Wednesday, April 13, 2011

Taman Botani, Putrajaya - Aktiviti berbasikal keliling taman


Sesi berbasikal selepas sejam berjalan keliling taman botani. Kami berpecah ikut haluan dan kemampuan masing-masing.

Ikut hati nak ambil basikal macam dorang pakai ni. Tapi kan... hahahahahah... kaki ni ala sampai tak sampai je. Sedih betul. Basikal dorang ni ada gear, senang nak naik bukit.

Jadi basikal yang takde gear ni, bukan berbasikal naik bukit... tolak basikal je la yang mampu. Jenuh kayuh tapi punya la susah nak mendaki.

Muka-muka gembira selepas berbasikal keliling taman. Tak sempat nak explore semua tempat, lain kali kena datang sini lagi.





Nak tau aku naik basikal ape??? basikal chopper ler. Tengok parking baik punya. Masa ni tengah menunggu kawan tolak basikal naik atas. Awat la lambat bebenor... hahahahahah...






Disebab ambil basikal chopper, kena tolak basikal bila naik tempat berbukit. Habis kudrat kayuh bila nak naik tapi tak gerak juga. Ke aku yang terlebih muatan??? Kalau basikal ada gear senang skit kot...




No comments: