Hampir setiap minggu keluar dengan family member yang lain, dah macam satu kewajiban pula aku tengok. Nak pula tinggal dengan family kan, sementara bujang ni la nak keluar sama-sama. Tak gitu?
Jadinya petang semalam kami ke Ikea Jalan-Jalan Cuci Mata dengan Cari Makan. Sampai je terus cari makan dulu. Aku tak order ape just cuit sikit makanan orang lain je. Boleh gitu???
Set Sandwish ape tah + muffin untuk adik. Malas nak rasa walaupun dorang suruh makan...
Set Meatball adik ipar... aku makan seketul je, kentang gereng tu je aku makan byk.
Set Ayam untuk mak. Tapi mak ngan aku makan skit je, selebihnya adik aku kena perabiskan....
Lepas perut sungguh gembira dapat makan, time untuk turunkan lemak tepu yang ada dalam badan plak. Meronda satu ikea cuci mata.
Cuma nak komen sikit, ikea ni dah tak best macam dulu. Berterabur dan bersepah di buat orang yang datang... takde orang tukang kemas bagi cantik-cantik ker????
Teringin nak ada kabinet dapur yang cantik... tapi duitnya mesti cantik jugak kan???? entah bila tahun boleh dapat walaupun macam gambor kat atas ni...
Si bobot saya.... muka happy dapat jalan-jalan.
Masa nak balik, kami singgah Ikano kijap. Sekali terjumpa benda yang aku teringin nak makan. heheheheheh... muka happy dapat makan walaupun meatball tadi tidak memikat tekak aku. Dalam hati siap cakap, yang tadi tak sedap... bior yang ni sedap. baru puas hati....
Pancake durian yang sedap. Kena dengan tekak aku sebab tak manis... yang sedang-sedang je.
Sunday, February 13, 2011
aktiviti bersama keluarga: JJCM ke Ikea
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment