Sunday, July 11, 2010

Jika Orang


Jika orang tidak suka,
Madu diminum terasa cuka,

Jika orang sudah benci,
Nama disebut dikata caci.

Jika orang sudah tidak sudi,
Tiada gunanya kita berbudi.

Jika orang tidak pandang,
Diam sahaja jangan meradang.

Jika orang tidak peduli,
Ular menjalar dikata tali.

Jika orang tidak kisah,
Bawa bertenang jangan gelisah.


nukilan ~ mas adeki 15/08/2002



huhuhu, ade 3 page setgh lg, if awk nk.. paskan email kt saya. Nnt sy forwardkan. :-p

1 comment:

Ila said...

Hehehhehe..patutla rs cm pendek jer.. Nak.nak! klu rajin emailkan ek kt suhaila2378@yahoo.com
Mekasih bebanyak..budimu ku kenang jua!:D