Hari Sabtu lepas cik puan dua org tu ajak keluar. Lagi pun nak pas kan roadtax kereta cik puan yg hantor kat taska mak. Pikir punya pikir, cik puan ajak makan kat Restoran Alissara Thai Cuisine terletak di Puchong Indah. Kata nyer sedap bangat.
Senang jgk pergi tempat ni, yang penting masuk susur Puchong Perdana. Lepas masjid terapung ada bulatan dan ambik kanan, dlm pukul 3. Jln depan skit ade kawasan orang niaga, ambik kiri dan simpang pertama ambik kanan. Korang akan jumpa Ani Sup Utara dulu, jalan straight smpai hujung jalan then ambik kanan. Nanti korang nampak la kedai tu.
Alissara menghidangkan masakan Thai asli dengan nama-nama Thai yang tidak difahami. Kalau tak faham, tunjuk saja ke menu tu or klu korang ringan mulut, sila tanya kat pekerja yg ambik order tu.
Den order menu yg bawah ni, x tau nak nyebut nama menu dia, tergeliat lidah. huhuhuhuh... rasanyer erm... kureng pada tekak ni. Entah kenapa menu kite org order malam tu extra pedas. Walhal aku ni mmg makan pedas, tp kali ni cam over pedas sesgt. Serius air pon x sedap, pada hal limau je pon. Bila dah jd camni, tak kenyang makan plak.
Aku ade google pasai restoran ni, kebanyakkan kata sedap bangat. Sedap pada tekak org tp tidak pada tekak aku. Lepas makan, kami jejalan makan angin tanpa tujuan dan akhir nye decide gi Uptown Puchong.