Cuti Maulidul Rasul hari tu kami ke Bukit Tinggi, Pahang.... bukan klang yer. heheheh. Nak masuk ke Bukit Tinggi Berjaya Hill ni dikena bayaran RM12.00 setiap seorang dewasa manakala kanak-kanak RM8.00.
Sampai sana kami plan ke Japanese Tea House. Boleh ke sana dengan menaiki kereta atau korang boleh menggunakan kemudahan coaster yang disediakan.
Sarah yang sudah kepenatan...
Pesanan penaja dari aku, jangan pakai kasut tinggi kalau nak ke sini. Sebabnya korang kena mendaki bukit dan berjalan mengeliling hutan tersebut.