Thursday, May 7, 2009

Tekanan membuat kita lebih matang v1

Ada orang mengalami tekanan,
Jangan abaikan daya ketahanan.
.
Sesungguhnya tekanan itu penting,
Jangan putus biar genting.
.
Tanpa tekanan terasa bosan,
Tidak mencabar aduhai insan.
.
Tekanan membuat lebih matang,
Tabah menghadapi masalah mendatang.
.
Tekanan boleh membawa kemurungan,
Hidup bagai dalam kurungan.
.
Kemungkinan kita hilang pertimbangan,
Wajah monyok wujud kebimbangan.
.
Jika tertekan hendaklah tenang,
Jangan mengalah yakin menang.
.
Jangan cepat berasa cemas,
Udara nyaman dikatakan rimas.
.
Perlu bijak mengawal emosi,
Kawal diri, mulut dan aksi.
.
Apabila berdepan dengan masalah,
Pantang sekali menyerah kalah.
.
Semua orang ada masalah,
Tiada masalah itu pun masalah.
.
Jangan biarkan masalah membukit,
Cuba selesai berdikit-dikit.
.
Nukilan : MAS AKEDI 7 Julai 2002


Nota: Kekadang tekanan blh membuatkn down, jatuh dan susah untuk bgn lg... kuat hati dan cari lah kedamaian. Bkongsi nukilan dr Antologi Gurindam ~ Seuntai Kasih Secebis Harapan.


No comments: