Akhirnya sampai ke Taman Botani, Putrajaya dekat bulatan Persint 1.
Sekali tengok ramai orang, siap ada bas lagi. Dah agak mesti basikal dah habis orang pakai. Tekaan CT memang betul, basikal tak cukup untuk kami 11 orang ni.
Jadinya sementara menunggu 1 jam, pusing-pusing jalan kaki keliling taman. Tak ada la semua pelusuk kami jelajah, agak-agak mana terlarat je. Sebab lepas ni nak pusing dengan basikal pula.
yang pastinya, belum apa-apa dah berpeluh. Bagus betul, dapat kurangkan berat 1kg ker. hahahahahahah... berangan je lebih.
Malam sebelum tu punya tertekan sebab timbang berat, naik gila. sadis betul, untuk cecah berat sekarang adalah masa zaman sekolah dulu. Aku kena diet, malam tak boleh ambil nasi.
Tuesday, April 12, 2011
Taman Botani, Putrajaya - Aktiviti berjalan kaki keliling taman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
CANTIK DAH LAMA TAK PERGI TAMAN BOTANI..
Post a Comment