Thursday, April 14, 2011

Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata:

Rasulullah SAW paling banyak berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Baginda ditanya kenapa? Baginda menjawab : Sesungguhnya semua amal diangkat (ke langit) setiap hari Isnin dan Khamis. Maka Allah akan mengampunkan setiap Muslim atau setiap Mukmin kecuali dua orang yang sedang berbantah, maka Allah berkata : Tangguhkan keduanya." (riwayat Imam Ahmad).

Puasa tathowwu' (sunat) dibolehkan berbuka, khususnya jika ada penyebabnya seperti dijemput makan. Dari Abu Said al-Khudri r.a dia berkata: "Saya menyiapkan makanan untuk Rasulullah SAW, maka Baginda datang dengan beberapa sahabatnya. Ketika makanan dihidangkan salah seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. Lalu Rasulullah berkata: Saudaramu telah menjemputmu dan telah bersusah payah untukmu. Kemudian Baginda bersabda: Berbukalah dan berpuasalah di hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu". (riwayat Baihaqi).

Setiap ibadat dalam Islam ada rukunnya agar ibadat itu dapat tegak dan berjalan dengan benar.

Setiap amal ibadat, baik wajib mahupun yang sunat akan bernilai di mata Allah jika didasarkan dengan niat.


Sumber penulisan Utusan Malaysia.


P/S:

  • Dengan berpuasa akan mengajar kita menahan nafsu syahwat, makan dan sebagainya,
  • Ia jua dapat membantu mengawal kemarahan, mengawal lisan dan memelihara lidah agar tidak berkata yang buruk dan sebagainya,
  • Membantu untuk memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang tidak sepatutnya,
  • selain dari menahan lapar dan dahaga.
  • Jom ambil kesempatan untuk melakukan ibadat puasa sunat.



No comments: