Thursday, April 30, 2009

Amaran : Selesema Babi

KENYATAAN AKHBAR, 29 April 2009
Situasi Semasa Wabak Swine Flu dan tindakan yang diambil oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia


Sehingga 28 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan situasi wabak Swine Influenza A/H1N1 terus merebak dengan cepat. Tujuh negara telah melaporkan kejadian wabak Swine Influenza A/H1N1dimana Amerika Syarikat melaporkan 64 kes yang disahkan melalui ujian makmal, tiada kematian. Mexico pulamelaporkan 26 kes positif ujian makmal Swine Influenza A/H1N1termasuk 7 kematian. Negara-negara lain yang melaporkan kes positif ujian makmal Swine Influenza A/H1N1 ialah Kanada (6 kes), New Zealand (3 kes), UK (2 kes), Israel (2 kes) dan Sepanyol(2 kes), tiada kematian dilaporkan di negara-negara berkenaan. WHO telah menaikkan amaran Influenza Pandemik daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 semenjak 27 April 2009 dimana telah terdapat penyebaran yang berterusan dari manusia ke manusia.

Peningkatan Fasa ini menunjukkan terdapat kemungkinan berlakunya Pandemik,tetapi ini tidak bermakna pandemik tidak dapat dibendung. WHO juga melaporkan Fasa ini boleh turun ke Fasa 3 atau meningkatkan ke Fasa yang lebih tinggi bergantung kepada situasi dan maklumat terkini. Fasa 4 ini bermaksud berlaku penularan antara manusia ke manusia dan boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti. Walau bagaimanapun, WHO menyarankan TIADA sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan, dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Di Malaysia buat masa ini tiada kes yang disyaki memenuhi criteria penyakit Swine Influenza. Berdasarkan survelan `influenza-like illness’, tiada peningkatan kes dan kes berkelompok (cluster) yang dilaporkan.

WHO telah menyarankan beberapa tindakan yang perlu diambil perhatian iaitu:

  1. Orang awam yang mengalami tanda-tanda jangkitan terutamanya demam, batuk, selsema dan sakit tekak dinasihatkan untuk menangguhkan lawatan antarabangsa.
  2. b. Orang awam yang mengalami tanda-tanda berkenaan semasa melakukan lawatan antarabangsa dinasihatkan untuk mendapat rawatan.
  3. Tiada risiko mendapat jangkitan Swine Influenza sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul.
  4. Amalkan kebersihan diri termasuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas batuk.
  5. Sekiranya mengalami gejala ‘influenza-like illness’, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Noted: Keratan drpd laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/. Layari untuk keterangan lanjut.


No comments: