Friday, November 23, 2012

Makan Time ~ Restoran Bawang Merah & Malee



Balik daripada Penang, dah terhidang makan yang enak-enak. Ayah awal-awal lagi dah call kite orang tanya pasal makan. Tu sampai rumah je semua dah tersedia. Telur dadar yang awesome ayah masak, yang lain beli kedai. Jadi la kan, apa nak complaint.

teringat-ingat pula bila tengok gambar ni balik...  sedap makan dengan nasi panas.


sup tulang yang sedap itu. saya memang suka kalau sup ni... hirup hirup kuah dia...

Siakap steam dengan halia dan Asam Pedas Ikan Merah yang sedap itu..

Sambal Udang dengan Petai dan Sotong 3 rasa. yang ni biasa-biasa je, takde la sampai termimpi-mimpi nak makan lagi. hahahahah

Telur dadar, kangkung goreng belacan dan budu


Lauk pauk beli dekat Restoran Asam Pedas di Mutiara Indah. Restoran ni siap ada buat delivery tau. Agak2 malas nak masak, kami call je minta dia hantar lauk. Korang ingat Pizza Hut ngan Domino je ada buat delivery gaya gitu. hahahahaha

Lauk pauk yang lain beli dekat Kedai Malee.

Lapar pula perut ni, tengahari tadi makan keropok lekor dengan kuih je. Teringin nak makan sushi la pula. Ingat dulu, x-ofismate saya suka sangat makan sushi. tu yang terjebak sama. Hari jumaat je gi sushi king, ioi mall. semua tinggal kenangan je sekarang ni.


No comments: