Jumaat lepas sape yg keje kat sgor, CUTI yer... ramai yg ambik kesempatan cuti panjang, smbg smpai 31/8. Wah sakan meka ni bcuti. Kat opis ni pon sunyi je, ramai yg ambik cuti. Aku pon sebenarnya nak cuti gak asalnyer, tp memandang gaji tak masuk lg cam malas plak nk cuti... Stress ok masa cuti coz tak bley nak soping raya lg. walaupon adik offer kasi pinjam duit. Nak jgk soping pakai duit sndiri sbb senang nak buat budget.
Walaupon nak raya tp takde la beria2 yg soping sakan smpai segala hutang tertunggak kan... Pada aku, settlekan segala hutang piutang ngan bank dulu, baki tu br la adjust tuk raya. Org cakap raya setahun sekali tp kena beringat jgk kan... Tak blh ikut hati sgt nnt sendiri yg sesak menanggung hutang..
Memandang cuti aku cam biasa masak le utk buka. Siap col adik beradik balik buka kat uma aku... padahal bukan masak byk pon. Mak plak tgk bz potong baju sbb kami tahun ni tlupa nak anto lain kat toilor. Dr sehari ke sehari tak jugk hantar, last2 tailor pon dah tutup tempahan. Sib baik mak ngan adik blh jahit baju sbb tu aku relex je pon. Kain pon org yg bg, thn ni tak smpat nak pi beli lgpon thn lepas punya kain pon ade yg tak bjahit lg... Sementara mak potong kain, aku plak masak ape yg patut.
Laksa
Ikan Bawal Masak Merah
Sotong & Udang & Cendawan Goreng ~ menu ni menyebabkan nasi tak ckp :-)
Ubi Sira Gula Melaka
Chicken Wing ~ ayah beli kat gerai depan
Licin nasi hari tu smpai tak cukup sbb memasing mmg suka Sotong & Udang & Cendawan Goreng. Gambor sahih tak sempat nak ambik sbb dah azan pon aku masih masak kat dapur. Klu masak benda yg grg2 ni awalkan tak sedap...