Plan asal nak pergi makan area puchong je. On the dalam kereta dok diskus, tukar plan ke Klang plak. Pastu bagi cadangan alang-alang moh la kita ke Jeram. Sebabnya kat Muara, Klang sana dah berapa kali gi makan tak sedap.
Sampai terus cari tempat, pilih benda nak makan. Kami pilih makan kat wakaf, senang nak terlentang bila kenyang makan. over sangat kan???
Dah siap order makanan moh la kita jalan-jalan tepi pantai. Kebetulan air pasang, angin dan ombak pun kuat.... best
Budak masam sebab baru bangun tidur lepas tu takut orang letak di dalam air. Maklum la deruan ombak pun kuat, cuak Sarah.
Dalam 20-30 minit makanan pun sampai. Mula-mula makan kerang bakar dulu. Lepas tu baru belasah yang lain. Sambal cicah pun boleh tahan, kerang pun fresh.... kombinasi yang ngam.
Pepahat Masak Cili. Asalnya nak makan mentarang, tapi takde la pulak. Belasah je la ambik, kalau lala dah selalu makan. Moh la sekali sekala cuba yang lain.
Butter prawns, ambil buat syarat sebab kami tak makan udang. Tapi gediknya siap memasing suruh ambil yg besar. Padaaku tak sedapkan klu besar2 ni, kurang manis.. Ikut korang la nak ambil mana satu...
Ketam Masak Cila. sambal dia kurang sedap sebab terlebih letak sos kot. Tapi ketam dia rasa sangat fresh. Cicah ngan sambal pepahat yang sedap sebagai pengganti.
Sotong Goreng Tepung ni pun sedap sebab tak over goreng dan segar. Memang tak boleh miss order klu makan seafood.. Bagi sepinggang besar pun aku boleh habiskan sorang.
Ikan Jenahak Tiga Rasa yang sedap sangat. sebab masak 3 rasanya lain sikit dari yang biasa kita makan kat kedai tom yam tu. dan pula ikannya fresh, tu yang best.
Ikan Kerapu Masak Steam Limau. Ikannya segar dan tidak berbau, itu yang penting. Rasanya memang masuk dengan tekak aku.
Ikan Pari Bakar, pic ni aku google je. Macam snap tapi takde pula dalam HP. Masa ni lupa bawa kamera sebab ingat pi IOI je. Malas nak ngankut dslr tu. Rasa nak beli kamera kecil, senang campak dalam bag. Ada sesapa nak tolong belikan? Kembali kepada makan, ikan pari ni pun sedap sebab sekali lagi ikan dia fresh. Nak makan yang fresh sila datang awal.
Lauk sampingan yang lain, Tom Yam Seafood dan Sayur Kailan Ikan Masin. Total semua RM175, so pada aku berbaloi la. sebabnya ikan pun dah 3 jenis, udang, sotong, ketam ngan pepahat lagi. Nak murah mana lagi kan????
Lepas dah kenyang makan tersandar duduk. Buruk perangai ke tidak? sebelum balik ajak dorang jalan-jalan dengan bergambar tepi pantai dulu. Angin sepoi-sepoi bahasa sungguh, best. Entah bila zaman nak datang lagi. walhal kampung kat jeram je pun.
2 comments:
ari tu sy g ramai gile org..tggu seat stgh jam..then pilih lauk stgh jam..tggu mknan siap dkt 2 jam kak..huh...nak mkn seafood punya psl tggu je la..cam serik je..
lily,
aroma ke kedai sebelah dia? Tapi kami sampai awal, orang pun tak ramai.
Tp byk kali gi, alhamdulilla la.. tak lama menunggu walaupun orang ramai.
Post a Comment