Friday, December 28, 2012

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan


Assalamualaikum,

Salam jumaat korang. Sihat ke idok, harapnya kalian diberikan kesihatan yang baik. Seperti sedia maklum, hari ni Jumaat terakhir bagi tahun 2012.

Peringatan untuk diri sendiri dan sesama kita. Saya harapkan dari hari ke sehari dapat memperbaiki kekurangan diri terutamanya dari segi solat dan zakat.


"Daripada Jabir; Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara seseorang dengan syirik dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang”.
(H.R Muslim)


Sesungguhnya solat itu tiang agama;

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Solat adalah tiang agama. Orang yang mendirikan solat bererti menegakkan agama. Orang yang meninggalkannya bererti merobohkannya”. 
(HR Baihaqi dan Kasyf al-Khafa’: 1621)


Saling berpesan-pesan dan peringatan sesama kita, semoga mendapat iktibar.


“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”.
(Al-Asr:1-3)





2 comments:

kakchik@ella said...

Ingat mengingati sesama kita. Thanks Azlina for this Entry.

Intan ~ Nur Azlina said...

sama sama kak cik...
peringatan utk diri sendir juga ni... kadang kadang terlepas pandang