Raya Pertama kami sambut kat Puchong je. Biasa pon mmg gitu, lepas solat raya br balik kg.
Beraya ngan org baru dalam family kite org, my adik ipar yg tgh sarat mengandung.
Lepas solat raya, kami sekeluarga wat baca tahlil. Then baru bermaaf-maafan dgn ahli keluarga. Lepas tu baru la kami makan2. Plan ziarah keluarga blah mak kat Shah Alam lepas solat jumaat.
Ingatkan nak bergambor ramai2, sekali nan ado. Adik dok bawak la dslr ke hulu ke hilir, tak jgk dia ngambik gambor bila dah nampak makanan. Miahahahah...
Memula kami gi kubur arwah atuk ngan nenek kat Seksyen 21, SA. Tak ramai sgt org masa kami dtg ptg tu. Biasanye kat sini confirm jam.
Lepas tu gerak ke rumah mak uda kat Alam Impian. Smpai ke petang lepak sana. Klu gi rumah uda ni mesti cari rendang hitam dia, sodap bangat. ala2 rendang tok jgk. Pastu smpai plak pak eddy 1 family. Kecoh ngan sepupu cenonit aku ni. Mak nye adik lelaki bongsu yg baya aku, anak dah masuk 5.
Lepas tu kami gerak gi Jln Kemuning, rumah nenek ngah plak. Menu aritu Laksa ngan Bihun Sup. Tak makan pon coz dah kenyang pulun makan kat uma uda.
Lepas solat maghrib kami gerak gi rumah pak ngah kat Seksyen 18. Lama tak lama la duduk situ. Siap kena paksa nye mak ngah lg beli kuih dia. Aduyai, org nak beraya tp kena paksa membeli kuih plak. kwang.. kwang.. kwang..
Aku yg dah keletihan :-p