Monday, December 24, 2012

Movie Time ~ CZ12




Sinopsis CZ12

CZ12 mengisahkan tentang misi sebuah kumpulan yang ditugaskan untuk menghantar semula kepala patung 12 haiwan zodiak Cina yang telah diambil dari Old Summer Palace di Beijing, China oleh tentera Perancis dan British semasa Perang Candu yang berlangsung dari 1856 hingga 1860.

Dalam misi berkenaan terdapat pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi oleh Jackie menerusi watak sebagai JC dengan bantuan beberapa orang rakannya.

Selain Jackie, turut membintangi filem tersebut, antaranya Yao Xing Tong, Liao Fan, Zhang Lan Xin, Steve Yoo Seung Jun, Laura Weissbecker dan Kwone Sang Woo.



Ia merupakan filem aksi terakhir lakonan Jackie Chan. moh la saksikan cerita ni kalau anda peminat JC.

Perjalanan cerita boleh tahan cuma terbantut dek kerana screen tetiba hitam dan hanya mengeluarkan suara je. Agak lama, sampaikan ramai orang dah bising dan ramai juga yang keluar.tak lama lepas tu baru pekerja TGV ni datang betulkan. aiyar, betul-betul potong stim orang nak tengok. dah la jadi time klimaks cerita ni. lol.

Ramai juga warga emas yang datang menonton cerita ni. siap bertongkat lagi. TGV ni baru je buka, sebelum ni kalau nak tengok wayang mesti ke IOI. but sekarang ada alternatif lain. atleast takde la bersesak-sesak kat ioi sana.



No comments: