Jenguk tapi malas nak update. Upload pic dah seminggu tapi tak jugak rajin nak menaip.
Hari ni cuti CNY lagi, esok baru boleh masuk ofis. Makin malas dibuatnya sebab cuti panjang.
ni cerita 2 minggu yang lepas, kami ke Alamanda, Putrajaya. Aku yang dah biasa kat situ jadi penunjuk arah yang dibayar dengan belanja makan sangat sedap.
Dah puas pusing Alamanda, time untuk makan plak. Memandangkan ada yang request nak makan ala-ala "Authentic Thai Cuisine", so suggestkan makan dekat Chakri Xpress.
View dari dalam Restoran Chakri Xpress, tak ramai orang.....
Semestinya si bobot aka si comel Sarah pun ada... belanja mak long dia makan tapi bayor dengan duit abah dia..... hehehehehe
Gambar makanannya malas nak tepek sebab blur... ape pun boleh check menu dia dekat SINI. Senang nanti bila ada yang terasa nak makan kat situ. Boleh survey menu dengan harganya sekali...
Kami order,
Stir Fried Asparagus with Shrimp Paste,
Tom Yam Talay Bangkok Style --> sedap, dicadangkan korang order... tom yam putih
Tom Yam Talay Southern Thai Style,
Pla Krapong Sam Rod with Lime & Chili tapi kami minta steam ---> ni pun sedap, korang blh try...
Khow Neow Ma Moung --> sedap jgk, sape yang suka pulut mangga blh cuba kat sini...
Air plak order durian belanda, memang sedap. Nak datang makan kat sini lagi la. Ada sesapa nak belanja tak? Roger aku yer. heheheheh...
Pukul 7 gitu gerak balik. Lagi pun dlm pukul 8 lebih ada member ajak lepaking sesama... Sampai je terus mandi ngan solat, pukul 8.30 member ambik kat rumah. Nasib baik dia lewat skit sebab asalnya janji pukul 8 mlm.
Memandangkan aku dah kenyang, cukup la meneman orang makan je. Jadinya decide makan dekat restoran Baser, depan Haier tu. klik SINI kalau nak survey pasal kedai tu.. Aku minum je, durian belanda jgk tapi kali mmg tak sedap langsung. Kawan aku ni order Nasi Beriani Ayam. No bad ayam beriani dia, sedap jgk sebab aku ngap skit.
Lepas makan kami gi down town puchong. Tapi tak buka plak, ke memang dah tutup terus??? Kawan aku nak cari barang... so ajak ke Tesco plak. Tak jumpa jgk yang dicari. Udahnya aku plak yang membeli. Pastu gi Giant Bandar Puteri... memang jumpa ape yang di cari tapi tak memenuhi syarat. sudahnya aku jgk yang membeli kat Giant tu. hahahahahah...
Tak keluar lama pun kali ni, sebab dah penat berjalan dari petang sampai ke mlm kan.. Lepas tu cari jalan pulang, walaupun kebiasaannya lepak sejam dua kat kedai mamak. Hari tu no leparking kedai mamak, capek weh....
Agenda hari ahad plak, tengahari tu adik ajak pi Tesco beli barang. Lepas kami gi rumah mak teh plak. Lepak kat sana sebab nk tanya ada ape nak tolong sebelum kawen sepupu aku tu... Dari dalam rumah sampai kat luar rumah kite orang dok borak. Pak Teh dok mengukur nak letak segala khemah kat mana. Walaupun dah petang, panas bangat weh.... jadi lepaking dekat wakaf je.
Sebelum balik rumah singgah Hero plak sebab nak beli barang basah untuk masak makan malam sebelum adik aku balik. Kelam kabut dibuat, jadi sempat la masak...
Ikan Siakap Steam dengan limau,
Ikan Cencaru Bakar,
Sayur kailan ikan masin,
ape lagi yar, ....
Masak lemak daging tak salah aku...
Lepas makan harus mengantuk... overload la katakan....