu, helang tu makan apa??? helang tu makan kulit ayam, memang setiap hari ada orang bagi makan. Tak dapat nak capture gambar dengan cantik sebab pergerakkan burung helang ni sangat pantas.

Almost 10 minutes kami dekat sini sebelum bergerak ke destinasi terakhir. 


Helang berlegar-legar mencari dan turun merentasi air untuk menyambar makanan



Pulau Beras Basah
Tempat terakhir untuk island hopping, Pulau Beras Basah. Selain mandi boleh melakukan aktiviti pantai yang lain. Sejam masa yang diperuntukkan di tempat ini.

Kelaparan saya bila sampai tempat ni. Nak dijadikan cerita, saya memang lupa dekat sini memang banyak beruk si pencuri makanan. Kami cari tempat bawah pokok untuk berteduh untuk elak matahari terik. Sambil tu saya terasa nak makan roti yang saya tapau. tak sempat saya buka habis, beruk mana tah datang dari belakang curi roti saya. Masa tu memang tergamam kejap. semua yang nampak pun terkejut dan kesian. huhuhuhu... dah la lapar, lepas tu kena curi plak roti yang baru saya nak makan. sedih sangat masa tu, keji betul ko beruk... tumbuk kang baru tau. hahahahaha...

Sedikit maklumat mengenai pulau ini, sumber: wikipedia

Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi.

Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina untuk memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

cantik permandangan dekat sini... cuma nya tengah panas terik pun ada orang sanggup nak mandi. 

Untuk ubatkan hati yang sedih sebab roti kena curi, saya panjat dan lepak atas pokok. hihihihi... sabar je la. Nampak tak kat gambar di atas, beruk si pencuri roti.


indahnya ciptaan Tuhan, subhanallah. otw balik ke Jeti



Balik bilik terus rehat, mandi dan solat. Lepas tu baru gi cari makan dan lakukan aktiviti seterusnya. Penat tolak tepi, dah alang-alang sampai moh la kita terokai Pulau Langkawi.


3 comments:

Unknown said...

Salam Ziarah....

Seronoknya jalan2.. Akak bila la nak sampai sana.. hehehehe...Jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu

Intan ~ Nur Azlina said...

insyallah kak..

Unknown said...

Peh untung masa tu panas terik... minggu lepas kami dtg mendung je... suram je... :/