Salam Jumaat buat semua,
Minggu ni cuti berselang seli dengan Deepavali dan Awal Muharram. Masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua. Seronok bercuti? saya tak ambil cuti, waima malam tadi pun masih bekerja sampai awal pagi walaupun di rumah.
Ok la, sambung balik coret-coret percutian yang lepas. Hari keempat atau terakhir kami disana. Seawal pagi kami dah bangun untuk memenuhi aktiviti seperti yang dirancang. Sebelum tu kami sarapan pagi dulu, kena isi perut dulu... kang tak pasal berbunyi perut ni.
Pantai Pasir Hitam
Kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin pagi. tenang dan redup je. Nampak juga orang menjala ikan ke ape tah dekat pantai. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.
WildLife Park & Bird Paradise
Yang seronok disini, kita berpeluang memberi haiwan makanan, berbeza dengan underwater world yang sedikit bosan. Tapi disini agak seronok disamping itu kami ditemani oleh dua orang pekerja yang menerangkan setiap jenis haiwan yang berada disini dan makanan apa yang boleh diberi. 1 pack makanan berharga RM6 juka tak salah saya. Tiket dewasa seorang RM15 tapi perlu menujukkan mykad.
Budak 2 orang ni banyak memberi info kepada kami, tq la bebanyak. si adik ni pula memang dok cakap nan bergambar dengan ular. Kebetulan ular ni saja available untuk dipegang. saya tumpang tengok boleh la....
Ayer Hangat Village ~ Salt Water Hot Spring
Sebelum singgah sini, kami menjenguk sebentar di Galeria Perdana. Tak sampai 10 minutes pun. Lepas tu terus ke Ayer Hangat.
Jangan terkejut! air panas di kampung ini ialah air tawar air garam panas tidak panas. Tak panas langsung korang, boleh terjun tiruk lagi dalam kolam tu kalau mau. hihihihih... Ramai orang tahu dan sedar manfaat air panas semula jadi maka ia tidak hairanlah jika sesetengah daripada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk merasai faedah air panas. Keunikan air panas disini kerana ia merupakan air garam semulajadi. keunikan hanya hanya boleh didapati di beberapa negara di dunia. Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Langkawi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk singgah sebentar.
Harum Aroma Cafe
Selapas ke Ayer Hangat kami balik motel terus untuk check out. Kami keluar lewat 2 jam, sebab kami nak mandi dan solat zuhur dulu. Tak kisah la bayar lebih sikit kan. Lepas tu terus singgah sini untuk makan tengahari kami. Perut wajib kena isi kalau nak berjalan-jalan macam ni.
ambil nasi berlaukkan ikan cencaru dan sotong bakar. nak komen sikit je, sotong dekat sini cinonit sangat tak puas ratah...
Laman Padi
Kampung saya mana ada padi, jadinya bila datang sini mesti la seronok. Menyaksikan panaroma yang menghijau. cuma tempat ni macam tidak dijaga dengan baik. suram je kecuali sawah bendang tu la...
Terbahagi 4 bahagian di Laman Padi ini antaranya Galeri Warisan mempamerkan bahan yang menggambarkan aktiviti pesawah serta peralatan tradisional dan moden. Di Galeri Padi, pengunjung berkesempatan menikmati pemandangan sawah yang ditanam secara berperingkat. Manakala di Laman Herba kita akan mempelajari pelbagai herba yang boleh menyembuhkan penyakit serta menyelami kehidupan petani dan menghayati kehijauan sawah dan lumpur di Laman Variati.
sumber: LADA
Pekan Kuah & Padang Matsirat, Beras Terbakar
Kami singgah untuk membeli ole-ole lagi disini. Masuk balik dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang. Lepas tu kami terus ke Padang Matsirat, Beras Terbakar. Buat apa lagi kat sini kan selain membeli apa yang patut. Lepas kepenatan kami terus ke pantai airport. Gambar memang tak kuasa nak ambil masa ni.
Pantai Airport
Ambil angin disini... lepas berapa ketika baru perasan yang sepatutnya kami perlu ke Lagenda Park. Memandangkan semua dah penat dan malas nak berpatah balik ke Pekan Kuah, kami sambung melepak tepi pantai je. Sambil tu tengok pasangan suami isteri dok menjala apa tah di tepi pantai. Ingatkan nak pekena sotong goreng tepung tapi ilek pochik pula. Hok yang lain tak berapa nak berkenan sangat nak makan di laksa power tu. sepanjang jalan ni ramai je yang meniaga tapi menu paling koman laksa, pasembor dengan cendol.
Airport Corner Cafe
Sebelum gi airport kami singgah makan malam disini. Ingatkan nak makan best-best tapi segala ikan, sotong dengan udang dorang tak keluarkan lagi. Sudahnya makan nasi goreng dengan daging goreng kunyit, daging masak merah dan paprik ayam. Jadi la untuk mengisi perut yang lapar ni kan. Tapi dok tercari-cari juga mana la ada jual satay kat langkawi ni. Entah nape teringin pula nak makan satay dekat sini.
Jangan dok muntah jika asyik dok tayang muka kami je. hihihihi.... kami yang kepenatan. Sampai lcct pukul 10.30 malam. Balik tu sempat menge-teh dengan adik dekat kedai Malee. pukul 12 lebih baru sampai rumah, esok nya dah nak kerja. cari pasal la sangat, tak ingat badan tu dah letih betul.
nanti rajin saya update lagi. kita borak hal lain pula. bye.