Saturday, July 31, 2010

urusan $$$ & singgah Giant.....


Kejadian: Jumaat

Cik pn ym bg tau nak buat urusan segala bank kt Bandar Puteri, so aku ckp ambik kat opis je memandangkan hujan lebat plak. dlm pkl 7 aku turun jumpa yg last day keje and dia siap ckp amoi ade dtg jgk... x-staff yg merangkap geng dia jgk hi5. Biasa la klu turun level 1, kecoh dok berborak dgn budak2 yg lain. Lepas hug2 ngan missF terus turun kekonon nak tunggu cik pn dtg.

Sekali tgk amoi sudah dtg, so ape lg... bgosip la kami. Lama x jumpa kan. biasa borak dlm phone or ym jerk. cik pn smpai pon minta dia tunggu jup coz tak puas nak borak ngan amoi. Lupa plak nak ambik pic coz bz berborak ngan dorang. Huhuhu... kelupaan betoi....

Say hai2 bye2 kat amoi coz cik pn dah lama tunggu dlm kete. Kami ikut jln dalam, malas ikut main road...kete byk bebenor. tau tau je la area ioi puchong ni.. Smpai Bandar Puteri terus buat urusan $$$$. Teman dia gi ar-rajhi dulu then cimb plak. Sib baik bank nye depan2 tu jerk. Aku plak dah awal2 wat on9 jer cuma ajak cik pn gi maybank coz aku mmg x aktifkan on9 maybank2u. so menapak la skit bjalan dr cimb gi sana... dah settle semua cam biasa jln2 cari makan coz udah lapar bangat memasing.

So suggest makan kat food court Giant je, malas nak gi jejauh. rushing skit coz nak makan & solat maghrib sekali kan...


Ni yg kami order, Chicken Hor Fun & Kueh Teow Hotplate black peper.



Siap makan & solat, ajak gi Giant dulu, cuci mata. So terbeli la benda2 kat bawah ni..Siap beli Nugget Tempura, buah n Syampu jgk... Tp pencuci muka ngan lipbalm beli kat Guardian. Rushing betoi sbb dah ngantuk. Lg pon kekonon nak beli pulut mangga kat bazar Thai tetapi hampa ok, pulut nye dah abis... keciwa jgk la coz aku nak makan yg jual kt bazar thai, tmpt lain x mau. sugguh gedix kan...


Hasil rembatan yg lain.... biskut, air & oat nesvita.




Siap ayah col tanya kat mana coz pkl 10pm tak sampai2 uma lg... Kemas brg2, layan FB jup pastu terus Zzzzzzzzzzzzzzzz.... keletihan.

Friday, July 30, 2010

Dah boleh RAYA!!!


yippie, saya dah blh RAYA!!!! Hehehehe... sewelkan. Last day saya menggantikan puasa. Padan muka, last minute br nak ganti. kelam kelibut dibuatnyer.

Lg 15 minit nak berbuka br terhengeh2 nak gi order makanan. Hajat dihati nak makan Secret Recipe tp memandang cik binie nak makan SR masa lunch so tak jadi la saya nak paksa dia temankan makan kt SR tu. So decide gi McD coz dia teringin makan Ayam Grg Spicy yg sodap itu.

TQ cik binie coz sudi temankan akak berbuka yer...



Ni cik Binie punya, Large set Ayam Grg Spicy & tukar air Milo.



Saya punya, small Bubur & Ayam Grg Spicy.. air cilok cik binie punya..



Cik Binie dok bising coz ayam grg McD sekarang kecik cinonit. Tak macam dulu2, makan seketul dah kenyang. Siap ckp cam x berbaloi je coz dia kan ambik larger set. Adik binie, large tu kentang ngan air nye jer... ayam cam gitu gak.. :-p

Saya yang tak brape sihat ni....



Erm... kenapa erk, lately ni mata saya tak brape nampak. Tgk screen laptop, blur je. Kena tgk dekat2 baru nampak skit. Adakah saya mengalami fasa2 rabun. Cik Finance pon dah bising td, suh buat spec.. kata nye lg bukannye tak blh claim company. Tp limit dalam RM500 je la. Siap suggestkan lg, IOI kan ade kedai Spec, harus lepas ni kena gi sana check mata ni...

miss G pon suruh gi, klu lama2 nnt makin rabun katanyer. Penangan keje hadap laptop jer. :-(

JJ & Speedy Video


Lepas kepochi masa potong kek, kite org blahh gi merayap kt IOI kijap. Si YL suruh tunggu kijap plak, coz dia pon nak gi sana gak. Sepanjang jalan asyik bgosip & gelak2 jerk. almaklum kat opis mmg xde nye nak bcakap. Korang tau bilik mayat senyap camna, kt sini camtu la. xde bunyi lgsung, memasing kusut mhadap laptop... kusyuk bangat wat keja la tu, stress yg environment kt sini. huhuhuhuhu...

Smpai IOI kite bpecah ikut haluan memasing, aku ngan cik binie merayap dlm JJ, cari kot2 ade yg berkenan kat hati.dah la skrg tgh sale kan, harus la gi cuci mata. Sadis betoi, ape yg bkenan mesti xde saiz. saiz yg ade kebykkan yg godang2 jerk. Tinggal 40 mnt nak buka sempat merayau lg... kami di Speedy Video. Nak tau ape yg kite org nak cari... Memandang cik binie peminat fanatik Wonder Girls, so gigih cari ticket free tuk konsert WG.

Muka hapi dpt ape yg dihajati.



Kena beli CD original Wonder Girls, then bakal dapat...



Ticket konsert WG.




Berbaloi kan, beli CD, dpt 1 ticket free. Seblm ni jenuh cik binie cari ticket coz xde jual tau ticket ni. Cari kat forum, dorang jual mahal tau, RM120. tp kt Speedy Video ni just beli CD Wonder Girls RM39.90, dapat 1 ticket free. Berbaloi-baloi :-p


JULY Birthday Celebration & Farewell


Semlm kite org celebrate birthday boy. Bulan ni lelaki je, pempuan nan ado yg lahir bln July. As usually biasa buat kat pantry GF, but memandang agar susah nak tunggu sorang2 turun, depa decide potong kek kat atas je, lawaknye memasing malas nk panggil org kt atas kecuali aku, en.F & en.U. Selamber je budak2 ni, kebetulan ramai ade urusan, so kena wat cepat2. Masa lunch dorang plak wat farewell tuk 1 staff kat sini, tp tak dpt join ler.. aku puasa. Potong kek tu pon aku dtg tunjuk muka, gelak2, snap pic sana sini then blah. Kaki ni gedix nak gi IOI Mall, then rasa nak buka kt sana jerk. Kira celebrate last day ganti puasa. miahahahahah....

tak tau la, sedap ke tak kek ni...



Birthday boy, CK2.. sorang lg xde, si Terry MC. kesian mung Terry :-p



Ni plak pedajal Miss F, coz last day arini.



Actually kite org denda 2 org ni tuk keluarkan lilin tu guna mulut or gigi.. yerk.. hahahahaha...

Thursday, July 29, 2010

Uptown Puchong a.k.a Puchong Nitewalk


Lepas abis makan kt Alissara, kami pon bfikir2 nak merayap kt mana. maklum la, awal lg... so decide gi Uptown Puchong. Walaupon dah tau, dah tak menarik uptown ni. Tinggal sebaris je org meniaga. x basah weh ketiak klu pusing. Ops...

dah busan cuci mata yg tak brape nak cuci ni, kami lepak plak tengok gelagat pengunjung menyanyi karaoke. Dlm pada tu, DJ dok cakap ade cabutan bertuah pada org yang mai. Kira salah la sangkaan kiteorg, yg kekonon nye hamper tu utk org yg menang karok. Dlm pada tu, kami berangan gak kot2 mana tau no. meja kite org naik. Gigih OK kami tunggu smpai pukul 12 mlm.

DJ minta org meja depan tu tarik no. dan amat la tkujat no kami naik. Miahahaha.. serius, memula kami tak mau angkat tangan, bila dah last2 tu br gedix lambai kt DJ tu. wah, tak sia2 kami tunggu smpai pkl 12 mlm yer smbil layan org nyanyi. Pernantian itu sgt berbaloi yer. yg x best nyer, aku plak kena cabut no tuk hamper seterusnya... nasib baik kuar suara, maklum la.. malu2 gitu... hahahahahaha.. Yg best nye meja dekat ngan kite org yg menang. Siap dorang ckp TQ lg tu. Pusing lg 1 cabutan, huhuhuhu.. yg rejeki nye gi kat meja org cabut no kami memula. SO, pusing2 kat situ gak... tp kan, kami x sempat nak say TQ kt mamat yg cabut no kami tu...

Smpai uma aku, dok pakat2 buka hamper tu. Bahagi2 ngan cik puan yg lain tu... Ade ambik pic hamper tu but blur plak klu nak tepek sebagai bukti... hahahahahaha...


Restoran Alissara - Thai Cuisine


Hari Sabtu lepas cik puan dua org tu ajak keluar. Lagi pun nak pas kan roadtax kereta cik puan yg hantor kat taska mak. Pikir punya pikir, cik puan ajak makan kat Restoran Alissara Thai Cuisine terletak di Puchong Indah. Kata nyer sedap bangat.

Senang jgk pergi tempat ni, yang penting masuk susur Puchong Perdana. Lepas masjid terapung ada bulatan dan ambik kanan, dlm pukul 3. Jln depan skit ade kawasan orang niaga, ambik kiri dan simpang pertama ambik kanan. Korang akan jumpa Ani Sup Utara dulu, jalan straight smpai hujung jalan then ambik kanan. Nanti korang nampak la kedai tu.




Alissara menghidangkan masakan Thai asli dengan nama-nama Thai yang tidak difahami. Kalau tak faham, tunjuk saja ke menu tu or klu korang ringan mulut, sila tanya kat pekerja yg ambik order tu.




Den order menu yg bawah ni, x tau nak nyebut nama menu dia, tergeliat lidah. huhuhuhuh... rasanyer erm... kureng pada tekak ni. Entah kenapa menu kite org order malam tu extra pedas. Walhal aku ni mmg makan pedas, tp kali ni cam over pedas sesgt. Serius air pon x sedap, pada hal limau je pon. Bila dah jd camni, tak kenyang makan plak.




Aku ade google pasai restoran ni, kebanyakkan kata sedap bangat. Sedap pada tekak org tp tidak pada tekak aku. Lepas makan, kami jejalan makan angin tanpa tujuan dan akhir nye decide gi Uptown Puchong.


Monday, July 26, 2010

Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

(al-Bukhari)


Huraian

  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
  2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
  4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
  • Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Tghari tadi ayahda call, ajak gi masjid. Kebetulan hari ni malam Nisfu Syaaban & puasa jgk. Wajib plak tu kena gi & siap ayanda ambik aku kt opis lg...

Sebenarnya hari ni, blh plak sakit kepala tahap gaban blah kiri pastu sakit pinggang belah kanan. Gilos punya sakit weh. mmg x b ley nak buat keje. Tadi rehat pon dok surau tido. Pas2 dlm pukul 3 lebih, sakit yang amat2 then tpaksa turun surau tuk gi berehat. Siap minta tolong en.F cover kijap kerja2 aku. Harap2 bertambah OK la pasni walaupon masih ade sisa-sisa kesakitan.

smbg lg, bila free. nak kena buat kerja - report. Kena email seblm balik...


sekadar luahan


Kite bercakap dan alasan untuk menyedapkan hati, itulah yang terbaik. Bukan semua orang faham dan simpati pada kita.

kadang-kadang kekawan sekeliling tengok kita ketawa gembira, tapi apa yang kita lalui malas untuk dikongsi. Kalau cerita pun, kang ade yg sampai menanah tahan telinga untuk dengar. Baik diam dari menambah masalah yang sedia ade.

dalam hidup ni kadang-kala kita tidak boleh amik risiko bila sesuatu itu melibatkan hati dan perasaan.


Sebenarnya nak cakap, bulan ni adalah sangat sibuk. Pitam dibuatnyer menyetelkan kerja. Nasib baik la dalam ke-stressan menyiapkan kerja, ade teman yang menghiburkan hati. Stress macamana pon hari tu, comfirm gelak tak hingat donia bila lepak or ym ngan dorang. Memang takde coverline langsung walaupon terdapat orang-orang yang HOT kat tempat makan. huhuhuhuhuh... Sarapan & lunch sesama, ade je benda nak digelakkan. Skrg makan pon asyik menyembur memasing coz tahan gelak. Nan ado control cun or handsome dah...

to Mrs.G, Miss W, En.F & En.A korang memang terbaik... hilang gundah gulana bila kite start merepekkan. Best bila ade member membebel, kite mendengar... kite membebel, dorang mendengar...

Tapi ade sedikit sedih, coz memasing nak angkat kaki, maklum la... klu dah rejeki di tempat lain, takkan nak halang plak... all the best unntuk kite semua yar.. Aku pikir panjang klu nak angkat kaki walaupon banyak keje dan macam-macam azab.


Entah bila nak rajin update blog ni, aku rasa banyak merapu je. Sendiri pon tak suka ape yang ditulis. Aku bukan sasterawan... miahahahah.. walaupon macam2 nak update, bila tengok blog sendiri, berat nak type en3 baru.



ops!!! DIA Hot, miahahahaha...

Thursday, July 22, 2010

Apa ada pada nama?


Tadi dok merayap blog Kak D, aku pon gedik nak try...


NUR AZLINA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
ZZingy
LLemah-lembut
IIkhlas
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?


Naif rupanyer saya, sbb tu selalu kena buli erk.. Ops!!!! Tang lemah lembut tu rasa nak gelak guling2.... miahahahahah

Tuesday, July 20, 2010

my ahad 18072010


hari ahad lepas misi mencari set bilik tido. Cari yg murah2 je, mana nak ado duit tgh2 bulan camni kan. Mula2 masuk haritu just beli utk beli sndiri je, la ni spend money utk bilik2 lain plak.


kecik je almari, janji ado coz aritu dah beli yg 8kaki.

Misi kedua mencari lampu dinding plak & survey lampu siling.



Saya berkenan yg ni... tp penasihat suka yg bwh plak... ikutkan je la...



Misi pada hari tu telah selesai tp... erm, blh beli salah saiz plak mentol siling. Gi kedai tak bawak cth, sudahnyer tpanjang plak mentol tu. Bila plak nak pi tukar kat kedai ni...

Monday, July 19, 2010

my sabtu 17072010


Sepanjang dok lepak kt rumah, ptg tu member ajak kuar leparking. Ingat nak makan area Puchong je, last2 di bwk gi mkn dkt ngan stesen lrt Seri Petaling. Kedai dia tepi jalan, parking mmg nan ado... so parking je la tepi2 jalan.

Not bad jgk la makanan kt sini. Dorang ckp western food kat sini sedap & harga dia pon tak mahai. But aku tak rasa nak makan western, kena jimat duit la bln ni, so makan bihun sup. Order punya order air, last 1 menu pon xde dlm list tu. Bdk tu ckp tu utk promosi akan dtg, so tgk2 dulu nnt dah ade baru order. cish... blh gitu?? Sudah nye aku ambil teh ais then bdk tu pon gerak2. Nampak nau bengang kan. Lepas tu order satay plak. yg hairan bin ajaib nyer, satay daging dia sgt lembut. ragu2 plak aku nak makan. daging ape kah itu.Ops.. mula la nak fikir macam2. aku bedal ayam je, yg daging member le kena abiskan.

Smbil2 makan, blh cuci telinga. heheheheh... ade karaoke weh, tp lagu semuanye aku dgr mcm kat Sinar. Ade suara sedap didgr, ade yg sakit telinga ko nak dgr tp semangat gilos org tu nyanyi. Macam2 ragam manusia.




Sunday, July 18, 2010

@ The Woods Resort, Ulu Yam day2


Hari kedua misi mereka mencairkan hati cik pink. cik pink itu sgt payah beramas mesra yer. Almaklum la cik pink smpai ngan papa dia dah ptg. Then hujan plak tu, tak dapat la cik pink nak terjun tiruk dlm air. Tp kan cik pink sggh2 makan masa BBQ semmlm.



Dalam proses memujuk cik pink utk mandi manda bersama2 mereka.


Akhirnya, berjaya juga & mereka adalah sgt hapi dpt mcairkan hati cik pink.


Cik pink dgn Papa nyer.


Sempat buat BBQ 2nd time tp kali ni betoi2 tepi sungai.




desert --> aiskrim :-p


Bergambar kenangan sebelum pulang ke destinasi masing2.

Saturday, July 17, 2010

makan petang utk den yg pemalas....


Menonton tv smpai makan biskut jagung + teh O perasa laici. malangnyer perut ni x cukup kenyang. Nak masak kat dapur malas coz kena berdiri. Tetiba den dapat idea... hehehehehehe.. ambik kerusi & capai benda kt bawah ni.....

.
.
.
.
.
V

Ni dia penyelamat --> Pan Grill with Steamboat




Smbil masak tgk tv, x yah la nak bdiri kat dapur, den mmg malas hari ni
tahap gaban punya malas.. miahahahah...


Jemput makan semua :-p


Hadiah kawen adik den, dia tinggalkan kt uma, bkn tu je... aku rasa byk gilos hadiah kawen dia tinggalkan kt uma ni. takpe, yg untung den jgk :-)

nikmati keindahan alam @ The Woods Resort


Bila dah pergi tempat2 cam gini, harus la cuci mata smpai menikmati keindahan alam ciptaan drNya.








berdating rupanyer dorang ni :-p



Tak tahu mengapa, suka sungguh dgn gambor ini. macam2 blegar dlm kepala :-)



P/S: Hidup kena sentiasa belajar bersyukur dgn ape kite ada.


Friday, July 16, 2010

@ The Woods Resort - BBQ time


Setelah mereka puas terjun tiruk di dlm air, time for BBQ. So dimulakan dgn sesi membakar arang yer. Mula2 dok lepak2, bg sang arjuna yg buat, then lepas tu baru la cik kak menolong ape yg patut :-)


Tada.. sessi bbq bermula but malang nyer, hujan la plak. Sib baik ade wakaf. Menu BBQ aritu

.
.
.
.
.
Ayam Peha & Wing
Vontot Ayam
Lamb
Udang
Sotong
Hotdog
Daging burger
Kentang
Cempedak jgk di bakar... lupa plak nk rasa..




Perut mak ai... berlapis2... sila abaikan yer :-p


Sos cili adalah terbaik yer, homemade lg tu. Makanan adalah sgt byk smpai ade separuh yg kite org x masak. Simpan dlm box, sib baik x busuk.. Yg join 10 org tp makanan macam utk 25 org :-pSmpai tak lalu nak makan dah...


Lepas sesi BBQ, kami beransur pulang ke chalet utk mandi & solat. Lepas tu dorang buat ape tau.. sila tgk pic kat bawah... miahahahaha...




& ade yg kemas brg2 BBQ bawak masuk kete dulu takut makan dik menda lain.. ops!!! then depa melepak kt warung depan. Kite org yg tak join, dok soh seh soh seh dlm chalet and dorang siap main card lg... heheheheh... cam bdk2 plak :-p