Friday, February 25, 2011

Kenduri sebelah lelaki: Ijat & Zira bah.2


Memandang mak pengantin mean adik ayah asal n9, lepas majlis kenduri ada pula Adat Menyembah. Meh aku terang sedikit mengenai adat ni, aku ambil dari SINI.


Adat Menyembah

Bagi melengkapkan adat, upacara yang terakhir adalah upacara menyembah. Dalam upacara ini, pengantin akan bersalam dengan ahli keluarga. Pengantin akan diperkenalkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang baru, supaya tidak merasa kekok setelah menjadi suami isteri. Upacara ini dimulakan dengan pengantin bersalaman dengan Buapak, diikuti dengan waris saka yang lain.

Perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah tidak berkahwin sesama suku. Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih ditegah daripada mengahwini sesama suku. Mereka yang melanggar pantang ini akan disingkirkan atau dibuang daripada daerah Negeri Sembilan. Oleh kerana terlalu menghormati adat, masyarakat Negeri Sembilan berpegang teguh kepada pantang ini sehingga kini. Mereka percaya jika pantang itu tidak dipegang, maka keluarga atau suku tersebut akan ditimpa bencana.

Perkahwinan adat pepatih tidak seperti perkahwinan biasa. Istimewanya perkahwinan ini adalah kerana dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Buapak, Bapak Lembaga, Ketua Adat serta Ketua Kampung.


Dimulai dengan ibu dan bapa dan seterusnya makcik dan pakcik aku termasuk adik ngan adik yang no.2 sebab kami lebih tua dari pengantin...



Minta restu mak ayah supaya kehidupan rumah tangga diberkati dan dirahmati.





Lepas tu mak lang, pak long, mak long, mak aku plak...


Masa ni dah start adegan nangis-nangis, sebab sepupu belah ayah ni kami rapat antara satu sama lain kalau nak diperbandingkan belah lagi satu...


Berjujuran air mata masing-masing, makcik pakcik pesan apa yang patut.... moment yang sgt best sebenarnya.


kena khutbah dgn beloved pak ngah. Siap pesan jangan tinggal solat, jangan tinggal solat... muafakat suami isteri.... panjang jgk pesanan penaja.... heheheheh


Last sekali aku tapi takde gambar masa adat menyembah ni... sebabnya aku tukang ambil gambar dari mula, muka sendiri takdo.. sedih...

Ijat siap cakap, tima kasih sebab banyak tolong... aku gelak je la, cakap no problem..


Malam tu ada buat BBQ utk keluarga tapi kami tak gi. Penat kot tiga hari berturut-turut majlis ni.