Friday, February 18, 2011

Sepanjang Majlis Nikah dan Malam Berinai Ijat & Zira



Assalamualaikum & selamat pagi semua...


2 minggu lepas, hari jumaat sepupu aku ni selamat menjadi suami orang. tahniah jat.

Nak dijadikan cerita yang nikahkan sepupu aku ni bapa mentua dia. Boleh plak sepupu ni, kemain goncang tangan bapa mentua dia masa akad nikah... dah tu siap sebut perkataan "tunai" punya la panjang... Bantai tergelak semua orang. heheheheh...

Jadi 2 kali kena akad... nasib baik dia tak gabra masa kali kedua.. sebabnya dah orang dalam surau dok tergelak tengok pengantin yang boleh plak buat lawak.... comel giler masa tu....


Tengah menunggu saat dinikahkan. Mesti ala-ala cuak sepupu aku ni. Sebab otw gi sana siap call adik aku tanya nak buat ape sebelum dan selepas akad nikah.


Selamat menjadi suami isteri... senyum je Zira tu.. cantik :-)


Hantaran kedua belah pihak... Bunga pink putih dari pihak perempuan, yang kuning putih dari pihak lelaki.


Balik dari majlis akad nikah terus balik rumah dulu. Petang tu baru gi rumah mak teh tulang ape yang patut. Tolong settlekan bunga telur untuk bunga pahar. Riuh rendah dibuatnya...

Tapikan ada citer tak best... jenuh tenangkan sepupu aku ni sebab dah emo malam tu... takpe la jat.. janji majlis ko selesai sudah... klu depa tak datang, ko tetap kawen.. jangan emo-emo, adat la tu....

Dah siap semua, terus balik rumah sebab nak bersiap gi rumah pengantin perempuan. Malam berinai besar plak...


ada kena mengena ngan orang melaka.. Tu yang malam berinai besar siap ada bunga api segala...


siap bersilat depan pengantin..


time untuk merenjis pengantin plak...



Dekat pukul 11 mlm jugak gerak balik puchong. Nasib la rumah keluarga zira ni area pantai dalam je... tak le jenuh nak travel bagai.

Esoknya, sabtu pepagi dapat call dari mak teh cakap adik ayah aku yang bongsu kena strok plak. Jenuh la weh... kelam kelibut dibuatnya.

Jadinya adik aku rushing ke rumah mak cik aku untuk uruskan pakcik aku tu. Settlekan cik awang aku tu masuk Hospital Serdang... Sudahnya kami yang lambat gi kenduri belah perempuan...

Abis tu terus bali rumah rehat-rehat dulu. Petang tu gi melawat pakcik aku tu. Bila sampai penuh ward tu ngan saudara kite orang. Mana tak nya, mak jang aku sms cakap pak cik aku tu nak kena operate kepala malam tu. Mau tak senang duduk semuanya.

Dah la ayah pun tak sihat sekarang ni... pening kepala kejap. lebih 2 jam juga la kami semua kat situ.. nasib last minut cakap tak jadi operate malam tu...



Apa pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Ijat & Zira..
Semoga kekal sampai bila-bila. amin...




aku dengan Sarah... penutup entry ni. hehehehehe...





p/s:
tidur lewat tapi bangun awal. sempat juga aku buat entry ni. Jangan mengantuk kat ofis sudah...
Cepat betul masa berlalu, hari ni dah jumaat....
Weekend ni nak buat ape yer????

No comments: